Assalamualaikum. Hai 😊
PENGALAMAN FACIAL TREATMENT DI DR MEDISPA & WELLNESS | Facial treatment adalah favourite part aira sebab suka giler bila orang duk belai-belai, urut-urut manja dekat muka kita. Sebelum ni, aira pernah buat facial dekat spa biasa je untuk buang blackhead, whitehead serta segala kekotoran sebab risau jugak tengok muka kalau whitehead berleluasa. Tapi baru-baru ni, aira teringin sangat mencuba facial di MediSpa sebab sekarang kan famous tentang facial treatment jenis macam ni. MediSpa ni berbeza dari Facial Spa biasa sebab alat-alat yang digunakan lebih lengkap dan kompleks. Baca sampai habis tau kalau nak tahu alat-alat dan seumpamanya. hihi.
![]() |
kawasan luar DR Medispa |
Lokasi DR Medispa & Wellness ialah di Reko Sentral Kajang, Tingkat 1 (atas KK Mart) dan bersebelahan Karaoke. Disebabkan aira stay UKM, memang dekat dan senang je nak cari tempat ni. Aira suka konsep DR Medispa ni sebab kemas dan tersusun sangat dengan gabungan hitam dan putih.
![]() |
pintu masuk DR Medispa |
Lepas appointment melalui whatsapp, aira dah set untuk mengambil treatment Hydradermabrasion Facial. Treatment ni khusus bertujuan untuk minimise pori dan parut hitam dekat muka. Since pori dekat muka aira semakin berani menonjolkan diri mereka, inilah masanya untuk merawat sedikit demi sedikit. Hydradermabrasion Facial ada beberapa step yang aira tak sure sangat nama step tu tapi boleh la nak gambarkan. Of course pertama sekali ialah step cleansing.
![]() |
Bilik Rawatan |
Perbezaan ketara dekat Medispa ni, mereka menggunakan tools untuk cuci muka. Staf meminimakan penggunaan tangan mereka secara langsung dekat muka kita. So, memang lebih meyakinkan lah sebab tak perlu risau perpindahan kuman ke ape kan? So, the next step aira dipakaikan masker.
Masker ni nipis je, sesambil pakai masker ni muka aira sebelah kiri dan kanan bergilir-gilir dengan mesin wap selama lebih kurang 15 minit untuk membuka liang pori supaya besar sikit, senang nak teropong blackhead dan whitehead. Just nice lah mesin tu sebab tak terlalu panas sampai takleh bernafas. Lepas dah siap wap muka, mereka akan buang segala whitehead dekat muka. Part ni memang dah terbiasa la kalau keluar air mata wanita sikit. haha. Kira okey lah tu sebab memang buang dan bersihkan semua yang tak diperlukan dalam liang pori tu (tahi lalat aira terkecuali😂). Alhamdulillah, aira takde blackhead pun katanya!
![]() |
segala peralatan dan mesin yang digunakan |
Kemudian, muka aira dibersihkan dan disedut pulak dengan mesin khas hydraderma (paling hujung yang wayar besar) ni untuk buang sel-sel kulit mati. Part ni muka akan jadi panas dan merah sikit sebab mesin tu memang sedut betul-betul dan kaw kaw punya. Tapi tak lama pun sebab lepastu, terus diorang letak gel dan ratakannya dengan alat satu lagi (seperti di bawah). Alat ni digunakan supaya gel terus meresap ke dalam lapisan kulit muka. Kemudian muka diurut-urut pula.
![]() |
staf DR Medispa meratakan gel di muka |
Step terakhir dalam hyraderma facial ni ialah LED Light Face Mask. Fungsi utama LED Mask ni untuk memperbaiki struktur kulit yang bermasalah. Muka aira ditekap dengan LED Mask lebih kurang 10 minit dan sambil tu, diorang buat foot massage. Weh seronok nya macam ni! So lengkaplah satu sesi Hydradermabrasion Facial.
![]() |
LED Face Mask |
TETAPI... aira sambung dengan treatment lain pulak atas suggestion Dr. Azira sebab sebenarnya muka aira tengah breakout part dagu. sedih weh gara-gara tukar cleanser yang tak sesuai dengan kulit muka, terus breakout. huhu. Sebenarnya Dr. Azira satu-satunya Dr. yang mengurus DR Medispa ni. Dr. Azira banyak kali jugak masuk dalam akhbar Berita Harian, such a good doctor yaww!
![]() |
Latar belakang Dr. Azira |
Pada awal treatment, Dr. Azira takde lagi sebab beliau ada urusan lain. So, staff lain yang buatkan. Tapi untuk sambung treatment ni, Dr. Azira datang untuk buat dan consult aira. Dalam tambahan treatment ni, lebih kepada sapu ubat dekat muka la. So first thing yang Dr. Azira letak ialah Glycolic Acid. Fungsi Glycolic Acid adalah untuk membuang sel kulit mati supaya kulit nampak lebih cerah dan bersih. Glycolic acid juga bagus untuk merawat acne scars, dark spots dan lain-lain. Dr. Azira dah bagi penerangan sikit bahawa Glycolic Acid akan disapu dekat muka dalam 2 minit dan akan rasa pedih sebab peratus Glycolic Acid ni kalau tak silap 30%, sebab tu letak kejap je then terus bilas. Berbeza la kalau sapu Glycolic Acid yang dari campuran produk (Pixi, The Ordinary etc) sebab dalam tu ada lebih kurang 2-7 %. Dan kesan sampingan dari Glycolic Acid ni ialah nanti kulit muka akan burn sikit (tapi setakat harini, aira okey dan kulit tak burn pun).
![]() |
last step with Dr. Azira |
What i feel? Yes, waktu sapu Glycolic Acid tu memang pedih giler dekat muka! Dalam hati duk berzikir harap semua okey je. haha. Tapi lepas bilas Glycolic Acid tu, okey je laaa! takde dah rasa pedih tu. So, bila fikir balik patutlah orang kata, kalau pakai toner/serum yang berasid (The Ordinary, Pixi) kulit muka akan pedih, nanti kulit dah biasa, dia akan okey je. Dah hilang rasa pedih tu, Dr. Azira masukkan vitamin C dekat lapisan atas kulit muka. Tak sakit pun sebab jarum tu kecil dan macam tap tap je dekat muka. So siap lah semuanya treatment Hyrdadermabrasion with whitening atau dikenali juga dengan HydraWhite Facial di DR Medispa & Wellness Kajang!
![]() |
Treatment List di DR Medispa & Wellness |
Banyak lagi facial treatment yang ditawarkan di DR Medispa & Wellness dengan harga yang berpatutan. Selain itu, DR Medispa & Wellness kerap kali mengadakan pakej kombo dengan tawaran yang hebat. Best lah kalau dapat grab yang ni sebab boleh jimat banyak tau! Pastu kan, setahu aira, treatment yang sering customer lain ambil ialah Dermapen (Micropen) untuk atasi masalah parut jerawat. Setakat yang aira tengok testimoni di FB, memang terbaik lah hasilnya!
![]() |
happy me after treatment |
Sebelum balik, Dr. Azira consult dulu apa yang perlu dan apa yang tak perlu dengan kondisi kulit muka aira. By the way, sekarang aira sedang melalui peeling process, maka takde gambar yang dekat ye. haha [UPDATE: selepas seminggu, breakout di bahagian dagu dah kembali pulih like seriously. Alhamdulillah] Last but not least, adakah aira recommend DR Medispa & Wellness? Yes of course! Treatment best! Layanan staf best! Kalau korang berminat untuk cuba rawatan di DR Medispa & Wellness, boleh whatsapp dan booking slot terlebih dahulu okey! Sebarang Kemusykilan atau nak tengok sendiri hasil atau testimoni customer lain, boleh ke:
Facebook: DRmedispa Well Ness
Whatsapp: 013 7706 708
Alamat: 6, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor