July 25, 2018

Resepi Doh Roti Lembut dan Gebu

by , in
Assalamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

Resepi Doh Roti Lembut dan Gebu | Bukan senang untuk dapatkan doh roti yang lembut dan gebu gebas ni. Tapi, kalau kena dengan sukatan, memang roti homemade lah yang paling digemari! aira share dekat sini resepi doh roti yang aira join kelas roti tahun lepas. Walaupun pada awalnya macam taknak kongsi sebab rasa macam konon nak eksklusif (sebab kelas berbayar kan) tapi bila fikir balik, kenapa nak kedekut sangat duhai diriku? Share je lah, mungkin membantu orang lain yang nak meniaga kecil-kecilan. Ambil dari sudut positif, share je ilmu meroti. Lagipun, lain tangan maka lain hasilnya. hihi. So, kalau korang ikut sukatan resepi ni betul-betul in shaa Allah doh memang menjadi lembut lemah gemalai walaupun korang kata tangan korang tak berseni. haha.
resepi doh roti
source: google
rupanya takde save dalam gallery doh sendiri. hehe.
Resepi ini hanya menggunakan 9 bahan, semuanya mudah didapati di mana-mana kedai pembekal bahan roti dan kek. So check it out!

1. 240ml air sejuk
2. 5gm garam
3. 100gm castor sugar
4. 20gm susu tepung
5. 50gm buttercup/majeri pelangi
6. 1 biji telur gred B
7. 2gm pelembut roti
8. 500gm tepung high protein gred A
9. 1 paket yis (11gm)

Cara nak menguli, ada dua kaedah:

Pertama, sekiranya korang menggunakan bread maker, sila ikut turutan di atas dari 1-9. Then masukkan dalam alatan bread maker, setkan menu 'dough' dan biarkan ia bekerja. Aira, guna bread maker Tesco, masa diambil untuk siap doh ni ialah 1 jam 30 minit sahaja. senang. masukkan semua bahan dan biarkannya. 
doh roti lembut
Tesco Bread Maker
Kedua, sekiranya korang menggunakan mixer atau menguli dengan tangan (sumpah memang korang rajin kalau pakai tangan haha), masukkan bahan kering terlebih dahulu seperti: tepung high protein, susu tepung, pelembut roti, marjerin, gula, garam, yis, telur dan air.  Then uli sampai doh betul-betul sekata, kemudian biarkannya lebih kurang satu jam dalam keadaan tertutup (normally aira letak dalam oven yang tak panas untuk mempercepatkan proses doh mengembang).

So, dua-dua kaedah menguli ni aira pernah guna (kecuali dengan tangan), obviously menguli dengan bread maker paling senang, pantas dan hasil yang cantik! Aira guna bread maker yang paling murah di pasaran, jenama Tesco. Boleh baca: Berbaloi ke Beli Bread Maker? 
resepi doh roti
Bila doh dah mengembang, masa untuk bentukkannya mengikut cita rasa dan kreativiti korang. korang boleh buat donut, roti sosej, roti piza, roti kacang, roti kelapa, roti coklat dan lain-lain inti.  Selepas bentukkan, biarkan seketika untuk doh kembang semula dan boleh hias atasnya (kalau nak lah). Kiranya ada dua kali proses untuk tunggu doh kembang. Pertama; selepas menguli. Kedua; selepas bentuk.

p/s: ada juga tips untuk dapatkan bentuk bulat dan permukaan licin semasa menguli tu tapi susah nak terangkan, kena demo ๐Ÿ˜ƒ

Apepun, hanya dengan satu doh yang lembut, ia boleh menghasilkan pelbagai jenis roti (kecuali roti canai). Mudahkan? hihi. Selamat mencuba!
July 24, 2018

Hada Labo Hydrating Lotion (Light) Review

by , in
Assalamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

Hada Labo Hydrating Lotion [Light] Review | Dah lama berkira-kira nak beli produk Hada Labo yang famous ni sebab ramai yang memberikan feedback positif. Since sekarang aira tengah try and error produk dari drugstore, jadi Hada Labo hydrating lotion adalah salah satu skincare product yang termasuk dalam list. Tapi aira beli yang trial pack je pada awalnya sebab tak nak membazir tapi bila dah guna, mula tersuka tanpa sengaja, maka dah beli normal pack. hihi.
Hada labo Hydrating Lotion (light), triap pack
Hada labo Hydrating Lotion (light) 170ml
Product: Hada Labo Hydrating Lotion [Light]
Price: Normally, RM60. Purchase during Sale, RM 42.85 (including Hydra & Whitening Face Wash)
Size: 170ml
Availability: Guardian/Watsons/Online

Aira beli trial pack (30ml) untuk try dulu. Then terus purchase yang normal pack secara online di Watsons Store memandangkan tengah sale haritu. Trial pack boleh bertahan selama sebulan dengan penggunaan 2-3 kali sehari. So kalau normal pack mungkin boleh bertahan lebih kurang 5 bulan, i hope so! Kalau mampu bertahan lama, aira rasa berbaloi je harga sedikit mahal. Tapi bagi aira, selagi barang tak melebihi RM50, so boleh consider untuk beli. hehe. Jadi, Hada Labo ni confirm aira akan grab waktu promo je ๐Ÿ˜ƒ
Hada labo Hydrating Lotion (light), trial pack
ingredients
Hada Labo Hydrating Lotion (Light):
  • Combines 4 types of Hyaluronic Acid to deeply hydrate skin, help preserve its optimum moisture balance.
  • Helps to improve dehydrated skin
  • Light texture. Suitable for normal/combination/oily skin.
  • Skin pH balanced. Low irritation
  • Free of fragrances, mineral oil, alcohol and colorant.

