Review Nature Republic Hair Pack | My First Hair Mask

Assalamualaikum.

Review Nature Republic Hair Pack | My First Hair Mask || Hello everyone! My first ever post on January 2019, happy new year! hihi. Semoga terus fokus untuk capai azam tahun ni. Siapa pernah baca wishlist beauty product yang aira nak sangat ada? kalau belum pernah, boleh terjah ke My Top 10 Wishlist Korean Beauty Product From Althea. Banyak tu wishlist aira, tapi setakat ni yang dah grab ada lah tiga jenis barang. Salah satunya ialah Nature Republic Hair Pack, kenapa grab ni? sebab utama mestilah nak jaga rambut, lepas tu saja nak try beli beauty product selain untuk penjagaan muka je dari Althea.
hair mask, nature republic hair pack, nature republic argan oil, penjagaan rambut kering, produk penjagaan rambut, produk penjagaan rambut korea
Nature Republic Argan Essential Deep Care Hair Pack 200ml
Price: RM 27.00
About the product:
1. Hair Pack yang diperkaya dengan Argan Oil
2. Melembutkan dan membaiki kerosakan rambut
3. Membantu rambut untuk lebih glowing
4. Ingredients utama: Argan oil, Rosehip oil, Camellia oil, Evening Primrose oil

Cara penggunaan:
Selepas syampu, buang sisa air yang ada dekat rambut dan lap sikit, ambil hair pack ni secukupnya dan sapu di bahagian tengah rambut sehingga hujung rambut. Biarkan selama 5-10 minit (tapi aira buat 15-20 minit) dan bilas.
hair mask, nature republic hair pack, nature republic argan oil, penjagaan rambut kering, produk penjagaan rambut, produk penjagaan rambut korea
Honest review:
Secara jujurnya, ni first time beli hair mask. Tapi pernah je mask rambut dekat hair saloon jarang-jarang sekali tu sebelum ni. Memang kalau lepas hair mask, rambut akan lembut bak sutera. haha.  Begitu juga lepas guna hair pack Nature Republic ni, rambut memang lembut, kurang lah kering untuk tempoh 3-4 hari. Katanya dekat bekas ni, penggunaan hair pack seminggu sekali akan beri kesan yang lebih baik. I really hope so! Memang takde masalah guna hair pack ni, bau sangat best, wangi dan tak berminyak pun. Yang masalahnya bila nak pakai tu kurang best sebab kena buat sendiri. Kalau ada orang tolong pakaikan memang feeling habis! haha. By the way, tools ala-ala hair saloon tu beli dekat Ecoshop je, murah murah! Overall, aira memang suka! Harga berpatutan dengan kualiti yang bagus, boleh kurangkan kekeringan rambut. Recommended? Yes, korang patut cuba!

Beli ni dekat Althea.kr
 










2 comments:

  1. Harga dia berpatutan dah tu aira.. 😍

    ReplyDelete
  2. suka product ni.. penah cuba dan suka..
    cuma da habis tu x beli2 lain hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)