Assalamualaikum. Hai 😊
selamat pagi! semoga sentiasa ceria ye. harini aira nak memperkenalkan satu produk skincare berasaskan bahan-bahan semulajadi iaitu TROPIKA Face Cleansing Oil. untuk pengetahuan korang, produk semulajadi adalah sangat baik bagi mengembalikan kulit yang lembut, sihat dan selamat.
TROPIKA Face Cleansing Oil mempunyai formula semula jadi yang terdiri daripada minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi. Ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif, mencuci minyak sebum yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Pembersih ini dirumuskan menggunakan VCO, Licorice Root Extract dan Vitamin E yang berfungsi 3-dalam-1;
(1) menanggalkan make up (2) membersih dan (3) melembapkan kulit. Kombinasi yang unik dengan ekstrak likuoris membantu mengurangkan garis dan bintik halus, dan memperbaiki tona kulit.
TROPIKA Face Cleansing Oil dicipta khusus bebas daripada Paraben dan Fragrance.
details on the bottle |
Ingredients:
Minyak Kelapa Dara (VCO) - Pelembap semula jadi, mengandungi asid laurik yang popular dengan ciri-ciri antimikrob, membantu mengekalkan kebersihan liang-liang pori dan menghalang kecacatan.
Vitamin E - Bagus untuk mengurangkan garisan halus, kedutan, dan bintik-bintik.
Ekstrak Root Licorice - Mengandungi glabridin yang membantu mengurangkan penampilan gelap di bawah lingkaran mata dan perubahan warna. Secara tradisional, ianya digunakan untuk mencerahkan kulit.
Oilve Oil Esters - Ejen pembersih tambahan yang selamat digunakan di sekitar mata. Ia menawarkan ciri anti-radang dan membantu mengatasi pengeluaran minyak yang berlebihan.
How to Apply?
1. Sapukan pada kulit kering. Urut secara lembut dalam bentuk bulatan.
2. Tambah sedikit air untuk menghasilkan emulsi susu dan teruskan urut.
3. Bilas muka dengan air bersih.
Siapakah yang boleh menggunakan produk ini?
Semua orang boleh menggunakan TROPIKA Face Cleansing Oil samada mereka yang suka ber'make up' mahupun tidak. Sesuai juga bagi mereka yang sangat mementingkan keadaan kulit sihat dan gemarkan produk semulajadi.
p/s: mengikut pembacaan aira, Cleansing Oil sangat penting untuk membuang segala kotoran dekat muka dan menghalang pori-pori daripada tersumbat. At least, gunakan cleansing oil sekali sehari. Maka, setiap orang wajib ada cleansing oil dan boleh cuba TROPIKA Face Cleansing Oil ni! Aira dah cuba, memang senang sangat nak tanggalkan make up! Anda bila lagi?
Untuk maklumat lanjut, boleh ke:
instagram: @tropikaskincarehq
erm... bgs produk ni, mmg akak pun jenis muka berminyak...
ReplyDeleteBoleh buat double cleansing ni, tapi kulit ira jenis combi kalau produk yang ada bunyi2 oil ni gerun nak pakai hehe
ReplyDeletemcm best je produk ni.. =)
ReplyDeletemacam best je produk ni tapi sekarang guna garnier makeup remover je dengan vaseline
ReplyDeletemenarik tu. Tapi kulit sy kombinasi.. huhuhu.. packaging menarik!
ReplyDeletemacam menarik. tetibe rasa nak beli
ReplyDeleteSaya suka sebab makeup cepat tanggal tuna die.
ReplyDeletewahh mcm best jer produk ni
ReplyDeletebest.. kena cuba ni
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
macam best je..
ReplyDeletemcm best je
ReplyDeletememang best produk ni, mula mula takut nak guna sebab takut clogged pore tapi tak hahaha so sha rasa lepas ni nak beli lah
ReplyDeleteMinyak kelapa dara memang banyak kebaikan dan manfaat. Rawlins baca banyakd ah review pasal Tropika nie - memang sesuai dan membantu dalam kecantikan wanita.
ReplyDeleteSuka produk ni sebab dapat remove makeup + cuci muka terus. Terbaik 👍
ReplyDeletekite pun dh try. okay sgt dgn kulit kite
ReplyDelete