Directions:
Use twice a day after cleansing face. Apply on palms and gently pat onto skin until thoroughly absorbed

Pengalaman aira, aira memang suka Hada Labo Hydrating Lotion (Light) sebab tekstur lebih kurang air je sebenarnya cuma thick sikit je. Hada Labo Hydrating Lotion (Light) sebenarnya toner ye guys. Bila apply dekat kulit muka, akan melekit sikit dan sekejap je sebab cepat sangat meresap, don't worry! Aira jenis combination skin, so aira guna Hada Labo Hydrating Lotion (Light) lebih 2 kali sehari sebab bila rasa kering dekat tempat tertentu, aira akan apply. Lepas apply Hada Labo Hydrating Lotion, aira akan lock dengan moisturiser. Dah kurang berminyak dekat area T zone, sukanya weh! Kalau tanya nak beli lagi ke tak? Jawapannya ialah OF COURSE! Fall in love sangat! Korang kalau berminat nak cuba, beli trial pack dulu pun okey, senang nak tahu serasi ke tak. Tapi sebelum beli, make sure ingredients sama ada korang allergic ke tak. 


July 17, 2018

Print Baju Murah Bermula dari RM11.50 dengan Tip Top Tee Printing

by , in
Assalamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

Print Baju Murah Bermula dari RM11.50 dengan Tip Top Tee Printing | Belum habis cerita Bukit Gambang Resort City kalau kenangan sentiasa mengimbau. hihi. Satu lagi benda penting dalam percutian beramai-ramai semestinya adalah T-shirt bertema. Memandangkan tema team Blogger Pantai Timur adalah merah dan hitan, maka wajarlah baju pun semangat merah dan hitam. Memang merah menyala semangat membara!
baju printing murah, baju print, baju printing KL, baju printing pantai timur
Tip Top Tee Printing
Merupakan syarikat perniagaan printing baju yang beroperasi di Kuala Lumpur. Namun pelanggan Tip Top Tee Printing tidak terhad kepada warga ibu kota sahaja tetapi mereka turut menerima tempahan dari seluruh Malaysia. Contoh terdekat adalah team kami sendiri yang berasal dari Pantai Timur turut menempah custom made baju daripada mereka. Tempahan baju printing dari mereka memang sangat senang kerana hanya menggunakan whatsapp, facebook atau instagram sahaja, tup tup baju dah siap!
baju printing murah, baju print murah, baju print KL, baju print
Design
Pihak Tip Top Tee Printing juga menyediakan pelbagai design mengikut kehendak pelanggan. Sekiranya pelanggan mempunyai design yang tersendiri, boleh usulkan kepada mereka, nanti mereka akan print mengikut citarasa anda! Menarik kan design baju team BPT? Aira suka sangat, simple tapi smart!
baju printing murah, baju print murah, baju print KL, baju print
Harga
Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan berbaloi kerana ianya bermula dari serendah RM11.50 untuk sehelai baju dengan minimum 30 helai tempahan. So, kalau korang nak buat family day atau sport day, memang berbaloi dengan harga ni.

Kualiti Baju
Baju printing yang kami tempah ni menggunakan material 100% cotton berkualiti tinggi untuk kanak-kanak dan dewasa. Kualiti kain memang tip top sebab mampu menyerap peluh dengan baik dan tidak panas. Apa yang aira suka dengan kualiti ni sebab bila basuh, tak menghilangkan warna asal. Jadi memang puas hatilah!

Overall, aira suka dengan servis Tip Top Tee Printing. Rasanya team BPT obviously suka jugak, benda baik haruslah suka kan? Untuk membuat tempahan atau sebarang pertanyaan, anda boleh ke:

Handphone number: 019-900 9837
Email: amirarashid85@gmail.com


July 16, 2018

TRI PRINT SDN BHD | Pusat Printing No 1 di Kota Bharu

by , in
Assalamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

Tri Print SDN BHD | Pusat Printing No 1 di Kota Bharu | Baru-baru ini, aira dan team Blogger Pantai Timur (BPT) menggunakan khidmat printing banner dari Tri Print Sdn Bhd ketika bercuti di Bukit Gambang Resort City (cerita dekat SINI). Bila dah confirm trip tu, banner adalah benda yang paling utama kami cari memandangkan banner sangat penting kan?

Maka Tri Print Sdn Bhd menjadi pilihan kami. Setelah berbincang warna tema dan sebagainya, pihak Tri Print membuat lakaran terlebih dahulu sebelum pihak team BPT bersetuju. Honestly, aira sangat suka dengan design yang mereka buat sebab kemas, teratur dan sangat menarik dengan gabungan warnanya! Memang boleh repeat la kalau kena dengan cita rasa macam ni. Thank You so much Tri Print Sdn Bhd for the great work!
tri print industries, syarikat percetakan kota bharu, banner murah di kota bharu, banner cantik, banner kemas, banner kota bharu, print signboard, print baju, tempah signboard, signboad prima valet, tempat baju, tshirt printing, businesscard printing

Tri Print SDN BHD Menghasilkan Pelbagai Jenis Printing
Untuk pengetahuan semua, Tri Print Sdn Bhd menyediakan hampir kesemua jenis servis printing dengan servis yang PALING TERKINI, PALING MUDAH dan PALING PANTAS. Ianya memang sangat sesuai dengan tagline yang digunakan "One Stop Printing Centre"
tri print industries, syarikat percetakan kota bharu, banner murah di kota bharu, banner cantik, banner kemas, banner kota bharu, print signboard, print baju, tempah signboard, signboad prima valet, tempat baju, tshirt printing, businesscard printing
Kebanyakan servis di proses di kedai Tri Print sendiri. Ini bagi memudahkan pemantauan urusan harga dan kualiti bagi menjaga kepuasan hati pelanggan. Antara servis tersebut ialah:
  • Print Banner Banting
  • Cetak Backdrop
  • Display Booth
  • Kaunter Lipat
  • Signboard (siap pasang)
  • Signage & papan tanda
  • Cetak Baju & Jersi
  • Cetak Non Woven Bag
  • Tempahan Rubberstamp siap hantar
  • Cetak Sticker Label 
  • Cetak Semua Jenis Sticker
  • Cetak Flyers
  • Cetak Pamphlet
  • Cetak Buku Resit
  • Cetak Buku Bill
  • Cetak Bisnes Kad / Kad Nama
  • Sulam Baju Berkomputer
  • Souvinier / Cenderahati
  • Medal / Plaque / Lanyard
  • Cetak I.D Card
  • Print LetterHead
  • Cetak Kad Kahwin
  • Cetak Payung
  • Laser Print di Pen

