Trip to Krabi and Hat Yai 3D2N (Part II)

Assalamualaikum. Hai 😊

Entry harini berkaitan dengan entry sebelum ni, boleh baca dulu dekat SINI. Dari Krabi ke Hat Yai, tak terasa jauh la pulak. padahal Hat Yai ke Krabi terasa sangat jauhnya. Alhamdulillah, maybe sebab dah pernah lalu jalan tu kan.

Bila sampai Hat Yai, baru kitorang terpusing-pusing cari hotel sebab belum book lagi. Kebetulan aira teringat hotel yang aira pernah stay tahun 2015, Aloha Hotel. Aira memang puas hati dengan servis Aloha Hotel dari dulu lagi. Tiptop. Jaraknya dengan night market bawah hotel dekat je, lebih kurang 10 minit berjalan kaki.
Aloha hotel, hatyai, view hatyai, view bandar hatyai
view dari Aloha Hotel tingkat 12
aloha hotel, family room, bilik hotel luas, bilik keluarga
part of family room
Family Room di Aloha Hotel memang luas! satu katil queen dan dua katil single. Harga untuk family room lebih kurang RM200/malam. Walaubagaimanapun, kebanyakan rakyat Malaysia yang ke Hat Yai akan stay di Lee Garden Hotel berdekatan dengan Aloha Hotel. kenapa? sebab utama ialah bila turun dari lobi Lee Garden Hotel, terus menapak dalam night market. kiranya tak perlu berjalan. so, kemungkinan kalau sampai Hat Yai lagi, aira nak try stay situ pulak. hihi.
makanan thai, makanan best, night market hatyai
Night market
So, pergi Hat Yai wajib turun ke night market! memang meriah, ramai giler orang pastu makanan pun banyak. selamat mecuba pelbagai jenis makanan! kakak aku dekat sana entah berapa kali makan pulut mangga, nak cari yang paling sedap punya pasal 😂
floating market, hatyai, best hatyai, hatyai best,tempat best hatyai
Khlong Hae Floating Market
khlong hae market, makan-makan, makan atas perahu, kedai terapung
Klong Hae Floating Market
khlong hae market, makanan atas perahu, kedai terapung, makanan thailand
Khlong Hae floating market

kHLONG hAE MARKET, JALAN-JALAN CARI MAKAN, kedai terapung
Khlong Hae Floating market
Next, tempat wajib pergi lagi bila sampai Hat Yai ialah Khlong Hae Floating Market. Kiranya ini tempat tumpuan pelancong, memang bas sampai berduyun-duyun. Seronok membeli makanan dekat sini, pelbagai jenis makanan yang boleh menjadi kegemaran korang. Yang penting, bawak poket tebal dan perut kosong! mesti berselera 😊



5 comments:

  1. best nyer jalan-jalan negara orang

    ReplyDelete
  2. bestnyaaa zue!!!aku teringin nak ke sini tapi tak pergi2 lagi

    ReplyDelete
  3. Wah bestnye janjalan Sana. Mama tgk udang Tu terliur betul rasanya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)