Welcome Gift Box untuk Althea Angels dari Althea Korea

Assalamualaikum.

Hai kesayangan semua! Have a good, nice and happy day. Alhamdulillah, hari-hari aira pun baik je ni, lagi baik sebab aira baru je terima pink parcel iaitu Welcome Gift Box dari Althea Korea. Korang pernah dengar ke tak tentang Althea Korea sebelum ni? Kalau ye, maksudnya korang memang peminat K-Beauty products. Hihi. Kalau tak pernah dengar, meh aira cerita serba sikit supaya korang boleh jatuh hati dengan Althea dan jadi peminat produk kecantikan Korea. Tak kenal maka tak cinta. hehe.

Althea merupakan satu website yang menawarkan pelbagai jenis produk kecantikan dari Korea. Pelbagai jenis produk Korea yang kita boleh dapati dari set penjagaan muka (cleanser, toner, serum, essence, sheet mask, moisturiser, sunscreen dan lain-lain), badan (body scrub dan lain-lain), rambut  (shampoo, conditioner dan lain-lain) dan make up (foundation, mascara, eyeliner, lipstick, blusher dan lain-lain). Sebenarnya banyak lagi, kalau nak list A-Z memang panjang la aira membebel. haha. Pendek kata, semua keperluan wanita untuk tampil cantik dan yakin ada dalam website Althea. Apa yang penting? kita je kena rajin dan tak berkira sangat untuk spend duit demi menjaga aset kita. haha gitu sekali ye rakan-rakan sekalian!

Selain website Althea untuk jualan, sebenarnya Althea juga ada blog khusus untuk K-Beauty Lovers! Banyak tips kecantikan yang menarik beserta products suggestion, cuma kita perlu lebih rajin untuk membaca dan meneroka. Antara yang menarik perhatian aira ialah tentang penjagaan kulit muka bagi normal, dry, oily and sensitive skin. Korang boleh ke SINI
althea korea, althea korea malaysia, althea angels, welcome gift box
Sekarang, semua dah maklum tentang Althea kan? Perkara paling menarik lagi di Althea, mereka menubuhkan komuniti yang dikenali sebagai Beauty Ambassador Community yang datang dari  pelbagai negara seperti Malaysia, Filipina, Singapura dan Indonesia. Alhamdulillah, aira salah seorang dari komuniti ini. yeayyy!

Excited? Of course lah! Aira dah la jenis selalu bukak website Althea ni, saja bagi mata segar sikit. Lagipun, lately makin concern dengan K-product sebab dah pernah try a few brands, memang best! Bila dapat email beberapa minggu lepas, rasa nak melompat. hihi. Terharu pun ya jugak. Thank you so much Althea!

For the first time, marilah tengok apa yang Althea terbangkan dari Korea nun jauh di sana dalam Welcome Gift Box:
  • x1 Althea Korea's Petal Velvet Sunaway *NEW LAUNCH*
  • x1 Althea Korea's Milk Peel Cream Mask *NEW LAUNCH*
  • x1 Althea Korea's Petal Velvet Powder in #0 Translucent
  • x1 Althea Korea's Petal Velvet Powder in #23 Warm Beige
  • x1 Althea Korea's Petal Velvet Powder in #Pink Lavender
  • x1 Althea Angel's Pink Pouch
  • x1 Althea Angel's Beauty Mirror
althea, althea korea, welcome gift box, althea pink box
Welcome Gift Box
althea korea, althea korea malaysia, althea angels, welcome gift box, produk althea, petal velvet sunaway
inside the box
Paling suka dengan Althea sebab warna utama adalah pink! Pink box, pink pouch! aira jatuh cinta sebab dah sememangnya suka dengan warna pink. Pouch tu suka sangat sebab tak terlalu besar dan tak terlalu kecil, boleh muat basic skincare atau basic make up kalau keluar jalan-jalan. Beauty mirror pun muat dalam pouch ni! tak perlu susah-susah nak berebut cermin dekat surau lagi kalau solat dekat mall. hehe.

Gambar di atas mempunyai dua produk terbaru keluaran Althea iaitu Petal Velvet Sunaway (physical sunscreen) dan Milk Peel Cream Mask (AHA BHA Triplex Exfoliating). Aira dah baca review dari orang lain tentang kedua-dua produk dan tak sabar nak share pengalaman aira sendiri, sekarang masih dalam proses mencuba. hehe.
althea korea, althea korea malaysia, althea angels, welcome gift box, althea exclusives, produk althea
Althea Exclusives : Petal Velvet Set
Rangkaian eksklusif Petal Velvet yang terdiri daripada sunscreen dan tiga jenis powder yang berlainan. Korang yang berminat boleh dapatkan satu set dengan harga yang lebih murah. Tapi kalau nak beli satu-satu pun takde masalah. 
althea korea, althea korea malaysia, althea angels, welcome gift box, petal velvet powder
Petal Velvet Powder
Aira tertarik dengan salah satu Petal Velvet Powder sebab ada warna pink. Biasanya yang aira tahu code translucent dan beige je. This is new for me! Ingatkan pink ada untuk blusher je. hihi. By the way, Petal Velvet Powder code pink lavender sebenarnya keluaran edisi terhad sempena 3rd Anniversary Althea. Korang jangan lepaskan peluang untuk dapatkannya ya.

The best part kalau membeli di website Althea dengan 2 atau lebih jenis pembelian produk, korang akan dapat FREE SHIPPING! suka tak? Haruslah suka sebab barang berkualiti di import terus dari Korea ni!

Jom lah membeli-belah produk dari Korea di:






12 comments:

  1. Wah jadi althea angel juga 😍 tahniah.. gift2 tu bestt kan..

    ReplyDelete
  2. best-kan pakai produk korea? lebih natural dan kulit lebih elok.

    ReplyDelete
  3. Tahniah. Best tau semua produk2 althea ni.

    ReplyDelete
  4. Tahniah aira.. Akak ada mintak x dapat respon hahaha

    ReplyDelete
  5. tertarik dengan sunscreen tuu..
    congrats aira

    ReplyDelete
  6. althea ni dari gift box sampai barang dalam tu semua cantik2 .geramm...

    ReplyDelete
  7. Petal velvet set ni macam cun sangat, geram tengokk.. Mesti bagus juga produk ni kan.. Tahniah Aira jadi althea angels :D

    ReplyDelete
  8. Wah bestnya nampak cantik lembut je tau

    ReplyDelete
  9. Cantikla packaging Althea ni..geram betul tengok!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)