Mudah dan Seronok Berjual Beli di Carousell

Assalamualaikum. Hai 😊

apa khabar semua harini? aira doakan semoga semua sihat walafiat dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik. semalam aira ada up entry tentang novel aira yang berlambak-lambak dekat rak yang hampir runtuh, boleh baca selanjutnya dekat > SINI <

selain sedekah novel yang dah dibaca, aira pun menjualnya melalui Apps Carousell. pernah dengar Carousell tak? ok, meh aira cerita serba sedikit. Carousell adalah aplikasi platform bagi penjual dan pembeli berurusan dengan cara yang sangat mudah. Barangan yang dijual juga murah sebab kebanyakan barang adalah preloved. kita boleh jadi dua manusia berbeza dalam akaun Carousell samada sebagai penjual atau pembeli.


Bersesuaian dengan tagline yang digunakan akaun Carousell "Snap to Sell, Chat to Buy" means kita boleh snap barangan preloved kita untuk dijual atau chat mana-mana seller untuk membeli barangan mereka. Bagi menjual barangan kita, ini langkah-langkah yang perlu di buat:

akaun carousell
ini contoh sahaja ye. aira tak jual pun banana uyu. hehe

1) pilih gambar barang yang ingin dijual

akaun carousell

2) kelaskan kategori barangan kita

akaun carousell

3) lengkapkan butiran barangan kita seperti nama, harga, preloved or new, postage or cod dan details yang lain

akaun carousell

4) yes! we are done. barang kita sudah berada dalam list. 

so, orang lain boleh tengok barang kita dan akan chat kita jika berminat. senang sangat kan? Alhamdulillah, novel aira pun dah terjual sebanyak 6 buah! seronoknyaaa, korang kalau nak lihat barangan preloved aira boleh buka akaun Carousell dan cari @byaira, ada la sikit-sikit barang preloved. Cuma perlu diingatkan bahawa bila ada aplikasi macam ni, akan ada juga scammer, aira dah pernah cerita pasal ni dekat >SINI< jadi berhati-hati okey? aira memang suka carousell dan folow akaun famous macam farrsells sebab dia banyak jual preloved original and branded make up. hehe.

so korang boleh cuba untuk menjual dan membeli melalui apps ini 😗

6 comments:

  1. selalu usha je tapi takut nak beli haha

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah aira... mudah sgt tu guna carousell

    ReplyDelete
  3. New Giveaway lets start! Jom join :)
    https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

    ReplyDelete
  4. aku sekarang kalau used item utk jual atau beli, aku akan pakai carousell tu,
    sekarang dah dua barang beli dari situ cuma pakai method cod.

    ReplyDelete
  5. Tq so much for sharing! Memang berguna sangat especially for newbies yang baru nak start guna apps ni.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)