September 10, 2019

Cara untuk Memudarkan Parut Jerawat dengan Produk Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen

by , in
Assalamualaikum, hai hello everyone!

Cara untuk Memudarkan Parut Jerawat dengan Produk Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen | Dengar tentang parut jerawat aku dah rasa seram, ye lah kalau dah ada parut jerawat automatically kulit muka biasanya akan nampak kusam sebab warna kulit tak sekata. siapa yang pernah merasai mesti boleh relate dengan kenyataan tu. sometimes confident level boleh berkurang kalau tiba-tiba banyak parut jerawat hitam tapi tak elok tau layan perasaan down tu. Be happy and keep going sebab sekarang dah banyak sangat produk untuk bantu menyelesaikan masalah parut jerawat! And now aku nak kongsikan satu produk yang boleh membantu memudarkan dan mengurangkan parut jerawat iaitu Antioxidant Serum.
antioxidant serum, serum parut jerawat, hilang parut jerawat, parut jerawat hitam
Antioxidant Serum (10ml)
Price: RM49.00
Antioxidant Serum adalah salah satu produk skincare yang dikeluarkan oleh Sanny & Joleen Lifestlye selain cleanser, UV protection dan Pore Clarifier.  Antioxidant Serum didatangkan dengan dua saiz iaitu saiz kecil (10 ml) = macam aku punya dan saiz besar (30ml). Apa yang best, mereka mengekalkan konsep natural, mild and gentle dan ingredients yang digunakan semuanya elok.
antioxodant serum, serum parut jerawat, parut jerawat hilan
Ingredients yang aku suka untuk highlight dalam Antioxidant Serum ialah Niacinamide, Tocotrienol, Calendula Oil dan Olive Oil. Semua ingredients ni memang booster terbaik untuk membantu memudarkan dan mengurangkan parut jerawat. Contohnya Niacinamide/Vitamin B3; effectively rejuvenate skin, reduce skin dullness and premature aging. It is also tone and brighten up for a healthier skin. I love this skin loving ingredients!

Next, siapa yang boleh guna dan pakai Antioxidant Serum ni? Jawapannya semua yang memerlukan untuk mengatasi masalah parut jerawat tak kisah lelaki atau perempuan. Dan produk ni sesuai untuk semua jenis kulit even for sensitive skin (sensitive skin make sure patch test dulu ya). This serum also dermatologist tested dan free from any harmful ingredients such as : 

❌ Sodium Lauryl Sulfate (SLS)
❌ Sodium Laureth Sulfate
❌ Animal Derivatives
❌ Mineral Oil
❌ No Alcohol
❌ Harsh Detergent
❌ Artificial Colours
❌ EDTA
❌ Propylene Glycol
❌ Synthetic Fragrance

Antara kebaikan lain yang ada pada Antioxidant Serum ialah:
  • Merawat kulit kusam
  • Merawat tekstur kulit wajah
  • Mencerah dan meremajakan kulit wajah
  • Memudarkan parut jerawat
antioxidant serum, serum parut jerawat, parut jerawat hilang, parut jerawat hitam, parut jerawat berlubang, parut jerawat susah hilang
tekstur bila pump
antioxidant serum, serum parut jerawat, parut jerawat hilang, parut jerawat hitam, parut jerawat berlubang, parut jerawat susah hilang
tekstur bila sapu
Selain fungsi sesuatu produk, aku menitikberatkan juga tentang tekstur. Tekstur Antioxidant Serum bagi aku bila mula pump nampak agak likat tapi bila dah disapu, ia sangat ringan dan mudah sangat meresap ke dalam kulit. Biasanya golongan kulit berminyak macam aku memang suka jenis produk ringan ni. Cuma satu benda yang aku kurang suka dengan produk ni sebab dia ada bau yang kurang menyenangkan deria bau aku. Dia macam ada bau ubat lama kot (this is my personal opinion la), lain orang lain pandangan kot kan. hehe. Other than that, everything is okay!

Macam mana nak dapatkan produk ni? korang boleh dapatkannya secara online dan offline. Untuk pembelian secara online boleh terus ke website KLIK SINI. Apa yang best, pembelian secara online dapat free shipping with no minimum purchase. Tapi, untuk korang yang suka membeli secara offline boleh terus ke mana-mana farmasi yang terpilih di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Perak, Johor, Penang, Terengganu, Kedah, Melaka, Kelantan dan Negeri Sembilan (KLIK SINI UNTUK SENARAI FARMASI).

