Assalamualaikum. Hai 😊
sekarang aira banyak layan movie. no more drama korea sebab penat nak marathon berpuluh-puluh episod. Top 3 movie pilihan aira ialah:
The Man From Nowhere mengisahkan tentang seorang lelaki yang anti-social, didekati oleh seorang kanak-kanak perempuan. Tiba-tiba kanak-kanak tu hilang dan dia mula mengesyaki sesuatu. Review penuh aira ada up entry dekat SINI. This movie pun wajib tengok! aira rate 9.8/10. kalau mudah tersentuh, boleh nangis tengok cerita ni sebab aira ada recommend dekat sorang ni, end up dia menangis sebab sedih sangat 😃
1) Midnight Runner
![]() |
source: google image |
Midnight Runner ialah movie baru yang dibintangi oleh Park Seo Joon dan Kang Ha Neul. Secara ringkasnya, ia menceritakan tentang dua orang ahli baru akademi polis yang cuba menyelamatkan sekumpulan gadis yang diculik oleh penjenayah (penjenayah menggunakan gadis-gadis ini untuk sindiket penjualan ovum mereka). aira rate 10/10. memang best sangat! kelakar but at the same time penuh action. rugi kalau tak tengok!
2) The Man From Nowhere
![]() |
source: google image |
3) The Flu
![]() |
source: google image |
The Flu menceritakan tentang satu wabak yang merebak di Korea akibat kedatangan pendatang asing. Soo-Ae seorang doktor, mula mencari penawar kerana anaknya turut dijangkiti wabak tersebut. Cerita ni banyak suspens. review penuh dekat SINI. aira rate 8/10. recommended!
selamat menonton!