Bantal Comel dari Printcious.com

Assalamualaikum. Hai 😊

selamat pagi everyone! Pertengahan bulan oktober lepas, aira ada place order dari website printcious. itu pun setelah dihitung tak tahu nak bagi hadiah apa untuk si dia sempena birthday bulan 8 haritu. haha dasyat betul aira mengambil masa untuk berfikir hadiah untuk lelaki, pening fikir tau, complicated mengalahkan soalan spm! haha. 

Tapi alhamdulillah, dengan bantuan dan kemudahan di website printious, aira dah jumpa benda yang sesuai untuk si dia mengikut citarasa dan karakter dia! Kenapa aira katakan mudah? 

First of all, website printcious sangat mesra pengguna. website ni telah meletakkan beberapa kategori yang bersesuaian mengikut keperluan pengguna dan pembeli. contohnya kategori 'For Him', 'For Her', 'For Husband', 'For Wife' dan banyak lagi kategori lain. Bagi pembeli yang mempunyai masalah seperti aira (masalah tak tahu hadiah apa yang bersesuaian), maka wajib jenguk website printcious tau! Hadiah yang aira tempah ialah bantal dengan tulisan seperti di dalam gambar.

customize hadiah

'Good Morning, handsome' perkataan simple tapi menarik! Cukup lah boleh buat si dia berbunga-bunga dalam hati bila bangun tidur pagi. atau mungkin juga bantal ni boleh buat dia berbunga-bunga di malam hari. hehe.

sebenarnya di website printcious kita boleh mereka cipta design sendiri seperti meletakkan gambar dan perkatan-perkataan hasil luahan hati di beberapa barangan lain seperti mug, keychain, t-shirt, phone cases, button badges, puzzle, baby rompers, bag, caps, apron, lanyard, luggage tags dan banyak lagi. Akan tetapi, aira memilih untuk menempah design yang sedia ada sebab design yang macam ini pun sudah berkenan di hati, cuma aira hanya perlu memilih warna kesukaan untuk dijadikan background. Aira pilih warna hijau sebab si dia sukakan hijau. Tambahan lain, aira pernah baca satu kajian yang mengatakan warna hijau mampu menjadikan mata segar dan nyaman.

printcious, customize hadiah

Saiz bantal ni just nice. senang letak bawah kepala atau boleh juga dijadikan hiasan dalam kereta. Bantal ni juga jenis yang gebu gebas, sedap dipeluk dan material kain pun sejuk. Apa yang lagi penting, sarung bantal ni boleh dibuka dan dibasuh tau! sangat mudah kalau tiba-tiba tumpah air liur basi haha😝

Dari segi proses atau masa penghantaran barang, ianya mengambil masa seminggu lebih sahaja. aira tempah 14 Oktober dan menerima parcel pada 26 Oktober. Alhamdulillah, sempat juga dengan tarikh sebelum aira ke KL untuk hadiahkan kepada tuan punya badan. Nasib baik dia suka hadiah kita bagi ni. hihi. Thank you printcious! so yeah, kalau korang buntu dan mahukan hadiah yang sesuai untuk dijadikan hadiah, boleh layari website printciuos: https://www.printcious.com/my

12 comments:

  1. Cantik nyer bantal tu. Tentu yang menerima happpy sangatkan terima bantal tu....boleh oder ni buat hadiah untuk tang tersayang juga...

    http://yangunguitumanggis.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. do follow blog nie..

    ala tomei nya.. bantal n dah tentu tuan blog...

    ReplyDelete
  3. Bestnya.. bangun pagi mesti senyum aje

    ReplyDelete
  4. comelnya bantal... kak ekin ada gak daripada printcious ni puzzle punya wow sangat menarik


    ReplyDelete
  5. Hi... amer jalan2 sini dan follow blog yang cantik nih.

    AMERZING | https://ameridzuan.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. aku pun baru je lepas order barang dari printcious. mggu depan mgkin dapat

    ReplyDelete
  7. berbunga2 la hati si dia dpt bantal ni :)

    ReplyDelete
  8. sye pun nak book bantal pulak lah nanti. macam best je. hehehe

    ReplyDelete
  9. akk punya lupa nak beli kt printcious..huhuhu.Tengok emel..br perasan nora ade emel

    ReplyDelete
  10. Ala En abang tu malu lak dapat bantal busuk ni hehehe lepas ni kita nak print jugalah untuk cover bantal kita. hehehehehe..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)