Tips Penting ke Universal Studios Singapore

Assalamualaikum.

Tips Penting ke Universal Studios Singapore | Hi! Siapa je yang tak suka nak pergi theme park kan, especially theme park in Malaysia ni kan, ada banyak jugak theme park yang kita boleh pergi. Tapi kalau rasa nak pergi jauh sikit atau nak merasa pakai passport, korang boleh plan untuk ke selatan Malaysia. Yes ke negara jiran kita, Singapore! The first Universal Studios in South East Asia. Universal Studios Singapore salah satu wish list aira nak pergi, last week pergi Singapore pun tak sempat nak singgah sebab masuk kejap je Singapore untuk pergi kenduri. Since memang dah berniat nak pergi, banyak juga baca-baca tips sambil dengar tips dari orang lain. So kat artikel ni aira nak share tips-tips kalau korang plan nak ke sana nanti.
USS,tips ke USS, Universal Studios Singapore
pic source: google
1. Elakkan membeli tiket semasa cuti umum Singapore
So pertama sekali ialah elakkan book atau beli tiket masa cuti umum Singapore sebab masa tu confirm ramai giler. Walaupun korang dapat beli online awal-awal tapi kalau pergi time cuti apa-apa jenis raya kat Singapore pun, confirm sesak macam sardin. So kalau boleh elakkan waktu begitu tau. Kalau ramai sangat tak enjoy pulak,

2. Jangan lupa ambil Studio Guide!
Then, bila korang dah book dan sampai dekat sana, dah masuk dekat entrance Universal Studios tu, korang terus ambik Studio Guide sebab kat dalam tu ada schedule, so korang boleh plan nak pergi mana-mana dulu. Lebih baik masa kat entrance nanti kalau tak nak asyik kena photobomb korang amek gambar masa dah petang sikit time tak ramai orang. Sebab nanti korang boleh jalan-jalan balik. Yang penting pergi la lawat kat tempat-tempat lain dulu, amek gambar puas-puas.
USS,tips ke USS, Universal Studios Singapore
pic source: google
3. Explore more merchandise store
Lepas tu nanti kat dalam ada banyak kedai-kedai merchandise, korang tak payah beli banyak-banyak dulu kat kedai yang first. Explore dulu semua benda yang ada kat dalam, sebab kadang-kadang next merchandise store mungkin ada barang yang lebih best. Apa-apa pun kalau dah berkenan tu why not, beli je. Item setiap kedai dari setiap zon ada yang lain-lain. Oh ye kat dalam tu ada 7 zon! so bayangkan ada banyak lagi kedai. Yang paling penting kalau korang betul minat dengan ride or character yang korang suka, boleh terus beratur dulu shopping kemudian. Sebab beratur tu yang panjang dan lama tu.

4. Get ready to spend money kalau lapar
Of course macam biasa makanan dalam theme park harga pun macam theme park lah jawabnya. Kalau nak bawak makanan dari luar korang kena simpan dalam beg, tu pun belum tentu lepas hehe. And kalau boleh bawa air lebih untuk ke toilet sebab dalam toilet situ takde paip untuk korang jalankan tugas sebagai seorang manusia yang normal. Faham kan? Hehe. Tapi dont worry sebab kat dalam USS jugak ada kedai restoran yang halal so boleh je nak makan kat dalam tapi kena spend lebih sikit lah ye. Kalau rasa nak menahan lapar, boleh aja. hihi
USS,tips ke USS, Universal Studios Singapore
pic source: google
5. Prepare baju lebih atau payung kecik
Ada ride kat dalam theme park tu yang boleh membasahkan baju korang so for preparation bawa la baju lebih or baju hujan or payung kecik atau lipat. Alang-alang dah sampai takkan tak nak try semua jenis ride yang ada kat dalam kan. Rugi lah nanti! So sediakan payung sebelum hujan tau. And untuk ride kat dalam ada juga had tinggi, so korang boleh check it out kat website Universal Studios Singapore.

6. Schedule betul-betul okey!
Yang paling penting adalah schedule untuk segala performance so korang boleh plan nanti supaya tak terlepas show yang korang nak tengok. Ada jugak fireworks pada malam minggu nanti, so kalau korang pergi weekend boleh jugak check it out sebab memang awesome! Rugi kalau terlepas.

Info tambahan: kalau korang nak tukar duit, kat luar sebelum entrance ada money changer. USS pun ada facilities macam wheelchair dan stroller untuk kanak-kanak. Kalau interested, boleh ambil dekat entrance. Kat dalam USS pun kalau nak solat ada juga surau so no problem, jangan risau okey. Kalau nak letak barang dalam locker pun ada juga, just in case rasa macam tak cukup tangan.

Last but not least, if all plan goes well, trip korang ke USS ni pasti takkan dilupakan dan stress free gituuu. Hopefully u guys will have some fun!

3 comments:

  1. Alahai syoknya ni kalau dapat masuk ke USS

    ReplyDelete
  2. great tips. insyallah dalam prancangan juga nak ke SG. boleh cedok2 maklumat.
    hehe..

    ReplyDelete
  3. info bagus, mana tahu lepas ni nak gi USS kan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)