Resepi Doh Roti Lembut dan Gebu

Assalamualaikum. Hai 😊

Resepi Doh Roti Lembut dan Gebu | Bukan senang untuk dapatkan doh roti yang lembut dan gebu gebas ni. Tapi, kalau kena dengan sukatan, memang roti homemade lah yang paling digemari! aira share dekat sini resepi doh roti yang aira join kelas roti tahun lepas. Walaupun pada awalnya macam taknak kongsi sebab rasa macam konon nak eksklusif (sebab kelas berbayar kan) tapi bila fikir balik, kenapa nak kedekut sangat duhai diriku? Share je lah, mungkin membantu orang lain yang nak meniaga kecil-kecilan. Ambil dari sudut positif, share je ilmu meroti. Lagipun, lain tangan maka lain hasilnya. hihi. So, kalau korang ikut sukatan resepi ni betul-betul in shaa Allah doh memang menjadi lembut lemah gemalai walaupun korang kata tangan korang tak berseni. haha.
resepi doh roti
source: google
rupanya takde save dalam gallery doh sendiri. hehe.
Resepi ini hanya menggunakan 9 bahan, semuanya mudah didapati di mana-mana kedai pembekal bahan roti dan kek. So check it out!

1. 240ml air sejuk
2. 5gm garam
3. 100gm castor sugar
4. 20gm susu tepung
5. 50gm buttercup/majeri pelangi
6. 1 biji telur gred B
7. 2gm pelembut roti
8. 500gm tepung high protein gred A
9. 1 paket yis (11gm)

Cara nak menguli, ada dua kaedah:

Pertama, sekiranya korang menggunakan bread maker, sila ikut turutan di atas dari 1-9. Then masukkan dalam alatan bread maker, setkan menu 'dough' dan biarkan ia bekerja. Aira, guna bread maker Tesco, masa diambil untuk siap doh ni ialah 1 jam 30 minit sahaja. senang. masukkan semua bahan dan biarkannya. 
doh roti lembut
Tesco Bread Maker
Kedua, sekiranya korang menggunakan mixer atau menguli dengan tangan (sumpah memang korang rajin kalau pakai tangan haha), masukkan bahan kering terlebih dahulu seperti: tepung high protein, susu tepung, pelembut roti, marjerin, gula, garam, yis, telur dan air.  Then uli sampai doh betul-betul sekata, kemudian biarkannya lebih kurang satu jam dalam keadaan tertutup (normally aira letak dalam oven yang tak panas untuk mempercepatkan proses doh mengembang).

So, dua-dua kaedah menguli ni aira pernah guna (kecuali dengan tangan), obviously menguli dengan bread maker paling senang, pantas dan hasil yang cantik! Aira guna bread maker yang paling murah di pasaran, jenama Tesco. Boleh baca: Berbaloi ke Beli Bread Maker? 
resepi doh roti
Bila doh dah mengembang, masa untuk bentukkannya mengikut cita rasa dan kreativiti korang. korang boleh buat donut, roti sosej, roti piza, roti kacang, roti kelapa, roti coklat dan lain-lain inti.  Selepas bentukkan, biarkan seketika untuk doh kembang semula dan boleh hias atasnya (kalau nak lah). Kiranya ada dua kali proses untuk tunggu doh kembang. Pertama; selepas menguli. Kedua; selepas bentuk.

p/s: ada juga tips untuk dapatkan bentuk bulat dan permukaan licin semasa menguli tu tapi susah nak terangkan, kena demo πŸ˜ƒ

Apepun, hanya dengan satu doh yang lembut, ia boleh menghasilkan pelbagai jenis roti (kecuali roti canai). Mudahkan? hihi. Selamat mencuba!

7 comments:

  1. wow..aira..buatkan utk cik nor plis..hihi

    ReplyDelete
  2. Terbaikk ah. Yang pasti ira pun still failed kalau bab main doh ni huu. Moga niat baik Aira tu dapat ganjaran yang tak disangka bila ada yang manfaatkan ilmu ni :D

    ReplyDelete
  3. Terima kasih share resepi.. Nak kena cari juga bread maker nampak gayanya nih...

    ReplyDelete
  4. senangnya kalau ada bread maker tu kan.
    jimat masa dan tenaga

    ReplyDelete
  5. nak kene beli bread maker la cm nie..

    ReplyDelete
  6. bestnyaaa tapi mana2 kuih ke kek ke mesti tak jadi di tangan azah ni. hahaha.

    ReplyDelete
  7. pandai nya aira kalo kak wani x leh nak menguli tangan dah, keras kejung tangan ni, nak kena beli breadmaker hii .. pernah buat roti tapi x jadi hii

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)