Tips Memilih SPF yang Sesuai untuk Kulit Muka

Assalamualaikum.

Hai korang! Aira kembali dengan topik kecantikan. Apa itu SPF? korang mesti pernah dengar kan? sebab mostly sekarang kalau produk make up, Foundation, BB cushion dan lain-lain kebanyakannya claim mengandungi SPF.  Penting sangat ke SPF?
apa itu spf, penting ke spf, maksud spf, spf yang baik
Jawapannya ialah yes, SPF sangat penting! SPF stand for 'Sun Protection Factor' untuk melindungi kulit kita dari sinaran UV. SPF juga penting untuk mengelakkan pembiakan jeragat. Makin tinggi SPF, makin kuranglah UV yang terkena pada kulit kita. SPF yang sering disarankan untuk kita pakai bila keluar dari rumah ialah antara SPF 15-50. Tapi kenapa  adanya SPF berbeza-beza?
apa itu spf, peratusan spf, spf guide
Antara sebab adanya SPF yang berbeza-beza ini adalah untuk membezakan peratusan sinaran UVB yang terkena pada kulit. Semakin tinggi kadar SPF yang kita apply dekat kulit, semakin banyak peratusan sinaran UVB yang akan ditapis. Contohnya, SPF 50 blocks lebih kurang 98% sinaran UVB. 
apa itu spf, penting ke spf, spf yang sesuai untuk kulit muka
Table of skin type and SPF
Selain itu, SPF yang berbeza-beza ini juga kerana bergantung kepada kulit setiap individu. Sekiranya kulit anda biasanya burn atau terbakar selepas 10 minit di bawah sinaran matahari, maka SPF 15 membantu untuk tidak terbakar selama 15 kali lebih lama (150 minit), SPF 30 selama 30 kali lebih lama, dan begitu juga SPF yang lain. Boleh rujuk gambar di atas untuk tengok tahap kulit kita dan kesesuaian SPF kepada kita (sumber). 

Aira pun baru je ada kesedaran pakai sunblock ni, dulu ingatkan pakai sunblock bila pergi pantai je. haha. Tapi sekarang memang dah apply sunblock setiap kali keluar rumah. Favourite sunblock aira ialah Biore UV Perfect Milk.
spf best, sunblock best, biore uv spf 50, best sunblock, sunblock murah
Biore ni bagi aira sangat best, tak berminyak bila apply. Boleh dapatkan di drugstore Watson atau Guardian. Harga RM32 tapi aira beli waktu promosi, RM20 lebih je. Korang pakai sunblock brand apa?


5 comments:

  1. Memang elok pakai sunblock sebab perasan kulit ira sekarang parut jerawat degil dan jerawat dah jarang nak timbul. hehe

    Ira pun dah amalkan pakai sunblock sejak tahun lepas, tapi tak faham pasal table skin tu lah tiap satu jam tu nak kena apply spf yang berbeza ke? Ira just apply SPF 30 je (nak habiskan punya pasal).

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam ni, maksudnya kalau nak keluar rumah for 5 hours, pakai yang spf 50 so tak perlu nak re-apply banyak kali. hehe

      Delete
  2. good info..kalau jenis tak tau main bedal jek pakai spf berapa pun hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)