Assalamualaikum. Hai 😊
selamat pagi everyone!
Pertengahan bulan oktober lepas, aira ada place order dari website printcious.
itu pun setelah dihitung tak tahu nak bagi hadiah apa untuk si dia sempena
birthday bulan 8 haritu. haha dasyat betul aira mengambil masa untuk berfikir hadiah
untuk lelaki, pening fikir tau, complicated mengalahkan soalan spm! haha.
Tapi alhamdulillah, dengan
bantuan dan kemudahan di website printious, aira dah jumpa benda yang sesuai
untuk si dia mengikut citarasa dan karakter dia! Kenapa aira katakan mudah?
First of all, website
printcious sangat mesra pengguna. website ni telah meletakkan beberapa kategori
yang bersesuaian mengikut keperluan pengguna dan pembeli. contohnya kategori
'For Him', 'For Her', 'For Husband', 'For Wife' dan banyak lagi kategori lain.
Bagi pembeli yang mempunyai masalah seperti aira (masalah tak tahu hadiah apa
yang bersesuaian), maka wajib jenguk website printcious tau! Hadiah yang aira
tempah ialah bantal dengan tulisan seperti di dalam gambar.
'Good Morning, handsome'
perkataan simple tapi menarik! Cukup lah boleh buat si dia berbunga-bunga dalam
hati bila bangun tidur pagi. atau mungkin juga bantal ni boleh buat dia
berbunga-bunga di malam hari. hehe.
sebenarnya di website printcious kita
boleh mereka cipta design sendiri seperti meletakkan gambar dan perkatan-perkataan
hasil luahan hati di beberapa barangan lain seperti mug, keychain, t-shirt,
phone cases, button badges, puzzle, baby rompers, bag, caps, apron, lanyard,
luggage tags dan banyak lagi. Akan tetapi, aira memilih untuk menempah design
yang sedia ada sebab design yang macam ini pun sudah berkenan di hati, cuma
aira hanya perlu memilih warna kesukaan untuk dijadikan background. Aira pilih
warna hijau sebab si dia sukakan hijau. Tambahan lain, aira pernah baca satu
kajian yang mengatakan warna hijau mampu menjadikan mata segar dan nyaman.
Saiz bantal ni just nice. senang letak
bawah kepala atau boleh juga dijadikan hiasan dalam kereta. Bantal ni juga
jenis yang gebu gebas, sedap dipeluk dan material kain pun sejuk. Apa yang lagi
penting, sarung bantal ni boleh dibuka dan dibasuh tau! sangat mudah kalau
tiba-tiba tumpah air liur basi haha😝
Dari segi proses atau masa
penghantaran barang, ianya mengambil masa seminggu lebih sahaja. aira tempah 14
Oktober dan menerima parcel pada 26 Oktober. Alhamdulillah, sempat juga dengan
tarikh sebelum aira ke KL untuk hadiahkan kepada tuan punya badan. Nasib baik
dia suka hadiah kita bagi ni. hihi. Thank you printcious! so yeah, kalau korang
buntu dan mahukan hadiah yang sesuai untuk dijadikan hadiah, boleh layari
website printciuos: https://www.printcious.com/my
Cantik nyer bantal tu. Tentu yang menerima happpy sangatkan terima bantal tu....boleh oder ni buat hadiah untuk tang tersayang juga...
ReplyDeletehttp://yangunguitumanggis.blogspot.my/
comelll!
ReplyDeletedo follow blog nie..
ReplyDeleteala tomei nya.. bantal n dah tentu tuan blog...
comel
ReplyDeleteBestnya.. bangun pagi mesti senyum aje
ReplyDeletecomelnya bantal... kak ekin ada gak daripada printcious ni puzzle punya wow sangat menarik
ReplyDeleteHi... amer jalan2 sini dan follow blog yang cantik nih.
ReplyDeleteAMERZING | https://ameridzuan.blogspot.my/
aku pun baru je lepas order barang dari printcious. mggu depan mgkin dapat
ReplyDeleteberbunga2 la hati si dia dpt bantal ni :)
ReplyDeletesye pun nak book bantal pulak lah nanti. macam best je. hehehe
ReplyDeleteakk punya lupa nak beli kt printcious..huhuhu.Tengok emel..br perasan nora ade emel
ReplyDeleteAla En abang tu malu lak dapat bantal busuk ni hehehe lepas ni kita nak print jugalah untuk cover bantal kita. hehehehehe..
ReplyDelete