That's all, see ya!







September 01, 2019

Tempah tiket percutian murah di Traveloka Saleabration dan Matta Fair

by , in
Assalamualaikum, hai hello everyone!
Tempah tiket percutian murah di Traveloka Saleabration atau Matta Fair | siapa je yang tak suka melancong dan jalan-jalan kenal negara orang kan? Aku sendiri kalau dengar bab melancong oversea memang teruja sangat. Antara destinasi impian aku Turki, Bosnia-Herzegovina, New Zealand, Jepun, Kashmir dan lain-lain. Kan aku list semua panjang sangat pulak hihi. Perkara paling penting sebelum travel of course sesi memburu tiket flight yang paling berbaloi.

Nowadays tak perlu risau kalau nak memburu tiket ke destinasi pilihan sebab Traveloka ada untuk memudahkan urusan pencarian tiket flight beserta hotel sekaligus tau! All in one! Semua benda dalam satu website; jimat masa dan tak perlu pening-pening nak buka banyak website semata-mata nak mencari tiket dan hotel sahaja. Dengan Traveloka, korang hanya perlu set tarikh dan destinasi, then ready to go!

Rugi kalau tak menempah melalui Traveloka tau! Dah la memudahkan urusan pemburuan tiket kita, nak cari yang murah pun senang sebab dah siap dibandingkan dengan beberapa pilihan. By the way, kalau korang malas nak buka laptop, jangan risau sebab sekarang Traveloka juga dah siap sedia dengan apps di telefon pintar kita, hanya perlu install melalui Google Play atau IOS sahaja. And aku nak bagitau ni bahawa korang boleh dapat special price di Traveloka. Please scroll till the end for more details!
traveloka apps, traveloka ios, traveloka google play
Harga murah kaw-kaw di Traveloka Saleabration
Attention!!! Panggilan istimewa untuk korang yang dah lama memburu tiket murah-murah ke oversea, Traveloka Saleabration adalah masa yang paling sesuai untuk menamatkan misi pemburuan korang! Dengan Traveloka Saleabration, korang boleh dapatkan tawaran terbaik online flight deals ke destinasi pilihan. Bukan itu sahaja, promosi Traveloka Saleabration turut menawarkan harga yang berpatutan bagi hotel, Xperience dan airport transfer. Korang first time dengar Xperience? Kalau nak tahu, Xperience yang ditawarkan oleh Traveloka memang sangat menarik. Contohnya, korang nak pergi Seoul, Korea dan nak sewa pakaian tradisi dorang (Hanbok), korang boleh terus book di Xperience Traveloka. That’s all, waduhh senang betul nak travel sekarang ni! Hihi.
Nak tahu apa yang paling best semasa promosi Traveloka Saleabration? Of course yang pertama sebab tiket flight, hotel, Xperience dan airport transfer sangat murah dan jimat sehingga 5% - 25% off. Aku dah try cek harga tiket tadi ke Taiwan awal tahun 2020 (sebab nak bandingkan dengan harga tiket yang aku pergi awal tahun 2019), yes true guys memang murah. Ish ish banyak boleh jimat kalau booked time ni.

Benda best yang kedua sepanjang Traveloka Saleabration, korang tak perlu nak berhimpit-himpit dengan orang ramai. As you guys know, tak lama lagi akan ada Matta Fair dan sesungguhnya Matta Fair memang sangat padat dengan orang ramai. Aku pernah pergi sekali bulan Mac haritu dan rasa macam malas dah nak pergi lagi sebab tak mahu bersesak-sesak (bila diri sendiri tak suka keadaan orang ramai lol).

Maka, alternative lain kalau korang tak sempat nak berebut di Matta Fair 2019 KL atau kurang gemar dengan kesibukan dan kepadatan orang ramai, korang hanya perlu fokus menghadap website atau apps Traveloka di laptop atau telefon pintar sahaja. Dah tak perlu rasa sakit kaki nak jalan-jalan cari tiket, minyak kereta pun jimat kan hehe.

So guys jangan lupa check it out Traveloka Saleabration dan please jangan lepaskan peluang pemburuan tiket flight, hotel, Xperience serta airport transfer dengan kadar yang terbaik mulai hari ini sehingga 27 September 2019 sahaja!













June 12, 2019

A Must Have : Althea A'Bloom Collection

by , in
Assalamualaikum. Hai hello everyone!

