Resepi Blueberry Cheese Cake

Assalamualaikum. Hai 😊

sekarang tengah viral jugak tentang resepi cheese cake menggunakan 3 bahan, kek coklat 3 bahan dan sebaginya. aira belum cuba lagi semua tu, nanti lain kali lah kot. hehe. aira akan share resepi cheese cake tapi menggunakan beberapa bahan yang mudah saja. baca sampai habis tau kalau teringin nak buat dan makan yang sedap hasil tangan sendiri 😉

blueberry cheese cake
cheese cake
Bahan-bahan:

{Adunan A}

1) 250g cream cheese (tatura atau anchor - lagi sedap)
2) 100ml susu segar
3) 70g castor sugar
4) 50g mentega
5) 150g yogurt asli
6) 1 sudu pes lemon (perahan lemon)
7) 6 biji telur kuning gred A
8) 80g tepung kek

{Adunan B}

1) 70g castor sugar
2) 6 biji putih telur
3) 1/4 sudu teh krim tartar

blueberry cheese cake
cheese cake
Cara-cara:

1) masukkan cream cheese, susu, castor sugar dan mentega. masak secara double boiler (atas air panas), kacau sebati kemudian masukkan yogurt, pes lemon, telur kuning. kacau sehingga sebati lagi dan sejukkan. 

2) mesin bahan adunan B selama 7-8 minit. 

3) masukkan tepung ke dalam bahan adunan A yang telah disejukkan. kacau sebati. kemudian masukkan adunan B dan kacau lagi sehingga sebati.

4) masukkan dalam loyang. bakar secara double steam (letak loyang kek dalam air) selama 1 jam 20 minit, suhu 180.

blueberry cheese cake
 bahan adunan B

Dah siap bakar, letak topping blueberry. makan tanpa topping pun best tau!

blueberry cheese cake
blueberry cheese cake

blueberry cheese cake
blueberry cheese cake
selamat mencuba!

12 comments:

  1. rajinnya aira haha sha asyik salin resepi je buat tak jugak T.T

    ReplyDelete
  2. Sedapnya . Bahan-bahan pun mudah cari . Teringin jugak nak buat sendiri kek cheese ni . Kalau guna tepung biasa boleh ke

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaaaaa

    hi jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  4. meleleh tengok hii .. lama dah tak buat cheesecake simple camni kan

    ReplyDelete
  5. zue! bila aku nak merasa air tangan mg ni? huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. uII BEST SANGAT NIIII..
    Thank you sharing

    ReplyDelete
  7. wahhh sedapnya..nnt try buat senang je..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)