Padi Box Homestay, Sekinchan

Assalamualaikum. Hai 😊

Good morning guys! Minggu lepas, selepas majlis konvokesyen (cerita konvo dekat SINI), aira pergi bermalam di Padi Box Homestay dengan kawan-kawan sebelum tunggu hari konvokesyen fakulti. Padi Box Homestay terletak di Sekinchan, Kuala Selangor. Padi Box Homestay terletak di kawasan sawah padi berkonsepkan kontena. Perjalanan dari Bangi ke Sekinchan mengambil masa hampir dua jam dan sebenarnya homestay ni tidak jauh dari jalan utama (ingatkan jauh masuk bendang dan jauh dari rumah orang, haha).

padi box homestay
depan Padi Box

kami sampai di Padi Box jam 2.45 petang dan terpaksa menunggu di dalam kereta sebab waktu check in pukul 3.00 petang, memang tak boleh nak check in awal sikit. huhu. First impression waktu sampai dekat sini sebenarnya tak berapa teruja sebab rasa macam tak sama dengan gambar. haha. Maka, kami melayan rasa sedikit kuciwa dengan tidur di dalam bilik πŸ˜†

bilik padi box
bilik untuk 4 orang
source google image
Kami pilih bilik di tingkat atas sebab pemandangan lebih cantik dan menarik. Disebabkan konsep kontena, so kita kena pasrah la dengan keadaan bilik yang kecik. hihi. Walaupun bilik kecil, tandas boleh tahan besar jugak. so bagi aira just nice lah dengan harga dan kelengkapan lain seprti towel dan sebagianya. Harga for 4 pax room RM158/night

padi box homestay
ke bilik tingkat atas

padi box homestay
ruangan santai

Bila keluar dari bilik sebelah petang, kekecewaan terhapus sebab view cantik sangat, sebab suasana petang kot. memang banyak port yang menarik untuk bergambar dengan keadaan awan mendung petang.


padi box homestay
cafe layan diri
Ruangan cafe


Padi Box Homestay juga ada ruangan cafe layan diri di tingkat atas, seriously cafe ni memang lawa dan menyediakan kelengkapan asas, berfungsi 24jam. tetamu boleh duduk berbual sambil melayan je padi yang makin berisi makin tunduk πŸ˜†

Mengikut website padi box, beberapa aktiviti boleh dilakukan ketika bermalam di sana seperti melihat kelip-kelip, eagle feeding dan sky mirror. semua tu boleh berurusan dengan pihak mereka tapi kitorang pergi kelip-kelip sendiri saja sebab taklah jauh sangat dari padi box, around 30-40 minutes (nanti aira cerita di post yang lain okey)

Overall, bagi aira padi box ni just nice bagi mereka yang sukakan kehijauan dan selfie. lol. memang banyak port yang menarik even kontena yang warna-warni pun cantik sangat tau untuk dijadikan background.

That's all, Have a nice day!


31 comments:

  1. kat sekinchan je rupanya. cafe dia kalau tak menginap pun boleh pergi kan?

    ReplyDelete
  2. Cafe sini ada dua, satu dalam pagar (yang ni memang khas untuk tetamu) dan lagi satu kat luar (ala ala makan dalam bas, yang ni semua boleh masuk kalau tak silap) 😁

    ReplyDelete
  3. cantik view die. just nice laa kan, harga macam tu. Nasib view lawa, hehe.

    ReplyDelete
  4. cntiknye lahaiii..
    ade peluang nt boleh la merasa duk padi box homestay ni..

    ReplyDelete
  5. selalu lalu tapi tak pernah rasa nak menyinggah. Ada nampak jugak dalam dia macam mana sebab ada drama nana berlakon shooting kat sini

    ReplyDelete
  6. macam best je kontena homestay ni..kalau kat sini, Muar..kontena ni diorng jadikan cafe :)

    ReplyDelete
  7. comelnya bilik dia. kita suka hehe

    ReplyDelete
  8. Weeehhhhhh!!!! cantik gile zue! aku dah nak tanya mg sejak nampak post mg di ig lagi!

    ReplyDelete
  9. Cantiknya view dari dalam bilik tu. Nampak menghijau je sawah padi. Aish, kena plan pi sini sekali nI. Tenangkan fikiran

    ReplyDelete
  10. Nampak cantik je dalam gambar. Apa yang tak best ek kat sana? Hehe. Btw, view sawah padi tu menarik. Bila tengok gambar teringin nak pegi.

    ReplyDelete
  11. Dah sampai ke sini tapi takla tido. Cuma tengok view je. Serius memang cantik.

    ReplyDelete
  12. Tengok gambar nampak menarik je..tapi tak berani lah nak gi sb uoll kata tak teruja. Kalau setakat nak tangkap gambar boleh lah kot ke sana...:D

    ReplyDelete
  13. cantiknya view dia! harga pun okay utk 4 orang

    ReplyDelete
  14. syoknyer.... tenang je mata memandang sawah padi...

    ReplyDelete
  15. Wahhh tak sangka ada tempat macam ni. Nanti bleh plan ke sana.

    ReplyDelete
  16. Salah satu lokasi yang ingin dilawati... dah masuk checklist, tapi tak tahu bila nak perginya..... Cuma, baru-baru ini ada gak lepak berdekatan dengan tempat ini. Just nak ambil gambar dengan sawah padi je hahahaha

    ReplyDelete
  17. Ya Allah. Cantiknya pemandangan. InsyaAllah next vacation nak ke sini plak. Mesti rasa tenang kan.

    ReplyDelete
  18. Menariknya..wahhh.. Lain dari yang lain kan..Mesti best tempat ni

    ReplyDelete
  19. Wahh best nyerr....dari dulu lagi dgr pasal ni..tp xde kesempatan nak pegi huhu

    ReplyDelete
  20. OMG Padi box ni kita pernah lalu nampak masa balik kg tapi tak pernah nak cuba menginap kat sini kalau tahu cantik mcam ni dalamnya memang kita pergi ok thanks share..

    ReplyDelete
  21. Cantik sgt view dia...
    Omgeee...
    Hopefully kt kedah pun boleh buat mcm ni

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. Suka tengok pemandangan sawah padi ni..anyway sekinchan mmg salah satu tempat dlm wishlist juga..kena g nnt..

    ReplyDelete
  24. First time tahu tentang Padi Box Homestay..
    Cantik sungguh pemandangan padi menghijau..
    Tak sangka lokasi di Sekinchan..

    ReplyDelete
  25. Masha Allah, cantiknya tempat nie.. Nak pegi bercuti kat sini la nanti.. Macam dekat jea..

    ReplyDelete
  26. Wah cantiknya homestay ni =) Kalau datang bandar baru bangi, bolehlah visit homestay saya pula... ^_^

    ReplyDelete
  27. Bestnya time korang datang time tengah menghijau haha. Tak puashati betul la. Next time nak kena pergi lagi kot. Actually before pergi tu tak terfikir pulak pasal padi tgh hijau ke tak..hahha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)