Tips Percutian Jimat Ke Phuket bersama Traveloka

Assalamualaikum. 

Hai korang! Dalam kepala aira ni asyik berlegar-legar duk fikir nak bercuti je kerjanya. Mana tak nya, setiap kali berkumpul kakak-kakak dan abang mesti masing-masing 'Jom pergi Bangkok', 'Jom pergi New Zealand', 'Jom pergi Krabi', 'Jom pergi Phuket', jom sana jom sini! haha banyak la korang punya jom. Aira dalam hati tengah mencongak macam mana nak pergi family trip dan bercuti luar negara, melawat tempat-tempat best tapi dalam masa yang sama nak jimat sebaik mungkin al-maklumlah masih study. Itu baru part family, part kawan-kawan ajak pergi Krabi, Kota Kinabalu belum masuk list lagi. haha. So, aira terjumpa satu solusi yang terbaik setakat ni. Happy nya! Meh aira share dengan korang, baca sampai habis tau 😉

Sebenarnya, aira dah try search tiket ke Phuket. Dari Kuala Lumpur ke Phuket, pastinya kita nak beli tiket yang paling murah dan paling jimat. Dan waktu mencari tiket pun kalau boleh nak yang paling senang, jimat masa dan tenaga! pening kepala kalau nak cari tiket duk ngadap handphone atau laptop sampai berjam-jam, kan? So, Kuala Lumpur to Phuket flights yang ada best deal tentunya hanya di Traveloka! Korang boleh klik pautan yang aira highlightkan dan boleh mula discover di website tersebut dengan mudah. 

cheap flight, harga murah, traveloka bagus, carian tiket flight
Search flight tickets
Dalam website tu, korang boleh set kan sendiri tarikh departure dan tarikh return, then search sahaja. Kemudian, Traveloka akan membandingkan harga dari berpuluh-puluh penerbangan sehari dari 10 syarikat yang berdaftar. Antara syarikat-syarikat yang termasuk dalam list carian Kuala Lumpur ke Phuket di Traveloka adalah Malaysia Airline, Malindo Air, Air Asia, Jetstar, Thai Airway, Garuda Indonesia, Singapore Airlines dan lain-lain. Jadi, korang boleh pilih tiket flight mengikut bajet harga dan bajet masa untuk berlepas dengan pelbagai pilihan yang menarik!

Korang tak perlu lagi spend masa yang banyak untuk buka satu website penerbangan ke website penerbangan yang lain untuk mencari tiket flight semata-mata dan buat perbandingan secara manual dalam kertas. hehe.

Hanya dengan satu klik ke website Traveloka, korang dah boleh tengok semua harga tiket flight dari pelbagai syarikat penerbangan bahkan bukan syarikat penerbangan dari Malaysia sahaja tau! Jangan risau untuk memilih penerbangan dari website Traveloka kerana Traveloka adalah syarikat yang sangat popular dalam kalangan mereka yang suka melancong. Yang paling penting, Traveloka merupakan syarikat yang diiktiraf dan beroperasi 24jam setiap hari.

flight schedule, jadual penerbangan kl ke phuket, flight ke phuket, kekerapan flight
kekerapan flight KL-Phuket setiap hari
Selain itu, tips jimat dari Traveloka bukan sahaja tertumpu kepada carian tiket flight semata-mata tauu tapi korang juga boleh melakukan carian hotel untuk menginap di sekitar Phuket sepanjang percutian korang. Just masukkan details berapa lama korang nak stay dekat Phuket, berapa orang dan search hotel. 

Banyak sangat hotel yang Traveloka bandingkan sampai tak tahu nak pilih yang mana. Lagi best bila kita buat carian, boleh filter nak range harga hotel dari berapa ringgit, boleh juga nak tengok hotel berpandukan star rating, kemudahan-kemudahan lain seperti swimming pool, wifi dan boleh filter terus yang kita nak hotel mewah atau hotel bajet sebenarnya! Senang, kan? tak perlu risau lagi kalau search tiba-tiba keluar hotel yang mahal sampai beribu-ribu satu malam, terperanjat jugak kita nanti sebab terlari jauh dari bajet. Kan tak pasal-pasal niat bercuti ke Phuket terbatal sebab tak filter dulu. hihi.

perbandingan hotel, hotel di phuket, best deal hotel, traveloka bagus
Perbandingan hotel di Phuket
Traveloka is so good, korang! Kita tak perlu lagi nak cari hotel di website lain satu persatu. Traveloka sangat memahami kita yang selalu sibuk dan penat, kadang-kadang balik kerja tak sempat dah nak buka pelbagai website. Justeru, tips percutian jimat dari Traveloka lebih memfokuskan kepada penjimatan masa untuk mencari tiket flight dan hotel di Phuket dengan best deal! Bukak satu website je dah boleh settle dua perkara penting bila travel ke Phuket. Aira memang suka Traveloka!

