Menangi Hadiah Menarik dari Dutch Lady dengan Menyertai #dutchladybreakfastchallenge

Assalamualaikum. Hai 😊

Menangi Hadiah Menarik dari Dutch Lady dengan Menyertai #dutchladybreakfastchallenge | Hari yang panjang seharusnya dimulakan dengan sarapan pagi yang bernutrisi supaya badan kekal bertenaga sepanjang hari. Kebiasaannya sarapan pagi sering diabaikan kerana kebanyakan daripada kita sibuk terkejar-kejar waktu untuk ke tempat kerja, sekolah atau kuliah. Tapi tahukah kita bahawa badan kita memerlukan banyak khasiat kerana hidangan terakhir yang diambil adalah 8 hingga 12 jam sebelum tidur. Jadi, kita sememangnya memerlukan sarapan pagi yang berkhasiat sebelum memulakan aktiviti.
dutch lady breakfast challenge, strong start, dutch lady my, dutch lady malaysia, contest dutch lady, dutch lady contest
Sarapan pagi tidak semestinya dari hidangan yang berat dan banyak. Sebenarnya, satu gelas susu sudah dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh kita dengan mudah dan cepat. Susu yang sedap dan aira memang minum ialah Susu dari Dutch Lady. Susu Dutch Lady senang dihidangkan, tak perlu risau lagi jika kesuntukan masa. Dengan pengambilan susu Dutch Lady setiap hari, ia membantu untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan seperti:
  • Protein : membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik
  • Kalsium : merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif
  • Vitamin A : membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja
  • Vitamin B2 : menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein
  • Vitamin D : membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus
Sambil minum susu Dutch Lady, anda semua boleh sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi social media post dan berpeluang memenangi hadiah yang bernilai lebih daripada RM35,000. Peraduan ini bermula 8 Oktober sehingga 11 November 2018.

Aira dah join peraduan ni! macam-macam jenis hidangan sarapan pagi yang boleh dihidangkan bersama susu Dutch Lady PureFarm sama ada sarapan ringan mahupun berat.
dutch lady breakfast challenge, strong start, dutch lady my, dutch lady malaysia, contest dutch lady, dutch lady contest
Easy Feast - Salah satu sarapan pagi yang mudah, sedap dan mengeyangkan ialah pancake. Lebih sedap lagi sebab aira jadikan susu Dutch Lady Full Cream sebagai ingredients sampingan dalam pancake ni. Memang kenyang dan sedap (eh puji diri sendiri yang buat hihi).
dutch lady breakfast challenge, strong start, dutch lady my, dutch lady malaysia, contest dutch lady, dutch lady contest
Quick Grabs - Overnight Oatmeal. Dutch Lady Full Cream Milk, Oatmeal, Chia Seed and Mixed Fruits. Sedap lahh, korang wajib cuba tau! Memang susu Dutch Lady sangat sesuai untuk sarapan pagi, boleh kekal bertenaga. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan peraduan, layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my




4 comments:

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)