Tasweer.arts | Photographer Based on Kelantan and Kedah

Assalamualaikum. Hai 😊

Tasweer.arts | Photographer Based on Kelantan and Kedah | Happy sunday guys! Semoga sihat walafiat ye semua. Hari ni aira dah masuk kerja balik setelah bercuti selama seminggu sempena majlis konvokesyen. hehe. Aira ada share post konvokesyen di SINI dua hari lepas dan ada maklumkan yang aira ada menggunakan khidmat photographer bagi pre-convo.

Terjebak jugak dengan frasa pre-convo memandangkan zaman serba moden sekarang ni, boleh dikatakan semua orang ber'pre-convo'. Dan mostly mereka yang pre-convo menggunakan khidmat photographer. sekali lagi aira terjebak untuk mengambil photographer for the best shot! haha. lagi pun, kalau guna photographer ni senang dan sangat mudah, mereka dah ada idea gaya apa yang perlu kita buat. so jangan risau lah kalau korang jenis kayu and bukan photogenic sebab semestinya di dalam gambar anda tak akan nampak kayu sama sekali! Jangan risau, okey?

So kali ni aira akan memperkenalkan photographer yang menjadi pilihan hati untuk photoshoot pre-convo iaitu tasweer.arts.  Aira memang suka tengok koleksi gambar tasweer.arts, sangat kemas, sweet dan cantik! Pemilik tasweer.arts dikenali sebagai Umar. Aira kenal umar sebab dia husband kepada jiran depan rumah, Fatiah (my childhood friend). So, aira roger dua hari sebelum tarikh shooting sebab perasan kereta diorang ada dekat parkir rumah. Alhamdulillah, tarikh yang aira nak masih available. yeayyy!

hajat utama nak shooting untuk diri sendiri dekat kawasan rumah tapi lain pula jadinya sebab tiba-tiba teringat lagi seronok kalau shooting dengan nenek dan anak buah yang tak dapat pergi ke Majlis Konvokesyen kan? lagipun, macam segan nak photoshoot seketul diri ini. haha
photographer
me and my grandma

photographer
me and my mom

photographer
me and my father

photographer
family 💛

tasweer.arts bukan sahaja menerima tempahan shooting untuk konvo sahaja tetapi aktif shooting untuk majlis perkahwinan dan lain-lain. setahu aira, tasweer.arts mengambil tempahan shooting di kawasan Kelantan, Kedah dan kadang-kadang di Selangor dan Kuala Lumpur. Untuk sebarang pertanyaan dan hasil gambar-gambar yang lain, boleh  ke instagram : https://www.instagram.com/tasweer.arts/

have a nice day!


9 comments:

  1. wah... nive sharing... seronoknya aira... bila la akak nak rasa pakai jubah konvo ni... hehe... doakan akak ye...

    ReplyDelete
  2. cantiknya gambar! nampak berseri sangat gambar

    ReplyDelete
  3. So sweet of you dear. Congrats Aira :)

    ReplyDelete
  4. cantik gbr dia! boleh belajar composition dri photographer lain. :)

    ReplyDelete
  5. congrats aira. nenek pun konvo jugak :)

    ReplyDelete
  6. wahh..patut cantik gambar.Ada photographer aira

    ReplyDelete
  7. gambar yang ditangkap semua cecantik. berbaloi :)

    ReplyDelete
  8. Cantik gambarnya....

    Rindu nak berkonvo balik... Tapi, otak dah tepu dah

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)