Elianto Compact Powder

Assalamualaikum. Hai 😊

Girls and barang make up tak pernah terpisah, even yang tak suka make up pun mesti ada bedak baby johnson nak tempek dekat muka tu. hehe. kalau tak letak pape dekat muka mesti rasa kosong kan? jarang yang naked face bebetul bila keluar rumah kecuali yang sememangnya ditakdirkan kulit flawless. so, harini aira nak share pengalaman aira sendiri menggunakan Mattifying Two Way Cake atau compact powder dari brand Elianto. mesti pernah dengar Elianto kan? Elianto merupakan satu produk kosmetik yang berasal dari Itali. Maksud Elianto itu sendiri ialah 'sunflower' dalam bahasa Itali. Sekarang, produk Elianto telah kukuh bertapak di Malaysia terutama di mall utama.

elianto

Compact powder ni sebenarnya barang pertama yang aira beli dari Elianto. kisahnya, aira sedang berjalan-jalan di KLIA sementara menunggu departure time pastu masuk Elianto dan terbeli compact powder dan beberapa item lain. pandai promoter tu. hihi. but thanks to akak promoter sebab aira memang jatuh cinta dengan compact powder ni! Inilah satu-satunya compact powder yang aira pakai sampai habis dan re-purchase 😁

elianto
kenapa aira suka compact powder ni?
  1. Two Way Cake. Maknanya kita boleh pakai compact powder ni dengan dua cara samada secara wet  (dengan membasahkan span) untuk maximum coverage atau dry untuk medium coverage. Aira lebih suka pakai dry sebab nampak natural je!
  2. bekas yang elegen dan senang di bawa ke mana-mana.
  3. Mampu milik, RM39.90 sahaja
elianto
after 5 months
Lastly, aira memang suka this compact powder. Dan sebenarnya aira dah berjaya mempengaruhi kakak dan kawan untuk terjebak sama memakai ni. haha lol 😝 korang ada produk dari Elianto tak? share la, mana tahu aira teringin nak cuba yang lain pulak. And bagi sesiapa yang pernah menggunakan produk dari Elianto samada make up atau skin care, korang berpeluang memenangi hadiah bernilai RM180 dengan melalukan review di website http://eliantomakeup.com.my/ sehingga 15 November (esok) sahaja! Grab this chance!







18 comments:

  1. kita suka tengok org pakai beauty product.. mcm best je bedak ni. murah pun murah

    ReplyDelete
  2. Alamak x de la plak guna produk ellanto nie rugi2..hehhe..mmg sllu kosong je muka)

    ReplyDelete
  3. wah rabia pakai compact powder nutrimetics

    ReplyDelete
  4. elianto mmg best! kakak ak pun selalu beli produk elianto. huhu

    ReplyDelete
  5. macam menarik jer boleh cuba nanti ni

    ReplyDelete
  6. nice sharing.. belum pernah try lg jenama ni. busyra pakai pixy.

    ReplyDelete
  7. takpernah guna lagi tapi apa salahnya kalau nanti kita cuba kan hehe

    ReplyDelete
  8. suka masuk elianto sbb macam-macam barang makeup ada. murah pun murah

    ReplyDelete
  9. Mrs. A pun suka guna produk Elianto.

    Paling suka lip gloss, pencuci muka dan lipstik.

    ReplyDelete
  10. jmput singgah join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  11. selalu lalu dkt kiosk die tp egt mhal..so xsingghla..xsangka harga mampu milik.hehe.. bole la cuba.. compact powder mmw wajib pakai before keluar rumah.

    ReplyDelete
  12. Jemput join GA :)
    https://tinynasweet.blogspot.my/2017/11/giveaway-dhia-sumayyah-201117-141217.html

    ReplyDelete
  13. lama dah tak pakai produk elianto ni,hihi...

    ReplyDelete
  14. macam best je compact powder ni. Mai guna brand Silkygirl je :)

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  15. Tak pernah pakai produck elianto lagi untuk compact powder. Pernah beli perfume Elianto je. Wangi :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)