December 02, 2018

Review Petal Velvet Sunaway dari Althea

by , in
Assalamualaikum.

Review Petal Velvet Sunaway dari Althea | Hai uols! ada yang tercari-cari review tentang salah satu produk terbaru keluaran Althea ke? Sini aira nak share pengalaman aira sendiri menggunakan Petal Velvet Sunaway. Banyak juga review dari blogger lain, tapi selagi tak cuba sendiri, selagi tu belum puas hati. hihi.

Petal Velvet Sunaway ialah sunscreen iaitu salah satu step skincare yang wajib ada bagi setiap orang. Sunscreen penting supaya kulit muka kita terlindung dari sinar UVA/UVB yang boleh menyebabkan masalah pada kulit. Contoh masalah kulit yang boleh menempel di muka ialah kemunculan jeragat. Waktu muda ni memang tak nampak lagi kesan pada muka tanpa pemakaian sunscreen tapi nanti dah berusia sikit mulalah muncul. Tak mau kan? hihi. So, wajib pakai sunscreen ye!

Tak tahu nak guna sunscreen apa? Jangan risau sebab sekarang Althea dah memperkenalkan sunscreen terbaru iaitu Petal Velvet Sunaway.
althea, althea korea, petal velvet sunaway, althea sunscreen, petal velvet sunaway texture
Petal Velvet Sunaway
Price: RM43.00
Suitable for all skin type include sensitive skin
Ingredients: Water, Cyclopentasiloxane, Zinc Oxide, Disiloxane, Propanediol, Titanium Dioxide, Dicaprylyl Ether, Methyl Methacrylate Crosspolymer, Pelargonium Graveolens Flower Oil, Salvia Officinalis (Sage) Oil, Pogostemon Cablin Oil, Citrus Aurantium Bergamia (Bergamot) Fruit Oil, Rosa Damascena Flower Extract, Peg-10 Dimethicone, Stearic Acid, Aluminum Hydroxide, Vinyl Dimethicone/Methicone Silsesquioxane Crosspolymer, Sodium Chloride, Triethoxycaprylylsilane, 1,2-Hexanediol, Sorbitan Caprylate, Glyceryl Caprylate, Polyglyceryl-6 Polyricinoleate, Ethylhexylglycerin, Butylene Glycol, Ethyl Hexanediol, Caprylyl Glycol
Type of sunscreen : Physical sunscreen

Nak tahu lebih lanjut tentang physical dan chemical sunscreen, boleh berguru dengan Mr. Google. Paling jelas, ingredients dalam physical sunscreen ialah Zinc Oxide dan Titanium Dioxide. Perkara paling normal juga bagi physical sunscreen ialah white cast tetapi petal velvet sunaway claim no white cast yee.
althea, althea korea, petal velvet sunaway, althea sunscreen, petal velvet sunaway texture
Cara penggunaan: goncang sebelum guna dan apply di seluruh muka sebelum keluar atau terkena sinaran matahari
althea, althea korea, petal velvet sunaway, althea sunscreen, petal velvet sunaway texture
My experience:
aira suka dengan Petal Velvet Sunaway sebab very light on my face dan tak berminyak atau melekit langsung.  Cuma satu part yang aira kurang gemar ialah bau rose, agak kuat bagi aira tapi mungkin tidak bagi orang lain sebab ada yang okey je dengan bau kan. one more thing, walaupun ia claim takde white cast, bagi aira ianya ada cuma tak obvious, bila blend dekat muka tak nampak pun, lagipun sebab aira jenis combination skin dan warna kulit muka pun sedang-sedang je, jadi tak nampak bercapuk (boleh tengok gambar kat atas ni, memang well-blended, smooth je). Lagipun, aira sebelum ni memang pakai sunscreen jenis ada white cast so Petal Velvet Sunaway is okey for me, no irritation at all :D

jangan lupa singgah di Althea untuk dapatkan Petal Velvet Sunaway dan check out dengan memasukkan kod yang diberikan untuk voucher Free Shipping!