Sudio Nio review : pilihan terbaik untuk wireless earphone

Sudio Nio review : pilihan terbaik untuk wireless earphone || Wireless earphone ialah satu alat penting musim pandemik macam sekarang. Boleh dikatakan setiap keadaan memerlukan gajet ni. Contohnya penggunaan earphone bagi zoom meeting, layan movie atau aktiviti riadah.

Sudio merupakan syarikat dari Sweden yang mula mendapat perhatian rakyat Malaysia dan seluruh dunia kerana banyak menghasilkan earphone dan speaker yang best, trendy dan versatile! Aku tak terkecuali memilih Sudio Nio sebagai gajet pilihan.


 Ada beberapa fungsi praktikal yang menyebabkan aku sangat suka dengan Sudio Nio, antaranya:



 #1 Didatangkan dengan 4 saiz wing tip

wing tip sangat penting bagi aku sebab saiz yang betul dapat fit dengan baik di telinga dan semestinya bagi keselesaan pada tahap maksimum. Benda biasa berlaku kalau pakai earphone yang tiada pilihan saiz wing tip is selalu melorot dan tercabut, kena selalu betulkan. Tapi dengan Sudio Nio tiada masalah ni lagi okey!

# 2 Teknologi dual microphone

teknologi dual microphone menapis bunyi background  atau bunyi luar semasa menggunakan Sudio Nio. Confirm tak mengganggu kalau pengguna Sudio Nio sedang dalam talian atau mendengar muzik. Bunyi akan tetap jelas tanpa gangguan. Seriously memang aku dah alaminya, layan muzik dengan Sudio Nio memang tak terganggu dengan dunia luar. Best sangat guna untuk me time!

LED light berfungsi sebagai tanda peratusan bateri yang ada

# 3 Ketahanan bateri sehingga 20 jam

Sudio Nio mampu bertahan sehingga 20 jam. Pastikan korang caj terlebih dahulu around 1.5hours sebelum menggunakan Sudio Nio okey! Sudio Nio ada fungsi lampu LED untuk lihat bateri dan charging type menggunakan USB Type-C.

# 4 IPX4 Protection

Sudio Nio bersifat waterproof.  Sudio Nio mempunyai ketahanan terhadap percikan air. Kalau korang berpeluh semasa bersenam atau terkena percikan air hujan tiada masalah, dijamin tidak rosak dan tidak mengganggu penggunaannya.

# 5 Pilihan warna yang menarik

Sudio Nio terdapat dalam 4 warna ; green, black, white dan sand. Satu warna exclusive iaitu aurora. Aku punya aurora sebab warna kegemaran aku tu. Memang tak menyesal pilih warna aurora, cantik!

vegan friendly case : beautifully textured

Kini Sudio Nio lebih istimewa dengan adanya case yang mampu melindungi dan menambahkan lagi gaya si pengguna. Keistimewaan case Sudio Nio ialah kerana asasnya dari kulit epal yang lebih menjamin kelestarian alam sekitar. Kulit epal dari Utara Itali ini diproses dengan teliti untuk menghasilkan case yang hypoallergenic dan biodegradable. Personally, aku sangat suka dengan idea case untuk Sudio Nio ; ada tekstur yang cantik dan lembut je bila sentuh. Good job Sudio for the brilliant idea!


Nikmati pembelian Sudio Nio dengan 15% off  dan dapatkan Case yang diperbuat dari kulit epal secara percuma dari 10 Mei sehingga 6 Jun 2021.

Dapatkannya sekarang di : https://www.sudio.com/my/

Code Voucher 15% off : AIRANASRIN

Penghantaran adalah PERCUMA di seluruh Malaysia dan seluruh negara serta 3 years warranty with Sudio sphere.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)