Assalamualaikum.
Hai korang! Siapa penggemar tegar Domino's? Haa, ni nak bagitau, Domino's sedang menjalankan kempen Jalan Jalan Cari 100 Piza. Semalam aira dan team blogger pantai timur serta beberapa orang ahli dari team KBBA dijemput untuk memeriahkan lagi kempen Jalan Jalan Cari 100 Piza di Kubang Kerian.
Jalan Jalan Cari 100 Piza merupakan sebahagian daripada usaha Domino's untuk mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan dan peminatnya. 100 orang pertama yang hadir pada jam 3-4 petang diberi peluang menikmati piza saiz personal secara percuma dan menyertai pelbagai aktiviti Domino's Piza antaranya permainan teka-teki dan Cheese Tarik Challenge. Pengunjung yang berjaya dalam aktiviti tersebut diberikan hadiah berbentuk voucher!
Pengunjung yang hadir ke Domino's Piza Kubang Kerian beratur seawal dari pukul 2.10 petang lagi. Semua pengunjung bersemangat dengan tawaran hebat dari Domino's ni. Alhamdulillah, tahniah juga Domino's kerana dengan inisiatif dan idea unik ini dapat menggembirakan hati para peminat setia piza!
Domino's juga memperkenalkan beberapa menu baru antaranya Cheddar Cheese Tarik Crust, Mozarella Cheese Tarik Crust dan Cheesy Four. Semuanya adik beradik cheese. Penggemar Cheese wajib cuba! Memang teramat sedap makan panas-panas pastu tarik panjang-panjang! hihi 😁
![]() |
cheesy four |
![]() |
Tropical Sambal Prawn |
![]() |
Spicy Sambal |
Aira sememangnya suka Domino's piza! Thanks again Domino's! By the Way, Inisiatif Jalan Jalan Cari 100 Piza dari Domino's Pizza memberikan 100 piza personal secara percuma di kedai-kedai terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia berlangsung mulai dari 13 Januari hingga 3 Februari 2018. Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi akan datang, lawati laman Facebook Dominos's di https://web.facebook.com/DominosMY/. Jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan piza percuma!
Untuk maklumat lanjut mengenai Domino's Pizza Malaysia dan promosi lain serta sebarang pesanan online, boleh ke https://www.dominos.com.my/ atau hubungi 1300-888-333.