Assalamualaikum.
Review Pore
Purifying Serum Cleanser | Hai, semoga korang baik-baik selalu! Disebabkan aira
dah addicted dengan produk kecantikan korea, so kebanyakan aira share dekat
blog haruslah tentang review produk Korea. Hihi. So, ini salah satu entry
tentang K-Beauty product review iaitu Pore Purifying Serum Cleanser. Pada
mulanya, baca nama produk pelik juga sebab gabungan serum dan cleanser? Apa
akan jadi? Stay tuned and baca sampai habis okey!
About the
product:
1. Ph Balance
Level ph 5.5 – 6.5, bagus untuk dapatkan kulit yang sihat.
2. Perfect Cleansing Solution
Membersih kulit muka secara mendalam (deep cleanse) dan mampu
menanggalkan make-up secara berkesan.
3. Dual Moisture Cell System
Selepas mencuci muka, formula serum yang ada dalam Pore Purifying Serum
akan mengekalkan kelembapan pada kulit.
4. Exfoliate dead skin
Membuang sisa kulit mati dengan kebaikan pure mint extract dan membantu
meminimakan pembukaan pori.
Ingredients:
Water, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Cyclomethicone, Isononyl Isononanoate,
Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf
Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Mentha Arvensis Leaf Extract,
Glycerin, Citric Acid, Hydroxyacetophenone, Disodium Edta, Ethylhexylglycerin,
Sodium Citrate, Butylene Glycol, Fragrance
How to use:
Ada dua cara untuk menggunakan pore purifying serum
cleanser:
1. Menanggalkan make-up
Tuangkan sedikit pore purifying serum
cleanser di tapak tangan, urut di bahagian muka dengan circular motion untuk
menanggalkan make-up dan bilas muka dengan air bersih. Then, boleh guna water
based cleanser jika perlu.
Tuangkan sedikit pore purifying serum
cleanser di tapak tangan, urut di bahagian muka selama 5-10 saat dan bilas
dengan air bersih.
Honest Review:
Actually,
lepas baca details, baru lah aira tahu bahawa Pore Purifying Cleanser ialah
water and oil based cleanser. Normally, aira jumpa water based and oil based
cleanser secara berasingan, so this product dah gabungkan kedua-duanya! Macam
agak menarik lah jugak!
Aira dah
try untuk kedua-dua cara; tanggalkan make-up dan mencuci muka. Memang patutlah
dinyatakan salah satu fungsinya adalah untuk tanggalkan make-up sebab memang
sangat berkesan. Yang aira suka, bila urut untuk tanggalkan make-up di bahagian
mata, lepas buka mata, tiada kesan pedih atau blur effect. Aira pernah guna
cleansing oil yang lain sebelum ni, kalau nak bersihkan mascara memang akan
blur kejap mata bila buka sebab terkena mata. Tapi this one, Alhamdulillah so
good!
Cara kedua
sebagai pencuci muka best jugak sebab selepas bilas, memang kulit rasa lembap
sangat dan tak rasa tegang dan ketat langsung! Tapi, lepas aira guna pore
purifying cleanser, aira tetap akan guna water based cleanser untuk make sure
pori betul-betul bersih. Aira suka bila cuci muka tak rasa tegang ni sebab
kulit muka aira sangat sensitif kalau guna cleanser yang boleh buat kulit muka
terlalu tegang (normally kalau jenis pencuci muka yang berbuih). By the way, pore purifying cleanser ada bau sebenarnya, wangi, tak kuat sangat, just okey la.
Overall,
aira approved pore purifying cleanser sebagai salah satu skincare routine sebab
sesuai dengan kulit sensitif aira, no irritation, side effect atau break out!
Alhamdulillah, feeling so good!
Sesiapa
yang berminat untuk cuba this good product dari Althea, boleh dapatkannya di
Althea.kr
#AltheaSerumCleanser #AltheaAngels #AltheaKorea