Trip to Krabi and Hat Yai 3D2N

Assalamualaikum. Hai 😊

Yeahh hello everyone! aira baru saja pulang dari jalan-jalan cari makan di Krabi dan Hat Yai. saja menjelajah sempena cuti sekolah (acah macam budak sekolah 😂). Menjelajah dengan kereta sahaja, konvoi 2 buah kereta. Kitorang masuk melalui sempadan Bukit Kayu Hitam.

Trip to Krabi and Hat Yai 3D2N
sempadan Bukit Kayu Hitam
Pengalaman yang aira taknak lalui lagi. stuck dekat sempadan nak masuk ke Thailand for almost 2 hours and 15 minutes since 10.40am. Oh my God! serius penat wehhh duk dalam kereta je. Bosan. kenapa lama sangat? aira pun tak sure lah, mungkin sistem Thailand kurang elok berbanding Malaysia yang everything scan je. so, #sistabah. Aira pernah masuk Thailand sebelum ni tapi melalui sempadan Golok, kejap je untuk penyerahan keperluan kereta. memang berbeza sangat masuk melalui Golok dan Bukit Kayu Hitam. Nightmare! hahaha 😂

Trip to Krabi and Hat Yai 3D2N
lunch di Sakura Premium
so, after long waiting in the car, kitorang terus ke Hat Yai, cari makan dulu sebelum bergerak ke Krabi. perjalanan dari Hat Yai ke Krabi lebih kurang 300km, so estimate maybe dalam 3-4 jam. Tapi entah kenapa bila drive tu jauh sangat rasanya. macam dah tak larat nak tekan minyak. haha. Mungkin sebab aira drive sendiri atau mungkin juga sebab jalan tak biasa kita lalui.

Trip to Krabi and Hat Yai 3D2N
Cozy Place, tempat penginapan
so, sampai Krabi dah lewat petang dalam pukul 6 rasanya. Terus cari hotel (dah booked awal) and naik rest kejap sebelum turun cari makan malam. Kami cari hotel bajet je sebab datang ramai kan, so hotel yang terpilih ialah Cozy Place. Not recommended. Sebab nak check in punya lah lama padahal bilik kita booking awal. Then, bilik tingkat 4 dan tiada lif. ermmm. kudrat muda macam aira memang lah okey. Tapi kalau mak aira memang tak berapa nak larat la naik tangga. Jarak ke AoNang Beach just nice, 800m boleh jalan kaki bersiar-siar. Sebenarnya semakin dekat hotel kita dengan pantai, semakin tinggi harganya so kalau nak tengok other hotel, boleh baca SINI, aira ada review hotel best.

Trip to Krabi and Hat Yai 3D2N
pelbagai pilihan pancake

Trip to Krabi and Hat Yai 3D2N
Chocolate Banana Pancake

Trip to Krabi and Hat Yai 3D2N
muslim street
lepas rehat kejap dekat bilik, kitorang turun jalan-jalan cari makan area muslim street. macam-macam ada ye, dari makanan berat hingga makanan ringan. paling best di Krabi? Pancake! yes pancake memang pelbagai perisa, banana chocolate, banana nutella, mango susu dan lain-lain. memang sangat nikmat lah makan pancake ni. entah berapa biji kitorang makan, banyak sangat!! harga satu pancake normally 40-60 baht sahajerrr. wajib cuba okey!

Trip to Krabi and Hat Yai 3D2N
breakfast
The next day, kitorang jalan-jalan je sambil cari breakfast. untuk breakfast, gerai kak Mai je yang bukak so makan lah kami di situ. Kak Mai asal Kelantan tapi husband dia orang Thai so dia dah berhijrah lebih kurang 30 tahun. makanan okey dari segi harga dan rasa tapi ayam goreng memang sedap!!

Trip to Krabi and Hat Yai 3D2N
on the way to AoNang Beach

Trip to Krabi and Hat Yai 3D2N
AoNang Beach

Trip to Krabi and Hat Yai 3D2N
me @ AoNang Beach
kami ke Krabi kali ni memang tak pergi pulau pun. its not the main reason kami ke sana. saja suka-suka kenal tempat. lagipun my sister dah pernah ke pulau so dia taknak. kira aira datang macam nak melawat kawasan gitu sebab ada perancangan nak holiday sana tahun 2018 dengan kawan-kawan, in shaa Allah. kalau tak pun, untuk honeymoon entah tahun bila, ameen. hahaha 😝

Next story to Hat Yai will be continued..

p/s : entry tentang tips aira akan update lepas habis semua story ni, okey? stay tuned! 😗




4 comments:

  1. Pernah ke Krabi dengan flight je. tak pernah drive. nampak macam seronok gak drive ke sana (kecuali part jamm 2jam tu)..next trip nak kena try drive/ride ke sanalah - JMR23

    ReplyDelete
  2. bestnya! nak g jgk tp kt pantai timur pun tak habis jejak lagi..haha..sadis

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaa Krabi rindu sangat.. Rindu makanan sana, pancake tomyam dan lain lain
    Seronok Thai nak jalan jalan sesuai dengan tekak makanan sana.. hihi

    ReplyDelete
  4. aduhai nak masuk jalan jem macam tu memang terganggu sikit mood dan perjalanan kan.. tapi seronok dapat pengalaman memandu di negara orang. CT pun rasa teringin nak ke Hatyai since da senang nak pergi dari Penang.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)