A Must Have : Althea A'Bloom Collection | aku harap semua dah kenal Althea tapi bagi yang belum kenal, Althea ialah salah satu online shopping barang-barang kecantikan directly dari Korea. Althea telah menjadi pujaan hati aku sejak sekian lama tau! Memang aku banyak shopping dari sini je, senang dan dipercayai.

Untuk pengetahuan korang, baru-baru ni Althea baru sahaja melancarkan beberapa produk terbaru keluaran mereka iaitu dari koleksi A'bloom. Antara produk tersebut ialah:
  • A'Bloom Moisturising Watermelon Mask
  • A'Bloom Nourishing Avocado Mask
  • A'Bloom Brightening Lemon Lime Mask
  • A'Bloom Anti Blemish Peach Mask
  • A'Bloom Giant Meringue Puff
  • A'Bloom Baby Meringue Puff
  • A'Bloom BHA Blackhead Blaster
Althea A'Bloom Collections
A'Bloom Collections semuanya comel-comel, kiut miut dan aku percaya kalau girls tengok benda cute macam ni memang akan jatuh cinta. Design, nama produk dan saiz A'Bloom collections memang win! i love every single of this cute little things 💗

First of all, jom teliti satu persatu produk A'Bloom!

1) A'Bloom Mask
Fruit Mask (price RM2/each sheet mask)
common girls! look at the packaging. Very funky and yet so creative! Nama masing-masing pun cute sangat ni.  Kesemua mask ini berasaskan buah-buahan #FruitMask. setiap mask ini mempunyai fungsi yang berbeza. So, kita boleh pakai mengikut kesesuaian dan concern kulit kita.
Function of each Mask
A'Bloom Moisturising Watermelon Mask: This mask that packs a punch of hydration and moisturization for waterful skin that lasts.
Key ingredient: Citrullus Vulgaris (Watermelon) Fruit Extract, Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract
Skin Type: All Skin Types (great for Combination Skin)

A'Bloom Anti Blemish Peach Mask: This anti-blemish mask purifies and soothes irritated and sensitive skin
Key ingredient: Prunus Persica (Peach) Fruit Extract, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract
Skin Type: All Skin Types (great for Oily Skin)

A'Bloom Brightening Lemon Lime Mask: This brightening mask clarifies and brighten dull skin to unveil the natural glow from within.
Key ingredient: Niacinamide, Citrus Limon (Lemon) Fruit Extract, Citrus Aurantifolia (Lime) Fruit Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract
Skin Type: All Skin Types (great for Combination Skin)

A'Bloom Nourishing Avocado Mask: This mask is rich in antioxidants to nourish and protect skin from harmful environmental factors and prevent wrinkles
Key ingredient: Adenosine, Persea Gratissima (Avocado) Fruit Extract, Hibiscus Sabdariffa Flower Extract
Skin Type: All Skin Types (great for Dry Skin)

Aku dah try watermelon mask, very moisturising. suka sangat! yang penting bila bangun pagi besok, memang muka rasa helok sangat, takde rasa berminyak 😃

2) A'Bloom Meringue Puff
Giant and Baby Meringue Puff
Mana nak jumpa blending sponge yang comel macam Giant and Baby Meringue Puff? Tools yang sangat membantu untuk kita blend foundation atau concealer dengan lebih cepat, mudah dan dapat effect make up yang flawless!
Giant Meringue Puff (price RM8.00)
3 kelebihan utama Giant Meringue Puff iaitu:
  • Boleh membesar sehingga 1.5x ganda untuk dapat coverage yang lebih pantas dan menyeluruh.
  • Flawless finish
  • 2-way finish : boleh digunakan secara basah atau kering
Baby Meringue Puff (price RM11/3 pcs)
3 kelebihan utama Baby Meringue Puff:
  • Mudah digunakan terutama di kawasan yang terlindung
  • Perfect make up
  • 2-way finish : boleh digunakan dalam keadaan basah atau kering
Apa yang menarik dengan Baby Meringue Puff ni, memang sangat sesuai untuk blend concealer di bahagian bawah mata sebab angle lebih kecil. Aku suka betul dengan kedua-dua Meringue Puff ni sebab sangat sangat lembut! Memang mudah sangat nak blend. Btw, aku lebih suka gunakan secara basah untuk dapatkan effect dewy finish 😍

3) BHA Blackhead Blaster
BHA Blackhead Blaster (price RM16)
BHA Blackhead Blaster sangat mudah digunakan sebab jenis stick tau! So, inilah masanya untuk korang hilangkan blackhead dan whitehead tanpa rasa sakit sedikit pun, tonyoh banyak-banyak pun tak sakit sebab tekstur lembut dan tidak kasar. Most importantly, BHA Blackhead Blaster gentle to sensitive skin and no irritation kerana bahan utama ialah White Willow a.k.a  natural BHA. Untuk dapatkan result yang terbaik, guna secara konsisten tau!