tri print industries, syarikat percetakan kota bharu, banner murah di kota bharu, banner cantik, banner kemas, banner kota bharu, print signboard, print baju, tempah signboard, signboad prima valet, tempat baju, tshirt printing, businesscard printing
Tshirt Printing
tri print industries, syarikat percetakan kota bharu, banner murah di kota bharu, banner cantik, banner kemas, banner kota bharu, print signboard, print baju, tempah signboard, signboad prima valet, tempat baju, tshirt printing, businesscard printing
Kotak produk
tri print industries, syarikat percetakan kota bharu, banner murah di kota bharu, banner cantik, banner kemas, banner kota bharu, print signboard, print baju, tempah signboard, signboad prima valet, tempat baju, tshirt printing, businesscard printing
hanger laser engrave
tri print industries, syarikat percetakan kota bharu, banner murah di kota bharu, banner cantik, banner kemas, banner kota bharu, print signboard, print baju, tempah signboard, signboad prima valet, tempat baju, tshirt printing, businesscard printing
papan tanda
tri print industries, syarikat percetakan kota bharu, banner murah di kota bharu, banner cantik, banner kemas, banner kota bharu, print signboard, print baju, tempah signboard, signboad prima valet, tempat baju, tshirt printing, businesscard printing
lanyard
Banyak lagi contoh produk yang dihasilkan oleh Tri Print Sdn Bhd. Lebih menarik lagi, kalau korang sibuk dan tak sempat pergi ke premis Tri Print Sdn Bhd, korang boleh membuat tempahan dengan mereka melalui whatsapp kerana para staf bekerja 24 jam (termasuk waktu tidur) untuk melayani segala pertanyaan korang.

Sila hubungi Tri Print Sdn Bhd melalui talian telefon di :
09 747 1710 / 014 526 5054
09 747 1710 / 014 526 5054
09 747 1710 / 014 526 5054


Atau terus klik link shortcut ke whatsapp kami di :

Lokasi premis:

TRI PRINT INDUSTRIES
No 1 & 2, Jalan Pintu Geng, Kampung Kota,
15100, Kota Bharu, 
Kelantan.

Facebook page:







July 14, 2018

Durian McFlurry Unlimited Refill di All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry

by , in
Assalamualaikum. Hai everyone ๐Ÿ˜Š

Durian McFlurry Unlimited Refill di All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry | Musim durian kembali menghantui! Ini sememangnya masa yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat tegar durian. Tapi anda belum cukup tegar kalau belum mencuba D24 Durian McFlurry dari McDonald's kerana Durian McFlurry kini kembali beraksi! Disebabkan dua tiga hari ni wall Facebook dan Instagram aira penuh share pasal Durian McFlurry, terliur la pulak. Apa tunggu lagi, aira terus beli sebab tak pernah merasainya sebelum ni.
mcdonald's, airanasrin, Durian McFlurry
Aira punya happy face memang dah tak boleh sorok sebab aira suka lah rasa Durian McFlurry ni! Pada mulanya, aira macam risau jugak, sebab tak pernah makan durian sebagai aiskrim. Biasanya makan durian semata atau dengan pulut. Tapi, bila cuba Durian McFlurry ni tak sangka pulak sedap jugak! Good Job McDonald's!
durian mcflurry, event mcdonald's, mcdonald's malaysia
Bila sesuap masuk mulut aira, memang patutlah Durian McFlurry disukai oleh kebanyakan orang termasuk aira sebab ia menggunakan DURIAN D24 SEBENAR! Memang tidak mustahil untuk para peminat tegar durian akan jatuh cinta berkali-kali dengan rasa sebenar durian dalam Durian McFlurry! Ditambah pula dengan rasa vanilla, memang menjadi betul! Justeru, bagi meraikan peminat tegar Durian McFlurry, McDonald's berbesar hati mengadakan sebuah event khusus iaitu All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry. Kenapa anda perlu join event ini? Tentunya kerana anda hanya perlu bayar RM10 sahaja dan kemudian boleh refill tanpa had sepanjang sesi yang anda hadiri. Memang sangat berbaloi, kan? 
poster event mcdonald's, event mcd, all you can eat, mcd delivery
Sini aira beri butiran lanjut event All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry:

Tarikh: 17 July 2018, Selasa
Masa: Sesi 1- 3.00pm-4.00pm, Sesi 2- 5.00pm-6.00pm
Tempat: Semua restoran McDonald’s seluruh Malaysia
Masa pendaftaran: 30 minit sebelum setiap sesi bermula
Bilangan peserta untuk setiap sesi: 20 orang
Harga pendaftaran: RM10 (dewasa dan kanak-kanak berumur 4-12 tahun), percuma untuk yang berumur 3 tahun ke bawah

Bagi peminat tegar Durian McFlurry, jangan ketinggalan untuk bersama dalam event All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry di mana-mana cawangan restoran McDonald's di seluruh Malaysia! #DurianMcFlurry

Untuk maklumat lanjut, sila ke FB Page McDonald's.


July 13, 2018

McDonlad's Jalan Gambang |Tempat Persinggahan Strategik dari Bukit Gambang Resort City

by , in
Assalamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

Tempat Persinggahan Strategik dari Bukit Gambang Resort City ialah di McDonald's Jalan Gmbang, Kuantan. Baru-baru ini,aira dan team Blogger Pantai Timur telah menikmati percutian 3 hari 2 malam di Bukit Gambang Resort City, bermula 4-6 Julai 2018. Maka, sebelum bertolak pulang ke destinasi masing-masing, kami mengambil keputusan untuk mencari tempat persinggahan bagi mengisi perut terlebih dahulu. McDonald's Jalan Gambang menjadi pilihan kami kerana lokasi yang berhampiran dengan Bukit Gambang Resort City, lebih kurang 30 minit perjalanan sahaja.
Mc Donald's Jalan Gambang
happy face dear baby Bing. credit pic: Angel
McDonald's ini turut mempunyai McCafe yang beroperasi 24jam. Ini sekaligus memberi kemudahan dan kelapangan buat para pelanggan untuk datang pada bila-bila masa. Ia juga lengkap dengan kemudahan pandu-lalu, bilik bayi, tandas, kemudahan orang kurang upaya dan juga ruang permainan untuk kanak-kanak, restoran McDonald’s Jalan Gambang sesuai dihadiri oleh seisi keluarga dan mementingkan semua lapisan masyarakat tidak kira muda atau tua. McDonald's Jalan Gambang boleh dikatakan sebagai sebuah restoran yang mesra pelanggan.
Mc Donald's Jalan Gambang
Ruang khas untuk sesuatu majlis
Mc Donald's Jalan Gambang
credit pic: cik ma
Mc Donald's Jalan Gambang
kanak-kanak teruja dengan Happy Meals

