Durian McFlurry Unlimited Refill di All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry

Assalamualaikum. Hai everyone 😊

Durian McFlurry Unlimited Refill di All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry | Musim durian kembali menghantui! Ini sememangnya masa yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat tegar durian. Tapi anda belum cukup tegar kalau belum mencuba D24 Durian McFlurry dari McDonald's kerana Durian McFlurry kini kembali beraksi! Disebabkan dua tiga hari ni wall Facebook dan Instagram aira penuh share pasal Durian McFlurry, terliur la pulak. Apa tunggu lagi, aira terus beli sebab tak pernah merasainya sebelum ni.
mcdonald's, airanasrin, Durian McFlurry
Aira punya happy face memang dah tak boleh sorok sebab aira suka lah rasa Durian McFlurry ni! Pada mulanya, aira macam risau jugak, sebab tak pernah makan durian sebagai aiskrim. Biasanya makan durian semata atau dengan pulut. Tapi, bila cuba Durian McFlurry ni tak sangka pulak sedap jugak! Good Job McDonald's!
durian mcflurry, event mcdonald's, mcdonald's malaysia
Bila sesuap masuk mulut aira, memang patutlah Durian McFlurry disukai oleh kebanyakan orang termasuk aira sebab ia menggunakan DURIAN D24 SEBENAR! Memang tidak mustahil untuk para peminat tegar durian akan jatuh cinta berkali-kali dengan rasa sebenar durian dalam Durian McFlurry! Ditambah pula dengan rasa vanilla, memang menjadi betul! Justeru, bagi meraikan peminat tegar Durian McFlurry, McDonald's berbesar hati mengadakan sebuah event khusus iaitu All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry. Kenapa anda perlu join event ini? Tentunya kerana anda hanya perlu bayar RM10 sahaja dan kemudian boleh refill tanpa had sepanjang sesi yang anda hadiri. Memang sangat berbaloi, kan? 
poster event mcdonald's, event mcd, all you can eat, mcd delivery
Sini aira beri butiran lanjut event All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry:

Tarikh: 17 July 2018, Selasa
Masa: Sesi 1- 3.00pm-4.00pm, Sesi 2- 5.00pm-6.00pm
Tempat: Semua restoran McDonald’s seluruh Malaysia
Masa pendaftaran: 30 minit sebelum setiap sesi bermula
Bilangan peserta untuk setiap sesi: 20 orang
Harga pendaftaran: RM10 (dewasa dan kanak-kanak berumur 4-12 tahun), percuma untuk yang berumur 3 tahun ke bawah

Bagi peminat tegar Durian McFlurry, jangan ketinggalan untuk bersama dalam event All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry di mana-mana cawangan restoran McDonald's di seluruh Malaysia! #DurianMcFlurry

Untuk maklumat lanjut, sila ke FB Page McDonald's.


9 comments:

  1. Akak tak p makan agik.. Malam sikit baru p terjah.. hehe

    ReplyDelete
  2. ain dah dpt rasa sekali hari tu dah kira okay lah ni.hehehhee..

    ReplyDelete
  3. Yeahhh jom jom pergi kenduri durian 17hb ni :P

    ReplyDelete
  4. Peminat tegar wajib rasa ni.. Aduhh sedapnyaa makan di waktu cuaca terik 😍

    ReplyDelete
  5. dappp aih duriannn. weekend ni kena g cari nih. hahaa

    ReplyDelete
  6. tak dop hop keciwa kan dgn DURIAN MCFLURRY ni. semua suko blako

    ReplyDelete
  7. Sedapnya! bila lagi nak isi perut penuh durian dan aiskrim

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)