Anyway, koleksi Althea A'Bloom memang terbaik dan harga sangat berbaloi! Korang jangan lepaskan peluang untuk cantik dan berseri dengan produk A'Bloom. boleh dapatkannya di Althea.kr sekarang juga!






March 31, 2019

Honest Review : Madagascar Centella Asiatica (Ampoule)

by , in
Assalamualaikum, hello hai everyone!

Honest Review : Madagascar Centella Asiatica (Ampoule) | first of all, ya tuhan lama giler tak update blog. ini betul-betul lama weh! haha ampun. Bersusun je barang produk kecantikan yang aku nak review sendiri, tapi itu lah, selagi tidak dipaksa memang sedikit kemalasan. hehe. So, aku kembali untuk review produk yang paling aku suka buat masa sekarang.

sebelum aku beli Madagascar Centella Asiatica ni, aku usya banyak tempat juga ye. baca review sana sini, tengok testimoni, baca kelebihan centella asiatica dan seumpama dengannya. yang pastinya, aku mengambil masa yang lama untuk beli, takut la tak berkesan, rugi pulak kan!
madagascar centella asiatica, ampoule, skin barrier, skin barrier improvements, korean beauty product
Madagascar Centella Asiatica 100 Ampoule
Price : RM72

About the product:
1. Meredakan kemerahan
2. Melembapkan kulit muka
3. Mengurangkan pigmentasi
 
Ingredients:
Centella Asiatica Extract 100%
madagascar centella asiatica, ampoule, skin barrier, skin barrier improvements, korean beauty product
more details about the Centella Asiatica

cara penggunaan:
Titiskan 3-4 Centella Asiatica menggunakan applicator, dap dap ke muka selepas cleanser atau toner.

Honest Review:
Kalau korang nak tahu, secara mudahnya centella asiatica ialah daun pegaga. ia merupakan salah satu ingredient yang terbaik untuk merawat skin barrier selain aloe vera. Because of that, aku cuba yang ni, lagi-lagi bila dia punya ingredients tu 100% ekstrak daun pegaga je. aku fikir, in shaa Allah no irritation la kalau macam ni sebab kulit muka aku memang sangat sensitif kalau tak kena produk. So, masalah muka aku ni, boleh tahan jerawat pasir suka bermanja-manja especially area dahi. Surprisingly, selepas lebih kurang sebulan memang takde, ai is terharu! Tapi kadang-kadang naik jugak tu bagi aku biasalah, cuma tak lama sebab ampoule ni akan redakan balik. Produk ni jugak claim yang ia melembapkan kulit, so memang betul sangat. Tekstur ampoule ni ringan macam air dan cepat absorb, dan juga cukup untuk melembapkan kulit muka aku, even aku tak pakai moisturiser pun sekarang (mohon jangan kecam hahaha sebab aku tak jumpa moisturiser yang sesuai lagi). Overall, i see a lot of improvement using this product, i love you Centella Asiatica! Aku beli di Althea.kr 💚


February 11, 2019

Nestlé Sokong Kecelikan Braille Sumbang RM45,000 kepada Masyarakat Cacat Penglihatan

by , in

PETALING JAYA, 4 Februari 2019 – Selaras dengan matlamat Nestlé Malaysia untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat, syarikat baru-baru ini menyumbang bahan bacaan Braille bernilai RM45,000 kepada Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM). Bahan bacaan yang bersamaan 1,000 buku itu akan membantu 500 kanak-kanak buta dan cacat penglihatan.
nestle malaysia, sumbangan nestle, braille, cakna braille
Pn. Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Nestlé Malaysia berkata, “Kami amat komited untuk membawa perubahan bermakna dalam kehidupan mereka yang memerlukan. Sebagai sebuah syarikat yang menyokong keterangkuman dan kepelbagaian budaya, kami percaya bahawa setiap insan sewajarnya diberi peluang yang sama untuk membaca dan menulis, termasuk golongan buta. Kecelikan braille adalah satu komponen penting dalam pendidikan kerana kemahiran ini membuka pintu dan menambah peluang untuk orang buta dan cacat penglihatan. Kami berharap sumbangan ini dapat membantu menambah baik kadar celik huruf dalam kalangan orang buta dan cacat penglihatan di Malaysia.”
nestle malaysia, sumbangan nestle, braille, cakna braille,buku braille

