Assalamualaikum. Hai 😊
Tempat Persinggahan Strategik dari Bukit Gambang Resort City ialah di McDonald's Jalan Gmbang, Kuantan. Baru-baru ini,aira dan team Blogger Pantai Timur telah menikmati percutian 3 hari 2 malam di Bukit Gambang Resort City, bermula 4-6 Julai 2018. Maka, sebelum bertolak pulang ke destinasi masing-masing, kami mengambil keputusan untuk mencari tempat persinggahan bagi mengisi perut terlebih dahulu. McDonald's Jalan Gambang menjadi pilihan kami kerana lokasi yang berhampiran dengan Bukit Gambang Resort City, lebih kurang 30 minit perjalanan sahaja.
![]() |
happy face dear baby Bing. credit pic: Angel |
McDonald's ini turut mempunyai McCafe yang beroperasi 24jam. Ini sekaligus memberi kemudahan dan kelapangan buat para pelanggan untuk datang pada bila-bila masa. Ia juga lengkap dengan kemudahan pandu-lalu, bilik bayi, tandas, kemudahan orang kurang upaya dan juga ruang permainan untuk kanak-kanak, restoran McDonald’s Jalan Gambang sesuai dihadiri oleh seisi keluarga dan mementingkan semua lapisan masyarakat tidak kira muda atau tua. McDonald's Jalan Gambang boleh dikatakan sebagai sebuah restoran yang mesra pelanggan.
![]() |
Ruang khas untuk sesuatu majlis |
![]() |
credit pic: cik ma |
![]() |
kanak-kanak teruja dengan Happy Meals |
Selain itu, aira sangat suka konsep McDonald's Jalan Gambang yang menyediakan ruang khas untuk mengadakan sesuatu majlis seperti sambutan hari jadi kanak-kanak. Ruang khas ini sangat selesa untuk memuatkan sejumlah pengunjung dan tentunya menjanjikan kegembiraan dan memori yang indah kepada setiap orang yang merasainya. Menariknya di McDonald's juga kerana kepelbagaian menu yang disediakan mengambil kira menu yang digemari oleh kanak-kanak dan dewasa. Jadi baru-baru ini, kanak-kanak dihidangkan dengan Happy Meals manakala dewasa dihidangkan dengan Rio Burger, Grilled Chicken Burger dan Sundae Chocolate sebagai dessert. Semua menu sedap walaupun aira try sikit je Rio Burger sebab tak mampu nak makan pedas. hehe.
Tambahan lain, McDonald's Jalan Gambang tidak memilih kasih untuk melayan pengunjung yang hadir, tidak kira anda adalah dari sekumpulan remaja atau sebuah keluarga. Nescaya staf-staf McDonald's Jalan Gambang menyediakan perkhidmatan yang terbaik sepanjang masa! Aira memang suka sikap friendly semua staf mereka, dari pintu masuk lagi, masing-masing mengalukan kedatangan pelanggan. Hebat!
Tambahan lain, McDonald's Jalan Gambang tidak memilih kasih untuk melayan pengunjung yang hadir, tidak kira anda adalah dari sekumpulan remaja atau sebuah keluarga. Nescaya staf-staf McDonald's Jalan Gambang menyediakan perkhidmatan yang terbaik sepanjang masa! Aira memang suka sikap friendly semua staf mereka, dari pintu masuk lagi, masing-masing mengalukan kedatangan pelanggan. Hebat!
Keistimewaan McDonald's yang paling mengujakan bagi aira ialah mereka membuka peluang kerjaya kepada mereka yang memerlukan dan berpotensi tidak mengira peringkat umur. Ini merupakan salah satu inisiatif dari McDonald's untuk melakukan amal kebajikan dengan membantu orang yang memerlukan. Hal ini turut dibuktikan dengan kehadiran Nik Anisah Mohd Ibrahim (lebih mesra dikenali sebagai Mama), seorang ibu kepada tiga orang anak dan umurnya kini mencecah 50 tahun yang bertugas sebagai Guest Experience Leader (GEL) di restoran McDonald's Jalan Gambang. Sebagai GEL, Mama berperanan untuk berkhidmat sebagai duta khidmat pelanggan dengan memastikan bahawa setiap pelanggan diberi layanan baik dan gembira setelah meninggalkan restoran McDonald's.
Mama bukan calang-calang orang kerana sebelum bekerja di McDonald's Jalan Gambang pada tahun 2015, beliau pernah menjalankan perniagaan kontraktor elektrik dan mekanikal. Namun, kegawatan ekonomi dan ketiadaan projek menyebabkan syarikat beliau terpaksa ditutup dan beliau menjadi suri rumah sepenuh masa. Alhamdulillah, rezeki menyebelahi beliau setelah bekerja di McDonald's Jalan Gambang demi membantu menambah pendapatan keluarga dan setelah 6 bulan, beliau dinaikkan pangkat kepada GEL kerana sikap dedikasi beliau.
![]() |
credit pic: sis gee |
Secara peribadi, aira bertemu mata dengan Mama, beliau sangat teruja dan gembira melayan kedatangan team Blogger Pantai Timur. Keterujaan beliau bukan hanya kepada kanak-kanak tetapi kepada kami, golongan dewasa ini. Mama memang sangat teruja melayan kami dengan bersembang dan bercerita kerana itu merupakan hobinya. Menurut Mama, melayan dan bercakap dengan orang ramai banyak memberi manfaat dan maklumat baru kepadanya. Justeru itu, beliau menganggap pelanggan sebagai tetamu penting yang perlu dirai dengan berkenalan tanpa mengira bangsa, umur dan pangkat. Aira memang salute dengan Mama sebab beliau sangat komited sepanjang bertugas.
Mama dalam sesi cerita beliau menyebut bahawa McDonald's merupakan sebuah syarikat yang sentiasa memberi peluang kepada semua pekerjanya untuk membina kerjaya walaupun sudah berumur bahkan Mama bercita-cita untuk meluaskan lagi kerjayanya di McDonald's. Selain itu, McDonald's sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya. Sebagai contoh, baru-baru ini ramai pekerja Islam yang berkelayakan telah menerima zakat pada musim perayaan Aidilfitri.
Overall, Mama adalah salah satu contoh terbaik kepada wanita berumur di Malaysia yang percaya bahawa umur bukanlah penghalang bagi seorang wanita berkhidmat kepada masyarakat. Nak merasai peluang bertemu mata dan beramah mesra dengan Mama sebagaimana aira dan team BPT? Jangan lupa jadikan McDonald's Jalan Gambang sebagai tempat persinggahan sama ada sebelum atau selepas ke Bukit Gambang Resort City. Untuk maklumat lanjut, berikut adalah butiran mengenai McDonald's Jalan Gambang:
Alamat:
Lot 121596 (HSM68258) Hingga Lot 12160 dan Tanah Kerajaan Jalan Kuantan Gambang, Mukim Kuala Kuantan, 25150 Kuantan, Pahang, Malaysia
Waze:
McDonald'd McCafe Jalan Gambang, Kuantan
Website:
Tel:
09-5362746
tu lah, kagum dengan mcd. dalam serving makanan dekat pelanggan, kebajikan juga tidak ditinggalkan.
ReplyDeletewah bestnya!
ReplyDeleteMcDonald’s bertuah adanya pekerja bertanggungjawab dan konsisten seperti Mama dan rakannya yang lain.. 😍
ReplyDelete