So korang ape tunggu lagi? Layari Traveloka untuk melancong ke destinasi idaman okeyy! 😋


26 comments:

  1. Tapi kalau macam ira dari ganu nak ke kl ke phuket. Aduhhh bajet dah tak jimat pulak hahaha. Untung yang mana tinggal kl. Memang jimat sakan.

    ReplyDelete
  2. Wow tips melancong ke phuket best tu.. Nak.kena rancang betul2ni.. Terima kasih aira share tips ni..

    ReplyDelete
  3. Aah emi pun perasan traveloka ni menjimatkan klu nak book hotel atau tiket flight. Sbb tu selalu beli melalui traveloka. Dah la dorg selalu bg dicsount code. Nak lg jimat, guna apps traveloka. Kat situ kdg2 lg byk discount blh dapat

    ReplyDelete
  4. Nak kena selalu tengok2 kalau nak kan best deal. Kena elakkan musim perayaan atau cuti sekolah. Kalau travel hari biasa murah sikit. Tapi tu lah kalau hari biasa, anak pulak sekolah.

    ReplyDelete
  5. Nak bercuti juga. Lama tak cuti panjang.

    ReplyDelete
  6. Jimat betul ni boleh try nanti kalau nak pergi Phuket lagi!

    ReplyDelete
  7. Betul memang jimat time dan save cost guna traveloka ni. I pun suka

    ReplyDelete
  8. okay. dah boleh book dah nak pergi Phuket ni. Thanks for the info :)

    ReplyDelete
  9. Baru hari tu bukak website ia. Banyak gila promo. And saya baru install apps dia. Orang kata lagi banyak promo dekat apps. Tapi tak habis godek lagi

    ReplyDelete
  10. Memang jimatlah kalau booking ticket dekat Traveloka. Sekarang Chinese New Year mesti tngah promosi

    ReplyDelete
  11. eh doa lah kitaorang next year kaya raya memang nak melancong satu dunia dalam planning ni. menarik tau i memang target akan survey traveloka kalau nak melancong ke mana mana ehh lagi murah lagi bermakna huhuhuh

    ReplyDelete
  12. kalau lah dapat menang hadiah ke seoul korea tu.. alaangkah bertuahnya rasa.. dapat bawa harraz n hubby ke korea pi jalan jalan rehatkan minda..

    ReplyDelete
  13. amboi banyak nya dia wishlist XD. kalau aka pun kalau boleh nak la melancong satu dunia Jika Allah izinkan

    ReplyDelete
  14. I like travel with traveloka. Low Price and you get to stay a good hotel and buy affordable flight ticket. will continue use traveloka.

    ReplyDelete
  15. Seronoknya dapat jalan-jalan. Kita kena tunggu suami free baru boleh pergi. Hukhuk. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  16. Belum pernah lagi cuba Traveloka ni...nanti nak cuba jugak lah, mana tahu kot2 dapat yg paling terbaik pulak kat Traveloka ni

    ReplyDelete
  17. Traveloka ni memang terbaik. Antara yg termurah. Memang bleh jimat. Saya dari KL Pun kena plan Elok-Elok. Kalau takkkk. Jenuhhh

    ReplyDelete
  18. Traveloka ni memang bagus ... pernah try dan sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan

    ReplyDelete
  19. Wah bagusnya mmg ada plan nak pergi phuket..wish me luck yea.

    Traveloka memang terbaik sekali... Murah dan jimat.

    ReplyDelete
  20. so good, i can do all research at once!
    so happening and fun at phuket!

    ReplyDelete
  21. Seronoknya pi travel oversea ni..anak kita kecik lg nak berjalan :(

    ReplyDelete
  22. Rindu nk ke Phuket lagi.. tempoh hari pergi, xpuas sangat hahahah

    ReplyDelete
  23. Antara website pelancongan yg sering dikunjungi jika nak travel...

    ReplyDelete
  24. anak no 2 suka betul iklan Traveloka

    ReplyDelete
  25. menggugat keimanan nii.
    tgu anak besar skit boleh plan dengan traveloka.
    untuk skang kita by car sahaja.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)