Resepi Mee Goreng Versi Sedap

Assalamualaikum. Hai 😊

harini aira nak share resepi mee goreng versi sedap memandangkan setiap kali buat, semua menjilat pinggan ada baiknya share resepi, kot2 ada yang baru nak belajar masak mee goreng untuk pikat encik suami. hehe.

mee goreng, mee goreng sedap, mee goreng padu, mee goreng aira, mee goreng mudah

Bahan-bahan:
  • bawang putih 3-4 ulas
  • bawang besar sebiji
  • cili giling 2 sudu
  • isi ayam (optional udang atau sotong atau fishball atau fishcake)
  • sos tomato 2 sudu
  • sos cili 2 sudu
  • sos tiram 2 sudu
  • sos ikan 1 sudu
  • kicap
  • mee satu plastik
  • sayur-sayuran

Cara-cara:
  1. Tumis bawang putih + bawang besar (blend) sampai pecah minyak
  2. Masukkan cili ciling, tumis lagi sampai pecah minyak
  3. Masukkan isi ayam dan fish cake diikuti dengan semua jenis sos dan kicap, masak sehingga pecah minyak
  4. Masukkan air 1-2 cawan kemudian perasakan dengan garam (ikut suka kita samada nak jenis mee basah atau biasa-biasa je). Lagi best kalau gantikan air tu dengan stok udang atau stok ayam.
  5. Masukkan mee dan sayur. done!
Tips: masak lah apepun, pastikan pecah minyak dan sedikit garing, confirm sedap berganda!

7 comments:

  1. wah... sedapnya makan mee goreng masak sdiri pg2 ni.... akak membesar dgn mee kuning kue teou....

    ReplyDelete
  2. Adumak untung encik suami aira. Eh 😜

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak...lama dah tak makan mee goreng

    ReplyDelete
  4. belom breakfast ni tengok mee goreng ni terus lapar!haha

    ReplyDelete
  5. Wow sedapnya.. mama.mmg suka mee goreng macam ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)