August 18, 2018

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara

by , in
Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara | “Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja.
flowerchimp, flower delivery, asian flower delivery, malaysia flower delivery
flowerchimp, flower delivery, asian flower delivery, malaysia flower delivery
flowerchimp, flower delivery, asian flower delivery, malaysia flower delivery
Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.
flowerchimp, flower delivery, asian flower delivery, malaysia flower delivery
“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.
flowerchimp, flower delivery, asian flower delivery, malaysia flower delivery
Maximilian Lotz, CEO (kanan) dan Niklas Frassa, COO (kiri)
flowerchimp, flower delivery, asian flower delivery, malaysia flower delivery
Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice.“Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.

Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.
flowerchimp, flower delivery, asian flower delivery, malaysia flower delivery
Niklas Frassa, COO (kiri)
Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4)  2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.

Mengenai Flower Chimp
flowerchimp, flower delivery, asian flower delivery, malaysia flower delivery
Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.

Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain.

Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, layari:

Flower Chimp di Malaysia
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Instagram: @flowerchimp.ph



August 16, 2018

Amazing Ways of Delivering a Hand Bouquet to a Loved One

by , in

Hi everyone! Nothing is stopping you to give your loved one a hand bouquet at any random moment of the day. The sentiment is filled with beauty, thoughtfulness, and love. Such affection shown through the language of flowers will definitely resonate with the receiver. It is especially more effective if the bouquet is made up of her favorite flowers. You can take your time planning the moment and consulting with your flowers online Singapore, or you can do it spontaneously. Either way, the important thing is you are able to give your loved one. Below are some of the fantastic ways you can show your affection through hand bouquet and other flower arrangement surprises.
flower delivery, singapore flower delivery, surprise delivery
Same Day Flower Delivery

This is one of those spontaneous moments when you just think, man you want to brighten your friend or loved one’s day. One of those pretty hand bouquets will be enough, right? Absolutely. One call to an online florist, and you can have a bouquet delivered in no time. The best thing about this is if the online flower delivery offers a same day flower delivery. Your loved one will receive your surprise gift at the same day, and you will hear their happy response at the same day. That’s a beautiful thing to experience in a single day.

Dinner + Surprise Flower Bouquet
flower delivery, singapore flower delivery, surprise delivery
Romantic dinners are best experienced with a few surprises along the way. If you are the type to pull jewelry out of thin air just to impress the love of your life in front you, then you can definitely make a somewhat regular dinner special with a simple chat with your florist online. Whether it’s a special home-cooked meal or an elaborate dinner at a fancy restaurant, a hand bouquet, orchid flowers or other forms of flower arrangement at the start or at the end of dinner is a sweet gesture that can sweep anyone with a romantic soul off their feet.

Hand Bouquet with Breakfast in Bed
Speaking of sweet, isn’t breakfast in bed one of the most romantic, most sweetly domestic surprises you can give your wife or hubby? Eggs and bacon with freshly brewed coffee. Pancakes and toast with strawberry preserves. All arranged neatly in a large tray with a fragrant and fresh hand bouquet at the side. Just the scrumptious breakfast alone right after you wake up—prepared by your beloved partner—is enough to make the heart flutter. Add a hand bouquet to this romantic arrangement, and literally nothing can dampen your loved one’s day.

August 16, 2018

3 Cara Mengatasi Rambut Kering dan Kasar

by , in
Assalamualaikum, hai!

3 Cara Atasi Rambut Kering dan Kasar | Rambut salah satu part yang perempuan kena jaga selain muka, badan, kuku. eh banyak betul perempuan kena jaga sebab nak cantik punya pasal! Takpe, demi kepuasan diri sendiri, kalau dah kahwin of course untuk tatapan encik suami. Paling senang nak jaga rambut, pergi je saloon dua minggu sekali! haha takde duit? jangan risau sebab sini aira nak kasi tips. Tips ni pun sebenarnya aira dapat waktu pergi buat treatment rambut last month. aira practice untuk rambut sendiri dan alhamdulillah my hair is getting better!

1. Shampoo
tips rambut kering, cara atasi rambut kering, syampu rambut kering, conditioner rambut kering, serum rambut
credit: google
Pertama sekali tentunya syampu, tak kisah dari brand mana sekali pun. Tapi make sure gunakan syampu yang betul mengikut keperluan rambut. kalau rambut gugur, guna syampu untuk kawalan rambut gugur, begitu juga kalau kelemumur dan lain-lain.

Diingatkan supaya menggunakan syampu rambut dua hari sekali sahaja.

2. Conditioner
tips rambut kering, cara atasi rambut kering, syampu rambut kering, conditioner rambut kering, serum rambut
credit pic: google
Conditioner penting ya girls! syampu sahaja tidak mencukupi. Conditioner akan buatkan rambut korang lembut dan tak mengembang sangat.

Diingatkan supaya menggunakannya sekali setiap hari sama ada pagi atau malam (yang korang free dan tak perlu pakai tudung selepas itu). Cara penggunaan perlu diambil kira sebab kita hanya apply conditioner di bahagian hujung rambut sahaja. Tak boleh kena pada kulit kepala sebab boleh mengundang kelemumur.

3. Hair Serum
tips rambut kering, cara atasi rambut kering, syampu rambut kering, conditioner rambut kering, serum rambut
credit pic: google
Pastikan apply hair serum. Hair serum banyak sangat dekat pasaran dengan pelbagai rate harga. Tapi brand Lucido-L merupakan hair serum favourite aira sebab murah dan wangi weh. Harga di Watson lebih kurang RM15 sahaja. Murah kan?

Diingatkan supaya menggunakannya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Korang boleh apply selepas rambut 50% kering atau kering sepenuhnya.

Conclusion,
syampu-conditioner-serum.
kalau hari tanpa syampu, conditioner-serum.
kalau tak basahkan rambut waktu pagi, apply serum.
ikut step yang betul akan menjadikan rambut lebih lembut dan tidak kasar lagi!

August 08, 2018

Guess My Weight Giveaway

by , in
Assalamualaikum.


terpampang gambar Abam Kie dalam entry ni sebab aira join giveaway yang Abam Kie anjurkan. hihi. syaratnya kena teka berat Abam Kie. So, aira teka 84.2! harap-harap betul hahaha. korang kalau nak join sekali, klik je gambar Abam Kie tu ye!