Assalamualaikum. Hai 😊
Bebas Jerawat dengan Eucerin ProAcne Solution | Jerawat dengan kaum perempuan secara khususnya memang bermusuh! ye lah, kalau dah naik jerawat memang keyakinan diri terjejas ya amat. Aira sendiri muka memang dah tak berapa nak flawless pastu tetiba naik lagi jerawat besar, memang makin stress dibuatnya. sabar je lah, pujuk diri kata masalah hormon 😂
Tapi since aira try produk dari Eucerin, dah tak berapa nak risau lagi sebab this product is quiet good! Eucerin memang dikatakan produk penjagaan kulit wajah yang dipercayai di seluruh dunia. Jenama ini telah menjadi salah satu jenama dermo-kosmetik yang disyorkan oleh ahli dermatologi. Kini, Eucerin telah menghasilkan satu produk yang khusus untuk menghapuskan jerawat tanpa mengeringkan atau merosakkan kulit wajah iaitu Eucerin ProAcne Solution A.I Clearing Treatment.
Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat di samping mengekalkan kelembapan kulit.
Eucerin ProAcne Solution A.I Clearing Treatment secara khususnya merawat jerawat komedon dalam masa dua minggu sahaja! haaa jerawat komedon tu apa? Jerawat komedon ialah bintik hitam, bintik putih dan bintik kecil (popul) yang biasanya merempat dekat dahi dan dagu.
Aira pun dah buat eksperimen dekat jerawat lain. Ada satu jerawat ni, dekat dahi aira perasan dia baru nak naik tau sebab rasa sakit tapi tak bengkak lagi. so apa lagi terus sapu Eucerin ProAcne Solution A.I Clearing Treatment ni dekat kawasan tu. Eh menakjubkan dua hari terus hilang! Alhamdulillah. Bestnya kalau mcam ni selalu kan? Yang penting kita segera bertindak sebelum dia keluar, okey?
Di samping itu, pengguna di Malaysia boleh mencuba pelembap terbaharu untuk kulit berjerawat ini dalam Cabaran Bebas-Jerawat Eucerin® 14 Hari melalui dua langkah mudah:
●
Langkah Pertama: Ambil gambar kulit anda pada Hari
Pertama dan Hari Ke-14 selepas penggunaan selama 14 hari
●
Langkah Kedua: Poskan gambar “sebelum dan selepas”
anda dan kongsi pengalaman anda menggunakan produk ini di halaman Facebook
dengan hashtag #EucerinProACNE
Pemenang berpeluang memenangi Hadiah
Utama iaitu produk Eucerin® bernilai RM5,000, manakala pemenang tempat kedua
akan membawa pulang produk Eucerin® bernilai RM2,000. Lima Pemenang Bertuah
pula akan memenangi produk bernilai RM1,000 setiap seorang.
Bagi yang ingin dapatkan produk Eucerin ni dan lain-lain seperti pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap siang, kesemuanya boleh dibeli di farmasi atau drugstore di seluruh negara dengan harga RM62. Aira rasa, kalau pakai satu set ni memang boleh flawless tanpa rosakkan kulit ni!
Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian
penuh penjagaan muka ProACNE daripada
Eucerin®, log masuk ke www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY.