Review Nutox Cleansing Oil

Assalamualaikum. hai 😊

Aira lately sedang belajar penjagaan kulit muka untuk lebih sihat dengan menggunakan barangan dari drugstore (Watson/Guardian) sahaja. So, tempat yang best untuk baca review sebelum beli barang ialah di twitter sebab ramai share dia pakai itu ini dengan skin type sekali! So, barang yang aira paling nak beli ialah cleansing oil sebab nak buat double cleansing method. Dengan cara ni, boleh kurangkan peluang untuk jerawat naik dan membiak sebab oil based cleanser akan cuci muka dengan baik iaitu dengan membuang segala kotoran (make-up, sunscreen dan minyak dekat muka). Nak baca lebih details boleh ke SINI.

Lepas survey cleansing oil, aira dah short list nak try Hada Labo, Nutox dan Simple. Bila ke Watson, aira terambil Nutox walaupun Hada Labo ada. haha well, sebenarnya sebab Hada Labo pricey sikit berbanding Nutox. Since ramai juga yang review Nutox pun okey, then aira pun on je lah! why not hm?
Nutox Cleansing Oil, Cleansing oil, cleansing oil best, oil cleanser, oil based cleanser, drugstore produt, nutox, nutox product
Product: Nutox Cleansing Oil
Price: RM34.40
Size: 200ml
Availability: Watson/Guardian

First of all, aira sangat suka botol Nutox ni sebab botol plastik dan ada pump! Kalau jatuh takkan pecah dan senang nak pump oil ni, tak bersepah merata kena botol. Aira ada pengalaman guna cleansing oil dari local product, botol besar dan kaca pastu satu hari, penutup retak then takleh nak tutup dengan kemas. messy sangat nak guna. So, Nutox punya design aira suka!
Review Nutox Cleansing Oil, Cleansing oil
Ingredients: Ethylhexyl Palmitate, PEG-30 Sorbitan Tetraoleate, Prunus Amygdalus Dulcis (Sweet Almond) Oil, Tocopheryl Acetate, Water, Glycerin, Propylene Glycol, Bacillus Ferment, Totarol, Hydrolyzed Swiftlet Nest Extract, Bisabolol, Citrus Grandis (Grapefruit) Peel Extract.

Clearly, dekat botol tu claims No Paraben, No Mineral Oil, No colourant, No Alcohol, No Fragrance. Aira pilih Nutox pun sebab takde Mineral Oil, Alcohol dan Fragrance. Ni ingredients yang aira memang akan avoid. Suka Nutox sebab takde bau wangi macam perfume tu! hihi.
Review Nutox Cleansing Oil, Cleansing oil
So, cara guna pun senang je. Pump satu kali (untuk light make up) dan dua kali (heavy make up) Ceansing Oil dan massage secara circular motion di permukaan kulit muka yang kering. Then ambil sedikit air, massage lagi dan bilas. Elakkan daripada terkena mata sebab bila kena mata, pandangan jadi kabur. Aira pernah sekali tu kena mata tapi tak perasan pun time mandi sebab dah sedia rabun kan. haha. Bila siap-siap solat semua baru rasa lain macam mata sebelah kanan, dah risau tapi bila teringat yang orang review cleansing oil Hada Labo pun, bila kena mata pandangan kabur jugak. So, tak jadi risau. hehe. Tak lama pun, dalam 10 minit camtu.


Skin type aira; combination skin. Overall, Nutox Cleansing Oil bagi aira best. Lepas bilas, kulit muka tak rasa berminyak pun, just nice and smooth. Lepas cuci muka dengan water based cleanser lagi smooth. Pengalaman guna cleansing oil sebelum ni macam berminyak sikit lepas bilas. So, this one recommended kalau korang cari cleansing oil yang lebih murah (lepas sale, lagi murah, RM20+ je).

Thank you for reading!
Korang pakai Cleansing oil ape? Cuba share mana tahu nanti boleh try pulak. hehe





14 comments:

  1. wow... memang bersih sgt dgn nutox tu... nice sharing...

    ReplyDelete
  2. tengok Nutox teringat Fazura hehe.. dulu penah try sebab suka Fazura. lepas tu tak keep up dah sebab try brand lain.

    ReplyDelete
  3. wowww..bestnya. Nutox memang berkesan.Ina guna pencuci muka dia..,best.Pencuci muka aje yang serasi dengan kulit kombinasi ina.teheehhe..kalo aira kata gitu,nak cuba lah nanti. kot sesuai juga

    ReplyDelete
  4. Baru nampak dalam fb orang share. Chik Tie pun sekarang guna skincare dari drugstore.

    ReplyDelete
  5. pakai nutox juga tapi macam ragu2 nak beli yang ni. Nak try jugak lah :D

    ReplyDelete
  6. terbaek :)

    Harap sudi join segmen ejulz :)

    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  7. teringin jugak nak try brand nutox ni tapi pricey sikit haha sha guna biore je

    ReplyDelete
  8. mek guna centaphil.. kalau kat ofis. kalau kat rumah bedal sabun muka aje.

    ReplyDelete
  9. alah membeli menang memakai....

    ReplyDelete
  10. Ira guna biore tapi macam nak try new one maybe boleh try nutox since skin ira pun combination :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biore cleansing oil ada fragrance beb. If nak repurchase fikir fikir dulu. Better this nutox. If you tengok Get It Beauty, tv show korea. Diorang selalu buat review. Which one yang okay for all skin type

      Delete
  11. Nutox terbaik teringin nak guna gak tapi bajet dia mahal sikt hihihi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)