Menurut En. Silatul Rahim Dahman, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama YOBM, “Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nestlé Malaysia kerana bermurah hati memberi sumbangan ini dan sekian lama menjadi penyokong kuat masyarakat buta. Sumbangan ini pasti akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat kami, terutama sekali kanak-kanak. Di YOBM, kami percaya bahawa pendidikan boleh memutuskan kitaran diskriminasi dan kemiskinan, dan buku-buku ini pasti akan memberi peluang kesaksamaan kepada masyarakat kami.”
nestle malaysia, sumbangan nestle, braille, cakna braille,buku braille 
Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.  Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia

January 28, 2019

Tips Penting ke Universal Studios Singapore

by , in
Assalamualaikum.

Tips Penting ke Universal Studios Singapore | Hi! Siapa je yang tak suka nak pergi theme park kan, especially theme park in Malaysia ni kan, ada banyak jugak theme park yang kita boleh pergi. Tapi kalau rasa nak pergi jauh sikit atau nak merasa pakai passport, korang boleh plan untuk ke selatan Malaysia. Yes ke negara jiran kita, Singapore! The first Universal Studios in South East Asia. Universal Studios Singapore salah satu wish list aira nak pergi, last week pergi Singapore pun tak sempat nak singgah sebab masuk kejap je Singapore untuk pergi kenduri. Since memang dah berniat nak pergi, banyak juga baca-baca tips sambil dengar tips dari orang lain. So kat artikel ni aira nak share tips-tips kalau korang plan nak ke sana nanti.
USS,tips ke USS, Universal Studios Singapore
pic source: google
1. Elakkan membeli tiket semasa cuti umum Singapore
So pertama sekali ialah elakkan book atau beli tiket masa cuti umum Singapore sebab masa tu confirm ramai giler. Walaupun korang dapat beli online awal-awal tapi kalau pergi time cuti apa-apa jenis raya kat Singapore pun, confirm sesak macam sardin. So kalau boleh elakkan waktu begitu tau. Kalau ramai sangat tak enjoy pulak,

2. Jangan lupa ambil Studio Guide!
Then, bila korang dah book dan sampai dekat sana, dah masuk dekat entrance Universal Studios tu, korang terus ambik Studio Guide sebab kat dalam tu ada schedule, so korang boleh plan nak pergi mana-mana dulu. Lebih baik masa kat entrance nanti kalau tak nak asyik kena photobomb korang amek gambar masa dah petang sikit time tak ramai orang. Sebab nanti korang boleh jalan-jalan balik. Yang penting pergi la lawat kat tempat-tempat lain dulu, amek gambar puas-puas.
USS,tips ke USS, Universal Studios Singapore
pic source: google
3. Explore more merchandise store
Lepas tu nanti kat dalam ada banyak kedai-kedai merchandise, korang tak payah beli banyak-banyak dulu kat kedai yang first. Explore dulu semua benda yang ada kat dalam, sebab kadang-kadang next merchandise store mungkin ada barang yang lebih best. Apa-apa pun kalau dah berkenan tu why not, beli je. Item setiap kedai dari setiap zon ada yang lain-lain. Oh ye kat dalam tu ada 7 zon! so bayangkan ada banyak lagi kedai. Yang paling penting kalau korang betul minat dengan ride or character yang korang suka, boleh terus beratur dulu shopping kemudian. Sebab beratur tu yang panjang dan lama tu.

