Review Stay Fresh Body Sparkling Mist dari Althea x Titi Kamal

Assalamualaikum.

Review Stay Fresh Body Sparkling Mist dari Althea x Titi Kamal | Hai! Semoga semua sihat hendaknya, selamat hujung tahun. Akhiri tahun 2018 dengan memori-memori indah dan bawa azam baru untuk tahun 2019! Siapa suka body mist? I’m one of the fan tapi lama juga tak membeli body mist ni. Since Althea keluarkan body mist sebagai salah satu dari kebanyakan produk kecantikannya, why not kita cuba kan? Body Sparkling Mist keluaran Althea ialah hasil daripada kolaborasi bersama Titi Kamal, iaitu salah seorang pelakon dan penyanyi yang berbakat dari Indonesia. Body Mist ini merupakan body mist pertama dari Althea, say yes to this new baby!
body mist, althea, body sparkling mist titi kamal althea, fragrance, perfume, body perfume
Stay Fresh Body Sparkling Mist
100 ml
About the product:
  1. Combination fragrance of sweet orange and peach that is followed by an ever-graceful echo of rosy floral notes.
  2. This fresh daily body mist fits with any style, from a classy romantic look to an everyday casual.
  3. A non-sticky body mist usable as an elegant perfume as it leaves a fresh fragrance on the body.
  4. A floral fruity fragrance that is gentle and long-lasting.
  5. Lightweight and portable packaging that fits easily in any handbag or purse
body mist, althea, body sparkling mist titi kamal althea, fragrance, perfume, body perfume
Honest review:
Pada awalnya, aira agak risau bila buka packaging sebab nampak dekat botol tu ada rose. Memang dah set in mind yang aira mungkin kurang menyukai body mist ni sebab ada bau rose, aira kurang menggemari bau rose sebab tak best bagi aira, pastu kadang-kadang boleh pening. Memang risau sangat tak pakai, kan rugi pulak nanti! Tapi sangkaan aira meleset sama sekali! Ini betul-betul di luar fikiran aira. 
body mist, althea, body sparkling mist titi kamal althea, fragrance, perfume, body perfume
Sekali sembur je dah jatuh cinta! Wangi yang sedap ni girls! Bukan wangi yang boleh buat pening-pening tu. Gabungan orange, peach dan rose sangat sempurna. Kewangian dan kesegaran body mist ni boleh kekal antara 3-4 jam setelah eksperimen dijalankan di badan sendiri. Sekali tu aira pernah bagi kawan dan kakak aira try, dan diorang pun impressed dengan kewangian dan kesegaran bau body sparkling mist. Disebabkan aira dah selesa dengan body sparkling mist ni, aira memang bawa dan letak dalam make up bag on-the-go aira untuk refresh bila-bila masa sahaja!

Sesiapa yang meminati fruity, floral dan fresh scent, you might love this one!

Long-lasting: 4/5
Scent and Freshness: 5/5
Boleh dapatkannya di Althea.kr
#TitixAltheaKorea #AltheaKorea #AltheaAngels

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)