Selain itu, aira sangat suka konsep McDonald's Jalan Gambang yang menyediakan ruang khas untuk mengadakan sesuatu majlis seperti sambutan hari jadi kanak-kanak. Ruang khas ini sangat selesa untuk memuatkan sejumlah pengunjung dan tentunya menjanjikan kegembiraan dan memori yang indah kepada setiap orang yang merasainya. Menariknya di McDonald's juga kerana kepelbagaian menu yang disediakan mengambil kira menu yang digemari oleh kanak-kanak dan dewasa. Jadi baru-baru ini, kanak-kanak dihidangkan dengan Happy Meals manakala dewasa dihidangkan dengan Rio Burger, Grilled Chicken Burger dan Sundae Chocolate sebagai dessert. Semua menu sedap walaupun aira try sikit je Rio Burger sebab tak mampu nak makan pedas. hehe.

Tambahan lain, McDonald's Jalan Gambang tidak memilih kasih untuk melayan pengunjung yang hadir, tidak kira anda adalah dari sekumpulan remaja atau sebuah keluarga. Nescaya staf-staf McDonald's Jalan Gambang menyediakan perkhidmatan yang terbaik sepanjang masa! Aira memang suka sikap friendly semua staf mereka, dari pintu masuk lagi, masing-masing mengalukan kedatangan pelanggan. Hebat!
Mc Donald's Jalan Gambang
Keistimewaan McDonald's yang paling mengujakan bagi aira ialah mereka membuka peluang kerjaya kepada mereka yang memerlukan dan berpotensi tidak mengira peringkat umur. Ini merupakan salah satu inisiatif dari McDonald's untuk melakukan amal kebajikan dengan membantu orang yang memerlukan. Hal ini turut dibuktikan dengan kehadiran Nik Anisah Mohd Ibrahim (lebih mesra dikenali sebagai Mama), seorang ibu kepada tiga orang anak dan umurnya kini mencecah 50 tahun yang bertugas sebagai Guest Experience Leader (GEL) di restoran McDonald's Jalan Gambang. Sebagai GEL, Mama berperanan untuk berkhidmat sebagai duta khidmat pelanggan dengan memastikan bahawa setiap pelanggan diberi layanan baik dan gembira setelah meninggalkan restoran McDonald's.

Mama bukan calang-calang orang kerana sebelum bekerja di McDonald's Jalan Gambang pada tahun 2015, beliau pernah menjalankan perniagaan kontraktor elektrik dan mekanikal. Namun, kegawatan ekonomi dan ketiadaan projek menyebabkan syarikat beliau terpaksa ditutup dan beliau menjadi suri rumah sepenuh masa. Alhamdulillah, rezeki menyebelahi beliau setelah bekerja di McDonald's Jalan Gambang demi membantu menambah pendapatan keluarga dan setelah 6 bulan, beliau dinaikkan pangkat kepada GEL kerana sikap dedikasi beliau. 
Mc Donald's Jalan Gambang
credit pic: sis gee
Secara peribadi, aira bertemu mata dengan Mama, beliau sangat teruja dan gembira melayan kedatangan team Blogger Pantai Timur. Keterujaan beliau bukan hanya kepada kanak-kanak tetapi kepada kami, golongan dewasa ini. Mama memang sangat teruja melayan kami dengan bersembang dan bercerita kerana itu merupakan hobinya. Menurut Mama, melayan dan bercakap dengan orang ramai banyak memberi manfaat dan maklumat baru kepadanya. Justeru itu, beliau menganggap pelanggan sebagai tetamu penting yang perlu dirai dengan berkenalan tanpa mengira bangsa, umur dan pangkat. Aira memang salute dengan Mama sebab beliau sangat komited sepanjang bertugas.

Mama dalam sesi cerita beliau menyebut bahawa McDonald's merupakan sebuah syarikat yang sentiasa memberi peluang kepada semua pekerjanya untuk membina kerjaya walaupun sudah berumur bahkan Mama bercita-cita untuk meluaskan lagi kerjayanya di McDonald's. Selain itu, McDonald's sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya. Sebagai contoh, baru-baru ini ramai pekerja Islam yang berkelayakan telah menerima zakat pada musim perayaan Aidilfitri.

Overall, Mama adalah salah satu contoh terbaik kepada wanita berumur di Malaysia yang percaya bahawa umur bukanlah penghalang bagi seorang wanita berkhidmat kepada masyarakat. Nak merasai peluang bertemu mata dan beramah mesra dengan Mama sebagaimana aira dan team BPT? Jangan lupa jadikan McDonald's Jalan Gambang sebagai tempat persinggahan sama ada sebelum atau selepas ke Bukit Gambang Resort City. Untuk maklumat lanjut, berikut adalah butiran mengenai McDonald's Jalan Gambang:

Alamat:
Lot 121596 (HSM68258) Hingga Lot 12160 dan Tanah Kerajaan Jalan Kuantan Gambang, Mukim Kuala Kuantan, 25150 Kuantan, Pahang, Malaysia

Waze:
McDonald'd McCafe Jalan Gambang, Kuantan

Website:

Tel:
09-5362746

July 11, 2018

Tips Memilih Susu Formula untuk Si Manja | Suffy B Genius

by , in
Assalamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

Tips Memilih Susu Formula untuk Si Manja | Suffy B Genius || Bagi yang sudah mempunyai anak berderet pasti dah masak dengan cara memilih susu formula yang terbaik untuk si kecil tetapi bagi mereka yang pertama kali memiliki anak, pastinya mencari tips yang berguna untuk mendapatkan susu formula yang paling berkesan untuk si kecil.
minum susu, bayi pegang botol, bayi pandang kamera, kanak-kanak dan susu botol
credit: Google
Aira senaraikan tiga tips untuk memilih susu formula (kredit SINI):
  • Kenali Anak Anda
Kenali anak anda sama ada dia boleh minum susu formula jenis yang bagaimana. Umumnya, terdapat 4 jenis susu formula yang boleh didapati di pasaraya atau farmasi iaitu susu lembu, susu kambing, susu soya dan susu formula berkeperluan khas (formula organik dan lain-lain).

  • Dapatkan Sampel Susu
Untuk mengenali penerimaan anak terhadap susu formula, maka jangan lupa dapatkan sampel terlebih dahulu. Kebiasaannya ada produk yang menawarkan sampel terlebih dahulu untuk anda mencubanya. Dengan cara ini, maka ibubapa dapat membuat pilihan dengan bijak tanpa membazirkan wang ringgit

  • Fahami Label dan Kandungan
Memahami kandungan nutrisi sangat penting dalam pemilihan susu formula untuk si manja. Kebiasaannya label yang ada pada kotak/tin susu formula adalah prebiotik, DHA, Vitamin dan Mineral.
Susu Formula
So, sekarang aira nak memperkenalkan satu susu formula khas untuk kanak-kanak yang berumur 1-3 tahun iaitu susu Suffy B Genius keluaran dari Syarikat Suffy Malaysia. Suffy adalah jenama susu yang dipercayai oleh Ibu Bapa di seluruh Malaysia. Suffy di miliki oleh sebuah syarikat yang diberi nama Suffy Dairy Group Sdn Bhd. Suffy sangat mengambil berat akan keperluan anak-anak dan keluarga yang ingin mencari produk susu yang berkualiti tinggi, selamat dan juga mampu dimiliki.

Suffy B Genius dirumus khas dengan DHA (15mg/100g), Vitamin, Mineral serta tambahan Prebiotik – FOS & Manna untuk membantu Si Manja anda kekal sihat, bijak dan kuat. Suffy B Genius juga mengandungi formula B3 iaitu singkatan bagi Brilliant, Balance dan Boost.
susu formula
Brilliant: Suffy B Genius mengandungi DHA yang merupakan antara komponen utama di dalam otak. Ia Berfungsi untuk membantu perkembangan otak kanak-kanak.

BalanceSuffy B Genius membantu memenuhi keperluan nutrisi seharian yang diperlukan oleh Si Manja. Nutrisi yang seimbang membantu Si Manja untuk membesar dengan lebih baik.
Boost: Suffy B Genius dirumus istimewa dengan Prebiotik dari FOS dan Manna untuk membantu meningkatkan sistem penghadaman Si Manja.
Menariknya, Suffy B Genius adalah susu tepung penuh krim (susu lembu) tanpa sukrosa dan turut mengandungi ekstrak kurma dan madu. Bagi ibu bapa yang berminat untuk mencubanya, anda boleh dapatkan sampel di website http://www.suffy.com.my/sampelsususuffy/  dengan mengisi form yang diminta seperti di bawah:
susu formula, trial pack susu
Harga Susu Suffy B Genius ialah RM28.90 (900g), Anda boleh dapatkannya di Shopee (Suffy Malaysia Official Store). Jangan lupa dapatkan Suffy B Genius, Susu untuk Si Bijak Mama!

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi melalui kaedah berikut:
Website : www.suffy.com.my
Email : admin@suffy.com.my
Hotline : 05 - 525 2992 / 011 - 3225 2822

July 10, 2018

Tips Kulit Sihat dan Badan Kekal Bertenaga Setiap Hari

by , in
Assalamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

Setiap orang, lelaki mahupun wanita semestinya menginginkan tubuh badan yang sihat, cergas dan bertenaga bagi menjalani kehidupan sepanjang hari. Namun, cuaca yang tidak menentu boleh menyebabkan kita mudah merasa penat dan lesu, kadangkala akibat kelesuan itu, kulit muka juga tidak terjaga. Bagi mendapatkan tenaga dan mengekalkannya dengan kadar maksima serta mendapatkan kulit yang sihat dan gebu, antara tips yang aira berminat untuk kongsikan ialah:

1. Diet yang seimbang
Diet yang seimbang sebenarnya bukan khusus untuk orang yang overweight sahaja tetapi untuk semua. Pengambilan makanan yang betul dan berkhasiat boleh mencantikkan kulit serta dapat menghindari daripada masalah penyakit. Di samping itu, badan yang cergas dan bertenaga juga adalah hasil daripada pengamalan diet yang seimbang.

2. Melakukan Aktiviti Fizikal/Senaman
Tips kita yang kedua ialah dengan melakukan aktiviti fizikal atau senaman. Senaman bukan sahaja untuk mengeluarkan peluh semata-mata tetapi untuk mencergaskan tubuh badan. Kebanyakan daripada kita berpendapat bahawa senaman menghabiskan tenaga tetapi sebenarnya penat sekejap je kemudian selepas itu mesti badan akan rasa ringan dan cergas!

3. Mengambil BioXcellent Colla W. Diamond sebagai pelengkap
BioXcellent Colla W. Diamond adalah salah satu produk yang lengkap berpakej dengan membekalkan tenaga yang berpanjangan serta mengembalikan kulit muka yang sihat dan gebu. Baru-baru ini, aira dan team Blogger Pantai Timur menghabiskan masa 3 hari 2 malam di Bukit Gambang Resort City dan melalui jadual aktiviti yang sangat padat dari pagi hingga ke malam. Oleh itu, aira mengambil BioXcellent Colla W. Diamond bagi membekalkan dan mengekalkan tenaga pada tahap maksima.
produk yang membekalkan tenaga
Antara aktiviti yang aira ikuti ketika trip ke Bukit Gambang Resort City ialah Flying Fox. Cuaca sangat panas dan aktiviti yang mencabar membuatkan aira memerlukan tenaga yang lebih. Dengan pengambilan BioXcellent Colla W. Diamond, tidak perlu risau lagi ๐Ÿ˜‹
produk yang membekalkan tenaga
Fungsi BioXcellent Colla W. Diamond selain untuk mengekalkan tenaga dan menyegarkan tubuh badan yang lesu ialah bertujuan untuk merawat kulit muka agar lebih cerah, anjal, gebu, lembap, mengecutkan jerawat serta merawat masalah kulit muka kering. Fungsi BioXcellent Colla W. Diamond memang lengkap berpakej, sangat sesuai untuk golongan lelaki mahupun wanita berumur 16 tahun ke atas. Antara manfaat lain daripada BioXcellent Colla W. Diamond ialah:
1. Membaik pulih struktur kulit
2. Mengurangkan garisan halus dan kedutan
3. Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, pigmentasi dan tompok hitam.
4. Mencantikan kuku supaya lebih kuat dan mengatasi masalah keguguran rambut
5. Mengatasi masalah lenguh badan
produk yang membekalkan tenaga
Antara ramuan dalam BioXcellent Colla W. Diamond ialah Vitamin, Campuran beri (diperkaya dengan anti oksidan), Tripeptide Kolagen, Astaxanthin, Acacia gum, Ekstrak Buah Anggur, Tomato, Epal, Rasberi  & Buah Delima. Ternyata, ramuan yang digunakan dalam BioXcellent Colla W. Diamond semuanya adalah selamat dan mendapat pengiktirafan

produk yang membekalkan tenaga

Cara Pengambilan
BioXcellent Colla W. Diamond sangat mudah iaitu dengan mencampurkan 1 skop (20 gram) ke dalam 200/250ml air suam, kacau/goncang sehingga larut dan minum serta-merta selepas penyediaan. Produk ini memberi kesan seawal 7 hari walau bagaimanapun hasil ini tidak tipikal dan mungkin berbeza-beza mengikut individu. Apa rasanya? Aira suka! Rasa masam-masam beri gitu, best dan tak muak okey! Ni video aira bancuh dan minum dalam masa singkat, semuanya semudah abc!

Testimoni
Ramai yang telah mencuba produk BioXcellent Colla W. Diamond dan memberi testimoni yang positif. Antaranya:
produk yang membekalkan tenaga
produk yang membekalkan tenaga

Availabality
BioXcellent Colla W. Diamond boleh didapati di mana-mana cawangan Watsons yang terpilih di seluruh Malaysia/anda boleh membelinya melalui atas talian (Watsons Store)/Boleh berhubung secara langsung dengan pihak BioXcellent Colla W. Diamond melalui WhatsApp www.wasap.my/60163163069. Untuk maklumat lanjut, anda bleh dapati di:



July 08, 2018

Aktiviti Lasak di Active Academy, Bukit Gambang Resort City

by , in
Assalamualaikum. Hai korang ๐Ÿ˜Š

Active Academy | Tempat Best di Bukit Gambang Resort City | Aira dan Team Blogger Pantai Timur sebenarnya baru je pulang dari Bukit Gambang Resort City, Kuantan, selepas 3 hari 2 malam dekat sana. Sebelum bercuti semua pakat excited, waktu bercuti lagi lah excited! Aira sendiri, kalau sebut Gambang je, benda yang paling aira terbayang ialah Bukit Gambang Water Park sebab pernah jejak dekat situ beberapa tahun lepas dan seronok ya amat!

Itu je lah dalam otak, tak terbayang aktiviti lain dah tapi beberapa hari sebelum tu, baru lah tengok tentatif dengan teliti. Rupanya tumpuan dekat Bukit Gambang Resort City bukan hanya di Water Park tetapi Safari Park dan Active Academy! Wah banyak jugak rupanya aktiviti lain yang boleh buat di Bukit Gambang Resort City Kuantan. So entri kali ini memang fokus untuk Active Academy je memandangkan aira sangat meminati outdoor activities, memang masuk dengan jiwa muda ini, hehehe. korang kena baca sampai habis kalau nak tahu aktiviti apa yang aira buat ๐Ÿ˜†
Outdoor activities at Bukit Gambang Resort City, active academy, bukit gambang resort city, short trip, outdoor activities
Active Academy ialah salah satu tempat outdoor activity di Bukit Gambang Resort City. Ia terletak berhadapan dengan Carribean Bay Resort. Team aira yang stay dekat Arabian Bay Resort pun hanya perlu jalan kaki je sebab dekat, tak sempat merasa lenguh kaki. Lagipun dah kita nak gi outdoor activities, maka apa salahnya jogging dulu dari tempat penginapan kan? kira macam warming up jugak lah tu. hehe.
Outdoor activities at Bukit Gambang Resort City, active academy, bukit gambang resort city, short trip, outdoor activities
Apa yang best sangat dengan Active Academy ni? Of course yang bestnya adalah pakej yang ditawarkan. Memang super duper jimat okey! Sebenarnya dekat Active Academy ni ada dua pakej iaitu pakej berkumpulan dan individu.

Untuk berkumpulan, Active Academy menyediakan aktiviti dan modul teambuilding bagi mana-mana kumpulan atau syarikat yang ingin mengadakan aktiviti sesama staf. Antara aktiviti yang disediakan ialah Explorace, Paintball Warzone Package dan Obstacles Challenges (Monkey Race, Prison Break, Hercule Rod, Tyre Steps, Mini Flying Fox, Comando Crawl, Swampy Swing, Ape Climb, Climbing Net, Kungfu Steps, Pull Up Bar, Hill Climb, Balancing Bridge, Monkey Bar, Whale Watch, Spider Web, Reborn and Rope Climbing). Aktiviti-aktiviti ini sememangnya memerlukan peserta yang ramai.

Sebagai contoh, pakej Paintball Warzone bermula dari harga RM588 untuk 10 orang. Memang sangat berbaloi dan menarik pakej ni! Kalau berminat nak tambah aktviti dari pakej individu pun boleh seperti ATV Ride dan Archery. Selain itu, kalau korang datang berkumpulan, memang tak perlu risau tentang kawasan aktiviti sebab kawasannya memang sangat luas, padang terbentang elok! Korang boleh nak guling-guling lagi haa, hehe ๐Ÿ˜

Manakala bagi pakej individu hanya RM38 untuk 4 jenis aktiviti iaitu Paintball Target Shooting, Archery, ATV Fun Ride dan Flying Fox. Semua ni aktiviti yang best dan bagi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru atau baru nak berjinak dengan aktiviti lasak, maka eloklah ambil pakej ni! Kalau ambil satu-satu aktiviti je jadi mahal tau sebab satu aktiviti RM18. Kalau 4 aktiviti dah jadi RM72. Tapi dengan adanya Sunshine Package, maka jimat berkali ganda!
Outdoor activities at Bukit Gambang Resort City, active academy, bukit gambang resort city, short trip, outdoor activities
Aira and the team guna Sunshine Package ni tapi ditambah dengan aktiviti di Mini Sky Trail. Sesampainya kitorang dekat sana, dengar briefing dulu kejap tentang Active Academy dari staf mereka kemudian baru start main. Aktiviti pertama haruslah mengutamakan kanak-kanak dulu, kalau tak mahunya mengamuk mereka ni. Aktiviti yang paling sesuai untuk kanak-kanak ialah Paintball Target Shooting.

1. Paintball Target Shooting
Outdoor activities at Bukit Gambang Resort City, active academy, bukit gambang resort city, short trip, outdoor activities
Outdoor activities at Bukit Gambang Resort City, active academy, bukit gambang resort city, short trip, outdoor activities
Outdoor activities at Bukit Gambang Resort City, active academy, bukit gambang resort city, short trip, outdoor activities
Outdoor activities at Bukit Gambang Resort City, active academy, bukit gambang resort city, short trip, outdoor activities
Paintball Target Shooting ni berbeza dengan Paintball Warzone Package sebab target shooting bukan sahaja sesuai untuk orang dewasa tetapi kanak-kanak juga. Anak buah aira umur tiga tahun pun boleh join walaupun pada banner tu tertulis at least 9 tahun. Dia naik atas kerusi dan tembak je tong biru yang dia target tu. Walaupun tak kena pada sasaran tapi puas hati la budak-budak ni boleh main tembak-tembak for real kan? Biasa duk tembak-tembak dalam fon je. hehe. Tapi bukan budak-budak je excited, yang dewasa pun excited jugak. Rupanya bukan senang nak shoot kena target, aira kena sasaran 3 kali je daripada 20 pellets yang dia sediakan. haha nampaknya fail ni kalau jadi polis ๐Ÿ˜‚

2. Archery
Outdoor activities at Bukit Gambang Resort City, active academy, bukit gambang resort city, short trip, outdoor activities
At the same time, golongan dewasa boleh buat aktiviti archery atau memanah. Kalau dulu, archery ni tak famous kan tapi sekarang aktiviti ni dah semakin dipopularkan, mungkin sebab salah satunya ia adalah aktiviti sunnah. Ni first time aira main archery tau pastu terus rasa terer sebab dapat score 53/100 dan salah satu panahan tu terkena dekat score 10 hahaha, over betul dah rasa terer! Jangan risau sebab kalau korang pun pertama kali nak main macam aira, diorang punya staf akan guide korang satu-satu dari cara pegang hingga cara nak lepaskan anak panah tu. Kalau nasib baik, kena papan memanah, kalau tak bernasib baik, kena dekat bukit belakang tu. hehe.

3. ATV Fun Ride
Outdoor activities at Bukit Gambang Resort City, active academy, bukit gambang resort city, short trip, outdoor activities
Outdoor activities at Bukit Gambang Resort City, active academy, bukit gambang resort city, short trip, outdoor activities
ATV Fun Ride ni memang dah ada track yang disediakan. Memang sesuai untuk beginner yang baru nak belajar start enjin dekat mana, handle kelajuan macam mana sebab track kecil je tapi boleh buat sampai 3 laps. Weh baru tahu susah jugak nak handle ATV ni, berat ya ampun! Nampak orang main dekat kawasan bukit-bukit senang je tapi hakikatnya tidak begitu. Btw, rider kanak-kanak tak boleh bawa ye. hehe action je lebih dekat gambar tu. Berat maximum ialah 100kg dan minimum umur untuk rider ialah 16 tahun. Manakala passenger boleh dari umur 6-15 tahun. Kalau orang dewasa nak try ATV yang mencabar, korang boleh naik di Wild Savannah Safari Park! Memang mencabar habisss ๐Ÿ˜†

4. Flying Fox
Outdoor activities at Bukit Gambang Resort City, active academy, bukit gambang resort city, short trip, outdoor activities
Outdoor activities at Bukit Gambang Resort City, active academy, bukit gambang resort city, short trip, outdoor activities
Outdoor activities at Bukit Gambang Resort City, active academy, bukit gambang resort city, short trip, outdoor activities
Outdoor activities at Bukit Gambang Resort City, active academy, bukit gambang resort city, short trip, outdoor activities
Paling best ialah Flying Fox. At first kena dengar taklimat dulu, pakai segala macam keselamatan baru boleh gerak ke tempatnya. Nak ke tempat sana perlu mendaki sikit, tak lama pun lebih kurang 5 minit mendaki naik ke atas tapi boleh tahan mengah sebab agak curam lah jugak. Aira yang single mingle takde anak ni pun semput sampai atas (nampak sangat lama tak buat outdoor activities), kalau geng blogger mommies ni hebat lah sampai sana jugak! Best ke tak? mestilah best! Rasa kejap je, nak memanjat kemain rasa lama tapi bila turun kejap je, memang tak puas main, rasa nak naik lagi,lagi dan lagi! Korang memang wajib cuba flying fox tau!

5. Mini Sky Trail
Outdoor activities at Bukit Gambang Resort City, active academy, bukit gambang resort city, short trip, outdoor activities
Outdoor activities at Bukit Gambang Resort City, active academy, bukit gambang resort city, short trip, outdoor activities
Aktiviti seterusnya ialah Mini Sky Trail, Mini Sky Trail tiada dalam Sunshine Package tau. Ianya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang melebihi ketinggian 130cm. Sebenarnya Mini Sky trail dikhususkan untuk kanak-kanak sebab ketinggian tu macam rendah je. Tapi kalau orang gayat, ketinggian macam tu pun dah rasa macam melampau sampai pucat bibir. Ada je team aira yang pucat naik mini sky trail, ada yang nak give up haha. Takpe, sis mengerti. Dan hakikatnya, sky trail yang lebih mencabar dengan trek yang lagi panjang dan best pun ada tau! Sesuai untuk mereka yang gemar menyahut cabaran cuma trip aira kali ni tak buat sky trail mencabar tu sebab ia dalam proses penyelenggaraan dan ditutup buat sementara waktu. Korang kalau datang sini jangan lupa naik sky trail mencabar tu tau, bila lagi nak cabar diri!

Outdoor activities at Bukit Gambang Resort City, active academy, bukit gambang resort city, short trip, outdoor activities
Anyway, thanks team Active Academy Staff yang layan kerenah team kami dengan pelbagai ragam. hehe. Diorang semua baik-baik dan happy go lucky. Diorang akan guide korang semua aktiviti, so takdelah korang termangu sendirian. hehe.

Overall, Active Academy ialah tempat yang terbaik dan best untuk terokai bila korang datang berkunjung ke Bukit Gambang Resort City samada bersama keluarga mahupun secara berkumpulan selain menjejakkan kaki ke Bukit Gambang Water Park dan Safari Park! Kalau korang nak pergi waktu peak season macam cuti sekolah, better booking awal terutama secara berkumpulan, so nanti pihak Active Academy akan susun tentatif untuk korang bagi aktiviti teambuilding. Jangan pening kalau ada persoalan di fikiran, where to go in Malaysia for short trip? Jawapannya mestilah Bukit Gambang Resort City! Info lebih lanjut, korang boleh ke:


Baca juga:
Active Academy - Aktiviti Rekreasi Gempak di Bukit Gambang Resort City, Pahang
Outdoor Activity Challenge


July 01, 2018

Review Nutox Cleansing Oil

by , in
Assalamualaikum. hai ๐Ÿ˜Š

Aira lately sedang belajar penjagaan kulit muka untuk lebih sihat dengan menggunakan barangan dari drugstore (Watson/Guardian) sahaja. So, tempat yang best untuk baca review sebelum beli barang ialah di twitter sebab ramai share dia pakai itu ini dengan skin type sekali! So, barang yang aira paling nak beli ialah cleansing oil sebab nak buat double cleansing method. Dengan cara ni, boleh kurangkan peluang untuk jerawat naik dan membiak sebab oil based cleanser akan cuci muka dengan baik iaitu dengan membuang segala kotoran (make-up, sunscreen dan minyak dekat muka). Nak baca lebih details boleh ke SINI.

Lepas survey cleansing oil, aira dah short list nak try Hada Labo, Nutox dan Simple. Bila ke Watson, aira terambil Nutox walaupun Hada Labo ada. haha well, sebenarnya sebab Hada Labo pricey sikit berbanding Nutox. Since ramai juga yang review Nutox pun okey, then aira pun on je lah! why not hm?
Nutox Cleansing Oil, Cleansing oil, cleansing oil best, oil cleanser, oil based cleanser, drugstore produt, nutox, nutox product
Product: Nutox Cleansing Oil
Price: RM34.40
Size: 200ml
Availability: Watson/Guardian

First of all, aira sangat suka botol Nutox ni sebab botol plastik dan ada pump! Kalau jatuh takkan pecah dan senang nak pump oil ni, tak bersepah merata kena botol. Aira ada pengalaman guna cleansing oil dari local product, botol besar dan kaca pastu satu hari, penutup retak then takleh nak tutup dengan kemas. messy sangat nak guna. So, Nutox punya design aira suka!
Review Nutox Cleansing Oil, Cleansing oil
Ingredients: Ethylhexyl Palmitate, PEG-30 Sorbitan Tetraoleate, Prunus Amygdalus Dulcis (Sweet Almond) Oil, Tocopheryl Acetate, Water, Glycerin, Propylene Glycol, Bacillus Ferment, Totarol, Hydrolyzed Swiftlet Nest Extract, Bisabolol, Citrus Grandis (Grapefruit) Peel Extract.

Clearly, dekat botol tu claims No Paraben, No Mineral Oil, No colourant, No Alcohol, No Fragrance. Aira pilih Nutox pun sebab takde Mineral Oil, Alcohol dan Fragrance. Ni ingredients yang aira memang akan avoid. Suka Nutox sebab takde bau wangi macam perfume tu! hihi.
Review Nutox Cleansing Oil, Cleansing oil
So, cara guna pun senang je. Pump satu kali (untuk light make up) dan dua kali (heavy make up) Ceansing Oil dan massage secara circular motion di permukaan kulit muka yang kering. Then ambil sedikit air, massage lagi dan bilas. Elakkan daripada terkena mata sebab bila kena mata, pandangan jadi kabur. Aira pernah sekali tu kena mata tapi tak perasan pun time mandi sebab dah sedia rabun kan. haha. Bila siap-siap solat semua baru rasa lain macam mata sebelah kanan, dah risau tapi bila teringat yang orang review cleansing oil Hada Labo pun, bila kena mata pandangan kabur jugak. So, tak jadi risau. hehe. Tak lama pun, dalam 10 minit camtu.


Skin type aira; combination skin. Overall, Nutox Cleansing Oil bagi aira best. Lepas bilas, kulit muka tak rasa berminyak pun, just nice and smooth. Lepas cuci muka dengan water based cleanser lagi smooth. Pengalaman guna cleansing oil sebelum ni macam berminyak sikit lepas bilas. So, this one recommended kalau korang cari cleansing oil yang lebih murah (lepas sale, lagi murah, RM20+ je).

Thank you for reading!
Korang pakai Cleansing oil ape? Cuba share mana tahu nanti boleh try pulak. hehe