Honest Review : Madagascar Centella Asiatica (Ampoule)

Assalamualaikum, hello hai everyone!

Honest Review : Madagascar Centella Asiatica (Ampoule) | first of all, ya tuhan lama giler tak update blog. ini betul-betul lama weh! haha ampun. Bersusun je barang produk kecantikan yang aku nak review sendiri, tapi itu lah, selagi tidak dipaksa memang sedikit kemalasan. hehe. So, aku kembali untuk review produk yang paling aku suka buat masa sekarang.

sebelum aku beli Madagascar Centella Asiatica ni, aku usya banyak tempat juga ye. baca review sana sini, tengok testimoni, baca kelebihan centella asiatica dan seumpama dengannya. yang pastinya, aku mengambil masa yang lama untuk beli, takut la tak berkesan, rugi pulak kan!
madagascar centella asiatica, ampoule, skin barrier, skin barrier improvements, korean beauty product
Madagascar Centella Asiatica 100 Ampoule
Price : RM72

About the product:
1. Meredakan kemerahan
2. Melembapkan kulit muka
3. Mengurangkan pigmentasi
 
Ingredients:
Centella Asiatica Extract 100%
madagascar centella asiatica, ampoule, skin barrier, skin barrier improvements, korean beauty product
more details about the Centella Asiatica

cara penggunaan:
Titiskan 3-4 Centella Asiatica menggunakan applicator, dap dap ke muka selepas cleanser atau toner.

Honest Review:
Kalau korang nak tahu, secara mudahnya centella asiatica ialah daun pegaga. ia merupakan salah satu ingredient yang terbaik untuk merawat skin barrier selain aloe vera. Because of that, aku cuba yang ni, lagi-lagi bila dia punya ingredients tu 100% ekstrak daun pegaga je. aku fikir, in shaa Allah no irritation la kalau macam ni sebab kulit muka aku memang sangat sensitif kalau tak kena produk. So, masalah muka aku ni, boleh tahan jerawat pasir suka bermanja-manja especially area dahi. Surprisingly, selepas lebih kurang sebulan memang takde, ai is terharu! Tapi kadang-kadang naik jugak tu bagi aku biasalah, cuma tak lama sebab ampoule ni akan redakan balik. Produk ni jugak claim yang ia melembapkan kulit, so memang betul sangat. Tekstur ampoule ni ringan macam air dan cepat absorb, dan juga cukup untuk melembapkan kulit muka aku, even aku tak pakai moisturiser pun sekarang (mohon jangan kecam hahaha sebab aku tak jumpa moisturiser yang sesuai lagi). Overall, i see a lot of improvement using this product, i love you Centella Asiatica! Aku beli di Althea.kr ๐Ÿ’š


1 comment:

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)