4. Get ready to spend money kalau lapar
Of course macam biasa makanan dalam theme park harga pun macam theme park lah jawabnya. Kalau nak bawak makanan dari luar korang kena simpan dalam beg, tu pun belum tentu lepas hehe. And kalau boleh bawa air lebih untuk ke toilet sebab dalam toilet situ takde paip untuk korang jalankan tugas sebagai seorang manusia yang normal. Faham kan? Hehe. Tapi dont worry sebab kat dalam USS jugak ada kedai restoran yang halal so boleh je nak makan kat dalam tapi kena spend lebih sikit lah ye. Kalau rasa nak menahan lapar, boleh aja. hihi
USS,tips ke USS, Universal Studios Singapore
pic source: google
5. Prepare baju lebih atau payung kecik
Ada ride kat dalam theme park tu yang boleh membasahkan baju korang so for preparation bawa la baju lebih or baju hujan or payung kecik atau lipat. Alang-alang dah sampai takkan tak nak try semua jenis ride yang ada kat dalam kan. Rugi lah nanti! So sediakan payung sebelum hujan tau. And untuk ride kat dalam ada juga had tinggi, so korang boleh check it out kat website Universal Studios Singapore.

6. Schedule betul-betul okey!
Yang paling penting adalah schedule untuk segala performance so korang boleh plan nanti supaya tak terlepas show yang korang nak tengok. Ada jugak fireworks pada malam minggu nanti, so kalau korang pergi weekend boleh jugak check it out sebab memang awesome! Rugi kalau terlepas.

Info tambahan: kalau korang nak tukar duit, kat luar sebelum entrance ada money changer. USS pun ada facilities macam wheelchair dan stroller untuk kanak-kanak. Kalau interested, boleh ambil dekat entrance. Kat dalam USS pun kalau nak solat ada juga surau so no problem, jangan risau okey. Kalau nak letak barang dalam locker pun ada juga, just in case rasa macam tak cukup tangan.

Last but not least, if all plan goes well, trip korang ke USS ni pasti takkan dilupakan dan stress free gituuu. Hopefully u guys will have some fun!
January 17, 2019

Review Nature Republic Hair Pack | My First Hair Mask

by , in
Assalamualaikum.

Review Nature Republic Hair Pack | My First Hair Mask || Hello everyone! My first ever post on January 2019, happy new year! hihi. Semoga terus fokus untuk capai azam tahun ni. Siapa pernah baca wishlist beauty product yang aira nak sangat ada? kalau belum pernah, boleh terjah ke My Top 10 Wishlist Korean Beauty Product From Althea. Banyak tu wishlist aira, tapi setakat ni yang dah grab ada lah tiga jenis barang. Salah satunya ialah Nature Republic Hair Pack, kenapa grab ni? sebab utama mestilah nak jaga rambut, lepas tu saja nak try beli beauty product selain untuk penjagaan muka je dari Althea.
hair mask, nature republic hair pack, nature republic argan oil, penjagaan rambut kering, produk penjagaan rambut, produk penjagaan rambut korea
Nature Republic Argan Essential Deep Care Hair Pack 200ml
Price: RM 27.00
About the product:
1. Hair Pack yang diperkaya dengan Argan Oil
2. Melembutkan dan membaiki kerosakan rambut
3. Membantu rambut untuk lebih glowing
4. Ingredients utama: Argan oil, Rosehip oil, Camellia oil, Evening Primrose oil

Cara penggunaan:
Selepas syampu, buang sisa air yang ada dekat rambut dan lap sikit, ambil hair pack ni secukupnya dan sapu di bahagian tengah rambut sehingga hujung rambut. Biarkan selama 5-10 minit (tapi aira buat 15-20 minit) dan bilas.
hair mask, nature republic hair pack, nature republic argan oil, penjagaan rambut kering, produk penjagaan rambut, produk penjagaan rambut korea
Honest review:
Secara jujurnya, ni first time beli hair mask. Tapi pernah je mask rambut dekat hair saloon jarang-jarang sekali tu sebelum ni. Memang kalau lepas hair mask, rambut akan lembut bak sutera. haha.  Begitu juga lepas guna hair pack Nature Republic ni, rambut memang lembut, kurang lah kering untuk tempoh 3-4 hari. Katanya dekat bekas ni, penggunaan hair pack seminggu sekali akan beri kesan yang lebih baik. I really hope so! Memang takde masalah guna hair pack ni, bau sangat best, wangi dan tak berminyak pun. Yang masalahnya bila nak pakai tu kurang best sebab kena buat sendiri. Kalau ada orang tolong pakaikan memang feeling habis! haha. By the way, tools ala-ala hair saloon tu beli dekat Ecoshop je, murah murah! Overall, aira memang suka! Harga berpatutan dengan kualiti yang bagus, boleh kurangkan kekeringan rambut. Recommended? Yes, korang patut cuba!

Beli ni dekat Althea.kr