PETALING JAYA, 4 Februari
2019 – Selaras dengan matlamat Nestlé
Malaysia untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan
yang lebih sihat, syarikat baru-baru ini menyumbang bahan bacaan Braille
bernilai RM45,000 kepada Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM). Bahan bacaan yang
bersamaan 1,000 buku itu akan membantu 500 kanak-kanak buta dan cacat
penglihatan.
Pn. Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Nestlé Malaysia berkata, “Kami
amat komited untuk membawa perubahan bermakna dalam kehidupan mereka yang
memerlukan. Sebagai sebuah syarikat yang menyokong keterangkuman dan
kepelbagaian budaya, kami percaya bahawa setiap insan sewajarnya diberi peluang
yang sama untuk membaca dan menulis, termasuk golongan buta. Kecelikan braille adalah
satu komponen penting dalam pendidikan kerana kemahiran ini membuka pintu dan
menambah peluang untuk orang buta dan cacat penglihatan. Kami berharap sumbangan
ini dapat membantu menambah baik kadar celik huruf dalam kalangan orang buta
dan cacat penglihatan di Malaysia.”
Menurut En. Silatul Rahim Dahman, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas
Bersama YOBM, “Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nestlé
Malaysia kerana bermurah hati memberi sumbangan ini dan sekian lama menjadi
penyokong kuat masyarakat buta. Sumbangan ini pasti akan memberi banyak manfaat
kepada masyarakat kami, terutama sekali kanak-kanak. Di YOBM, kami percaya
bahawa pendidikan boleh memutuskan kitaran diskriminasi dan kemiskinan, dan
buku-buku ini pasti akan memberi peluang kesaksamaan kepada masyarakat kami.”
Mengenai Nestlé
Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman
terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah
negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited
terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta
memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami
dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912,
Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk
kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti
kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan
dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan
GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha
kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia