Resepi Ayam Goreng Korea Mudah

Assalamualaikum. Hai 😊

Resepi Ayam Goreng Korea Mudah | sebelum ni, aira ada up satu entry pasal K Fry Urban Korean dekat SINI. makanan paling aira suka ialah ayam goreng korea yang digoreng rangup dan disaluti sos pekat yang rasa manis-manis madu gitu. So, lepas makan pun masih termimpi-mimpi. hihi. dipendekkan cerita, roomate aira pass resepi dari Facebook. so, ini resepi yang diubah suai sedikit dari seorang akak Facebook. Very simple! semua bahan ialah gerenti, wajib ada dekat rumah.
ayam goreng korea, ayam goreng sedap, korean fried chicken, ayam ala k fry, masakan ayam
Bahan perapan ayam [4-5 ketul]
  • bawang putih 3-4 ulas
  • halia 2 inchi
  • lada hitam 
  • garam
  • tepung jagung [optional tepung gandum]
Bahan Sos
  • bawang putih 3-4 ulas
  • cili kering 1
  • sos cili 2 sudu
  • sos tomato 2 sudu
  • madu 2-3 sudu
  • kicap
  • garam
Cara-cara:

1. tumbuk bahan perapan ayam [kecuali tepung] dan perap ayam 15-20 minit
2. salut ayam yang telah diperap dengan tepung jagung [salut sepenuhnya, barulah rasa rangup tu] dan goreng.
3. untuk sos, tumis bawang putih sehingga kekuningan, kemudian masukkan cili kering. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan sedikit air.
5. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap, madu dan garam. Kacau sehingga pekat [kalau korang terlebih air, kena pandai seimbangkan balik, but don't worry; buka api besar sikit maka cepatlah ia pekat]
6. Masukkan ayam celup tepung dalam sos pekat dan gaul sebati. Tabur bijan putih [optional]

Siap!
sekali cuba, pasti nak lagi. so guys, selamat mencuba 💙

13 comments:

  1. terliur pulak tengok malam-malam. haha

    ReplyDelete
  2. sedapnya!!!! nak try buat laa nanti.. dah lama x makan ayam korea ni

    ReplyDelete
  3. wahh simple je.. nnti leh buat ni time craving..

    ReplyDelete
  4. terliur la pulak tengok boleh cuba ni hahhahaha

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. thanks for sharing ye

    ReplyDelete
  6. Terliur la pulak kena buat ni

    ReplyDelete
  7. Salam sejahtera

    Terima kasih kerana sertai Review Blog April 2018.

    Senarai Peserta : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-peserta-review-blog-april-2018.html

    Senarai Pemenang : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-pemenang-review-blog-april-2018.html

    ReplyDelete
  8. Teringat pula dengan ayam korea kat Domino sekarang. Hihi. Sedapnya!! Lapar lak malam ni.

    Nway, jemput join segmen dan giveaway blog Siqah :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)