Resepi Puding Karamel

Assalamualaikum. Hai 😊

Dah lama rasanya aira tak up entry tentang resepi, last aira up entry resepi dekat SINI.. bukan tak masak tapi memasak benda yang simple je, telur goreng takkan nak post jugak kan? haha. Petang tadi aira dengar-dengar mak duk bercakap dengan kakak, suruh minta resepi puding karamel (a.k.a gula hangus) dari jiran sebab mak teringin nak makan. sekali kakak sound suruh adik dia google dan buat sendiri. ok siap sis! Aira memang dah pernah buat puding karamel ni tapi tak berapa menjadi sangat so malas nak buat lagi, tapi kali ni, memang tiptop ah (cewahhh hihi), maka aira akan abadikan resepi ini di sini untuk kegunaan akan datang. Aira ambil dan ubah sikit resepi dari blogger Cik Tom. Thanks ya 😉

bahan-bahan puding karamel

Bahan-bahan:

1) 7 biji telur gred B
2) 3/4 tin susu pekat
3) 1 cawan air masak 
4) 1 sudu kecil esen vanila
5) 3 sudu besar gula


Cara-cara:

**[dalam bekas biasa]** 

1) pukul telur hingga berbuih
2) masukkan susu pekat dan kacau lagi

3) masukkan satu cawan air masak
4) masukkan esen vanila dan gaul sehingga sebati

[dalam loyang bulat 6 inch]

1) letakkan 3 sudu gula dan panaskan atas api yang perlahan
2) tutup api setelah gula bertukar keperangan dan ratakan ke seluruh loyang
3) tunggu gula tersebut sedikit keras

4) masukkan bahan-bahan yang telah digaul sebati ke dalam loyang dengan menggunakan penapis seperti gambar di bawah.
4) kukus sehingga masak (anggaran masa 45-60 minit)

fungsi penapis adalah untuk mengelakkan ketulan-ketulan atau sisa telur masuk ke dalam loyang

puding karamel
puding karamel ready to eat!

senang kan? korang wajib cuba tauu resepi ni. sangat mudah dan memang lazat. tak terlalu manis, tak terlalu keras atau lembik. memang puas hati giler bila mak and kakak puji sedappp. hehehe 😁

10 comments:

  1. sedapnya puding caremel... fav akak juga ni... hehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. Lama gak tak buat tu

    ReplyDelete
  3. senang sangat. tp allahu, nk buat tu malas :)

    ReplyDelete
  4. Ini kegemaran saya. Saya buat sendiri tau masa bulan puasa baru2 ni. Haha

    ReplyDelete
  5. senang je rupanya! Nanti nak try lah buat sendiri :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)