Review Pore Purifying Serum Cleanser


Assalamualaikum.

Review Pore Purifying Serum Cleanser | Hai, semoga korang baik-baik selalu! Disebabkan aira dah addicted dengan produk kecantikan korea, so kebanyakan aira share dekat blog haruslah tentang review produk Korea. Hihi. So, ini salah satu entry tentang K-Beauty product review iaitu Pore Purifying Serum Cleanser. Pada mulanya, baca nama produk pelik juga sebab gabungan serum dan cleanser? Apa akan jadi? Stay tuned and baca sampai habis okey!
pore purifying cleanser, althea, produk althea, althea beauty product, cleansing oil, oil based cleanser, make up remover
Pore Purifying Serum Cleanser
About the product:
1. Ph Balance
Level ph 5.5 – 6.5, bagus untuk dapatkan kulit yang sihat.
2. Perfect Cleansing Solution
Membersih kulit muka secara mendalam (deep cleanse) dan mampu menanggalkan make-up secara berkesan.
3. Dual Moisture Cell System
Selepas mencuci muka, formula serum yang ada dalam Pore Purifying Serum akan mengekalkan kelembapan pada kulit.
4. Exfoliate dead skin
Membuang sisa kulit mati dengan kebaikan pure mint extract dan membantu meminimakan pembukaan pori.
pore purifying cleanser, althea, produk althea, althea beauty product, cleansing oil, oil based cleanser, make up remover
Ingredients:
Water, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Cyclomethicone, Isononyl Isononanoate, Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Mentha Arvensis Leaf Extract, Glycerin, Citric Acid, Hydroxyacetophenone, Disodium Edta, Ethylhexylglycerin, Sodium Citrate, Butylene Glycol, Fragrance

How to use:
Ada dua cara untuk menggunakan pore purifying serum cleanser:
1. Menanggalkan make-up
Tuangkan sedikit pore purifying serum cleanser di tapak tangan, urut di bahagian muka dengan circular motion untuk menanggalkan make-up dan bilas muka dengan air bersih. Then, boleh guna water based cleanser jika perlu.
2. Membersih muka
Tuangkan sedikit pore purifying serum cleanser di tapak tangan, urut di bahagian muka selama 5-10 saat dan bilas dengan air bersih.
pore purifying cleanser, althea, produk althea, althea beauty product, cleansing oil, oil based cleanser, make up remover

Honest Review:
Actually, lepas baca details, baru lah aira tahu bahawa Pore Purifying Cleanser ialah water and oil based cleanser. Normally, aira jumpa water based and oil based cleanser secara berasingan, so this product dah gabungkan kedua-duanya! Macam agak menarik lah jugak!

Aira dah try untuk kedua-dua cara; tanggalkan make-up dan mencuci muka. Memang patutlah dinyatakan salah satu fungsinya adalah untuk tanggalkan make-up sebab memang sangat berkesan. Yang aira suka, bila urut untuk tanggalkan make-up di bahagian mata, lepas buka mata, tiada kesan pedih atau blur effect. Aira pernah guna cleansing oil yang lain sebelum ni, kalau nak bersihkan mascara memang akan blur kejap mata bila buka sebab terkena mata. Tapi this one, Alhamdulillah so good!

Cara kedua sebagai pencuci muka best jugak sebab selepas bilas, memang kulit rasa lembap sangat dan tak rasa tegang dan ketat langsung! Tapi, lepas aira guna pore purifying cleanser, aira tetap akan guna water based cleanser untuk make sure pori betul-betul bersih. Aira suka bila cuci muka tak rasa tegang ni sebab kulit muka aira sangat sensitif kalau guna cleanser yang boleh buat kulit muka terlalu tegang (normally kalau jenis pencuci muka yang berbuih). By the way, pore purifying cleanser ada bau sebenarnya, wangi, tak kuat sangat, just okey la.

Overall, aira approved pore purifying cleanser sebagai salah satu skincare routine sebab sesuai dengan kulit sensitif aira, no irritation, side effect atau break out! Alhamdulillah, feeling so good!

Sesiapa yang berminat untuk cuba this good product dari Althea, boleh dapatkannya di Althea.kr
#AltheaSerumCleanser #AltheaAngels #AltheaKorea




3 comments:

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)