Assalamualaikum. Hai 😊
Aira nak memperkenalkan sebuah sekolah baru yang pernah aira jejak awal bulan Januari haritu. Maahad Tahfiz al-Qur'an Darul Saadah Lilbanat (MTAQDS) baru sahaja dibuka pada tahun 2018 dengan pengambilan pelajar tingkatan satu seramai 61 orang. So, disebabkan mereka belum ada senior, aira salah seorang fasilitator yang datang menguruskan mereka.
Actually, MTAQDS pada asalnya sebuah SMU (A) Darul Saadah sejak tahun 70an lagi tetapi atas sebab-sebab tertentu, SMU (A) tersebut terpaksa ditutup. Dengan beberapa inisiatif dari pihak kerajaan negeri dan orang setempat, maka tertubuhlah MTAQDS selepas 7 tahun bangunan SMU (A) lama menyepi.
Actually, MTAQDS pada asalnya sebuah SMU (A) Darul Saadah sejak tahun 70an lagi tetapi atas sebab-sebab tertentu, SMU (A) tersebut terpaksa ditutup. Dengan beberapa inisiatif dari pihak kerajaan negeri dan orang setempat, maka tertubuhlah MTAQDS selepas 7 tahun bangunan SMU (A) lama menyepi.
![]() |
tempat perhimpunan |
![]() |
lokasi MTAQDS |
![]() |
pintu utama MTAQDS |
![]() |
kantin/dewan makan |
![]() |
makmal jahitan |
![]() |
bilik memotong kain |
Apa yang istimewanya tentang MTAQDS ini ialah ianya merupakan sekolah tahfiz pertama di Malaysia yang menggabungkan hafazan dan kemahiran dalam pembelajaran selama lima tahun. Kebiasaannya, tahfiz digabungkan dengan aliran sains tapi kali ini idea baru telah diperkenalkan iaitu penggabungan antara tahfiz dan kemahiran bagi perempuan. Kemahiran yang disediakan adalah dalam bidang kulinari dan jahitan. Guru bagi subjek kulinari dan jahitan juga antara guru yang berpengalaman dalam bidang tersebut.
Kelengkapan makmal kulinari dan jahitan pun sangat lengkap! Pihak sekolah turut menyediakan mesin jahit serta peralatan memotong, begitu juga dengan makmal kulinari yang sudah lengkap dengan oven dan sebagainya. Kalau aira masuk form one balik aci tak? haha. best kot dapat belajar masak-masak ni 😂
Cuma for now, bangunan sekolah dan asrama benar-benar cukup menampung lebih kurang 70 orang sahaja. So, kerja pembangunan akan dilakukan dari masa ke semasa untuk menampung lebih ramai pelajar pada tahun-tahun akan datang.
![]() |
form one intake 2018 |
semoga Allah memberkati MTAQDS dan seisinya 💛
Terbaiklah aira. Moga info bermanfaat kepada yang memerlukannya. All the best :)
ReplyDeletemacam tak percaya pulak ada.. ada ehh aira hii
ReplyDeletewahhh best ek..
ReplyDeleteBagusnya ada yang macam ni..
ReplyDelete