Tempat Sedekah Novel dan Buku

Assalamualaikum. Hai 😊

siapa dekat sini pembaca novel tegar? kalau ye, kita geng! hihi. Aira memang minat membaca novel sejak umur 12 tahun lagi, waktu mula-mula habis UPSR sampai sekarang. cuma sekarang dah slow sikit sebab kepenatan nak membaca sambil bertukar-tukar posisi. 

For now, aira macam sakit mata memandang dua rak yang nak runtuh sebab novel haha, so aira decide untuk melelong  secara kaw-kaw, alhamdulillah dah banyak juga yang terjual. Tapi yang terjual biasanya novel yang cetakan baru dari tahun 2011-2017. kalau novel yang terlalu lama orang dah taknak so ape lagi nak buat? kita sedekahkan saje. Aira ada tanya kawan-kawan dekat mana tempat yang diorang ambil novel ni secara sukarela. Dan ada yang suggest untuk pm Nisa' Book Cafe, Kota Bharu di Fb Page.

nisa' book cafe
conversation

Bila pihak Nisa' Book Cafe cakap terima, terus aira susun bertingkat-tingkat koleksi novel lama untuk disedekahkan dekat situ. senang dan mudah kan? rak dekat rumah pun tak jadi runtuh, selamat. hehe. lagipun, daripada duk kat rak takde siapa yang sentuh, elok juga sedekahkan dekat library untuk kegunaan orang ramai..

novel lama

alhamdulillah, dah selamat disedekahkan kepada Nisa' Book Cafe. Untuk pengetahuan korang, Nisa' Book Cafe terletak berhampiran dengan stadium Kota Bharu Kelantan. Ia berkonsepkan library mini santai, sambil membaca boleh minum dan makan makanan ringan yang dijual di situ. kawasan library ni pun banyak lukisan mural yang cantik. korang boleh tengok gambar-gambar sekitar library ini di di Fb Page: https://web.facebook.com/nisabookcafe/.

Thank you Nisa' Book Cafe!
korang kalau nak sedekahkan buku-buku genre lain dekat sini pun boleh 😊

5 comments:

  1. sangat murah rezeki sedekah untuk bagi orang baca,,, o rupanya ada book cafe area stadium tu. Dah lama tak merayau kat situ... hehe

    ReplyDelete
  2. Wahhh banyak novel yang best tu.. Alhamdulilah rezeki untuk orang ramai terbaik dah tu aira

    ReplyDelete
  3. mudah la mcm tu ye. takperlu pikir nak letak mana dah.SA buang semua majalah2.. masa pindah rumah

    ReplyDelete
  4. wah bestnya tapi jauh sgt. teringin nk pergi situ hehe

    ReplyDelete
  5. Semoga ramai yang mendapat manfaatnya..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)