Review Sugarbelle Matte Lipcream

Assalamualaikum. Hai 😊

harini aira akan share pengalaman aira menggunakan sugarbelle matte lip cream. kalau sebelum ni, aira ada buat post macam mana aira boleh dapat sugarbelle ni for free dekat > SINI <. tak sangka ramai juga yang view post tu dan ada yang minta aira buatkan review. mesti ramai yang wonder kan sebab sugarbelle sekarang dah mula meningkat prestasinya. banyak sangat barang make up yang dah dikeluarkan oleh sugarbelle, yang paling latest adalah foundation and compact powder (yeaa, i knew sikit-sikit sebab follow founder dia, belle al yahya hehe). so, here is my honest review for this lip cream, apepun ini hanya pandangan aira semata-mata ye 😁

 review sugarbelle mattelip cream

review lipcream sugarbelle

Brand : Sugarbelle (local brand)
Type: Matte Lipcream
Code: Sugar Pink

My review:

Packaging lawa dan kemas. Bau sangat wangi dan menyenangkan, geram dengan bau dia wehh, macam perfume, wangi yang bukan melampau. very nice. warna sugar pink ni lawa tapi sangat tidak sesuai dengan kulit muka aira (sebab tu tak letak gambar yang pakai, huhu), kalau jenis muka yang putih memang cantik la pakai. 

Tetapi bagi aira, lipcream ni memang sangat mengeringkan bibir, menggelupas jugak sikit-sikit. I thought haritu mungkin sebab aira tak apply lipbalm dulu sebab tu jadi kering tapi even aira dah pakai lipbalm pun still tak boleh tolerate. maka, yeahh ada pro and cons. Dan sebelum aira buat review ni sebenarnya aira dah tengok orang lain review dekat instagram, rupanya memang orang kata drying. Aira follow instagram intankaharuddin, MUA (korang wajib follow sebab banyak sangat review barangan make up #jujursumpahtaktipu hehe). Dan bulan lepas dia ada buat review tentang sugarbelle lipcream juga tapi lipcream yang baru, bukan yang ni. katanya lipcream yang baru is better dari yang ni. so maybe korang boleh try yang tu?

10 comments:

  1. shade ni tak kena sha hahaha teringin nak try jugak jenama ni

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi pakai lipcream sebab takut bibir kering

    ReplyDelete
  3. menarik kaler ni.. mesti cntik aira pakai.. nnt jgn lupa. posing sekali

    ReplyDelete
  4. Produk yang bagus, bleh la nak try nanti..

    ReplyDelete
  5. selamat bersolek. nampak lawa n anggun gitu!

    ReplyDelete
  6. bagus nya matte lipscream ni... duk cari gak ni... thank for review...

    ReplyDelete
  7. kalau produk2 keluaran bella ammara memang semua nya best2 belaka..berbaloi dgn harga dia..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)