MY TOP 10 WISHLIST KOREAN BEAUTY PRODUCTS FROM ALTHEA


Assalamualaikum. Hai!

MY TOP 10 WISHLIST KOREAN BEAUTY PRODUCTS FROM ALTHEA | Semua dah kenal website Althea kan? One of the biggest online shopping yang menjual pelbagai barangan kecantikan dan jenama dari Korea. Sebut je barangan kecantikan korea, memang automatik terbayang glass skin masyarakat korea, siapa je tak mahu? Hihi. Oleh sebab nak cantik begitu, aira memang tak boleh lepas usya Althea Apps di phone, yang berkenan di hati terus masuk wish list. Hehe. So, ni aira senaraikan wish list yang aira nak sangat beli dari Althea!

1. Laneige Lip Sleeping Mask
Serius, aira memang nak sangat sebab tak pernah ada lip sleeping mask! Tambahan lagi haritu kawan aira baru je beli lip sleeping mask ni dan review best. Bibir smooth dan bau wangi yang mengujakan gitu. So, I want!

2. Dear, Klairs Supple Preparation Facial Toner
Klairs salah satu famous brand dari Korea. Aira tak pernah pakai lagi yang ni, tapi haritu tengok review dari blogger nampak best je. Lagipun, toner sedia ada sekarang ni dah nak habis. So boleh lah gantikan dengan yang ni. Hehe.
3. Dear, Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask
Great mask I guess sebab mengandungi vitamin E dan Niacinamide. Dua gabungan ingredients yang aira suka! Will purchase this hihi.

4. Skin1004 Madagascar Centella-Asiatica 100 Ampoule
Ampoule ni adik beradik dengan essence dan serum dan ni termasuk dalam wish list sebab aira tak pernah ada ampoule as one of my skincare routine. Lagi best, apa yang aira pernah baca, Centella Asiatica ni ingredient yang bagus untuk baiki skin barrier. Since sekarang proses aira nak improve skin barrier, why not try this one right?
5. Onsaemeein Magic Solution Skin Powder
Produk ni khas untuk merawat jerawat. Kalau jerawat timbul, dap je dekat tempat tu. Disebabkan jerawat di muka aira masih lagi menyinggah, teringin nak try ni sebab ingredients dia best (salah satunya salicylic acid). Bila baca review, mostly cakap jerawat boleh kecut dalam masa 1-3 hari sahaja. Impressed!

6. Calmia Perfect Outdoor Sunblock
Sunblock ni aira teringin sebab ia physical type of sunblock. Since aira kulit sensitif, memang kalau sunblock akan cari yang physical type je. Physical type susah sikit nak jumpa sebab kebanyakan ingredient dah bercampur dan jadi chemical. So, aira rasa this one might be suitable lepas baca review orang lain. hehe
7. Laneige BB Cushion Pore Control
One of the famous product dari Laneige! Aira teringin sangat sebab BB Cushion ni claim pore control, memandangkan pores aira jelas jugak kelihatan, harapnya dengan pakai ni makin okey. Hehe. Nak jadi macam duta produk Laneige please! Haha

8. Althea Flawless Creamy Concealer
Semoga concealer ni dapat menutup segala kelemahan yang ada. Haha. Concealer ni produk baru dari Althea sendiri. So nak rasa best ke best sebab setakat ni produk Althea best je! Hihi

https://my.althea.kr/argan-essential-deep-care-hair-pack
9. Nature Republic Deep Care Hair Pack
Tiba-tiba wish list terselit penjagaan rambut. Haha. Aira nak yang ni jugak sebab tak pernah ada hair mask! Sekarang baru terasa rajin nak memanjakan diri nak pakai hair mask sebab aira tahu kalau pakai hair mask, memang rambut akan licin (pengalaman pergi hair saloon hihi)

10. Pobling Pore Sonic Cleanser
Skincare tools yang sangat perlu bagi aira! Kadang-kadang waswas cuci muka pakai tangan je. Kalau pakai tools ni, lebih berkesan dan dalam cuciannya. Review pun tinggi jugak, mostly cakap bulu tu lembut je. Aira pernah beli jenama lain sebelum ni, tak best sebab bulu sangat kasar. So, harapnya yang ni nice macam review orang lain!

So, ini lah top 10 wish list Korean beauty product dari Althea. Kalau ikutkan, banyak lagi. haha. Siang malam buka apps Althea jamu mata. Hehe. Doakan wish list ni tertunai! Ameen. Korang kalau buka website atau apps Althea, mesti ada je yang masuk wish list. Tak percaya? cuba dulu! hihi.


10 comments:

  1. ada satu sama dengan wishist kak ana :)

    ReplyDelete
  2. Akak berkena dekat hair mask tu dengan yg untuk hilangkan jerawat kalau betul dapat merawat boleh cuba

    ReplyDelete
  3. Semua best2 kan kat althea.. Zaza bkenan nak beli produk2 rambut

    ReplyDelete
  4. Pobling pore sonic tu plg kak ana nk try. Ramai kata best tau pobling tu.

    ReplyDelete
  5. wah wahhh lips pun ada mask ye? ingatkan face and foot je ade hehehe. bestt nya!

    ReplyDelete
  6. Macam best je semua ni Aira.. Geram tengok

    ReplyDelete
  7. yg lip tu mek pakai. memang best. kulit bibir memang jadi sihat.

    ReplyDelete
  8. Ada yang sama dengan wishlist kita la..

    ReplyDelete
  9. suka juga dengan products Klairs.. menarik =D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)