Movie Review: Tombiruo Penunggu Rimba

Assalamualaikum. Hai 😊

Sepi sekejap dua hari lepas sebab aira dari Kelantan berangkat ke Bangi, semata-mata mengambil jubah konvokesyen. so alang-alang ke Bangi awal sehari (sebab sengaja nak gi jalan-jalan dulu hehe), pergi jenguk IOI layan cerita Tombiruo kejap, ramai yang kata best kan?

tombiruo

TAJUK : TOMBIRUO:PENUNGGU RIMBA

Tarikh Tayangan : 12 Oktober 2017
Genre : Aksi / Drama 
Pengarah : Nasir Jani, Seth Larney
Terbitan : Astro Shaw Sdn Bhd
Pelakon : Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Datuk M. Nasir, Faye Kusyairi, Datin Marlia Musa, Dynas Mokhtar, Michael Chan, R. Azmi Ismail
Terbitan : Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf, Layar Sunan

Sinopsis:

Berkisarkan dendam Ejim, seorang lelaki gagah yang tidak berwajah manusia di atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin yang kini memburunya di atas kematian isteri tercinta, Salina. Ejim digelar sebagai Tombiruo kerana dianggap sebagai penunggu rimba. Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan oleh penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia. Kehadiran Tombiruo penuh misteri dan sering ditakuti serta dicaci oleh penduduk kampung. Apabila Wong dan kuncu-kuncunya membuat kacau di kampung untuk meneruskan aktiviti empangan, satu insiden telah berlaku dan menimbulkan kemarahan Tombiruo. Sementara itu, Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya. Pergelutan diantara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang mengikuiti perkembangan isu syarikat Tan Sri Berham turut mengikuti jejak Tombiruo. Wan Suraya begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku. Wan Suraya dapat rasakan Tombiruo tidak membahayakan seperti diperkatakan. Namun, apabila Amiruddin dan Tombiruo bertemu, mereka bertarung demi membela nasib orang-orang yang mereka sayangi. Firasat Wan Suraya kuat mengatakan Tombiruo dan Amiruddin adalah mangsa keadaan. Dengan semangat dari hutan telah mengiringi kekuatan Tombiruo. Tetapi hakikatnya, sebuah rahsia diantara mereka berdua yang sudah lama tersimpan terbongkar. Apakah kaitan mereka berdua sebenarnya? Siapakah dalang di sebalik insiden yang berlaku selama ini? 

sumber: SINI
My own review:

Aira rasa jalan penceritaan ni okey sebab ada part yang macam tak dijangka berlaku, dalam panggung tu macam 'laaa tak sangka rupa-rupanya...' haha taknak la sambung ayat, nanti tak best pulak kalau korang belum tengok. hihi. dari segi editing grafik (ye ke bahasa ni?), pun okey cuma ada sesetengah part nampak sangat macam tak real, obvious gitu. selain itu, disebabkan ini cerita penunggu rimba, ada unsur-unsur penyembahan kepada alam sikit. mungkin pengarah filem cuba untuk memperkenalkan apa itu pemujaan alam? i dont know lah yang tu. pastu, aira ingatkan ada lah jugak tunjuk muka Ejim walaupun sekilas tapi takde ye kawan-kawan, takde. Jangan berharap ye guys. haha. Aira bukan peminat Zul Ariffin pun cuma macam kesian dan sedihnya sebab penat dia berlakon hebat tapi takde 😝, tapi tak heran pun asalkan lakonan hebat! overall, my personal rate would be 8/10. 



16 comments:

  1. Yup satu cerita yang sangat menarik..

    ReplyDelete
  2. tak tengok lagi tombiruo tapi kalau brdasarkn novel mmg menarik. heheh

    ReplyDelete
  3. bila la nak angkut anak2 p tengok.. agak2 lepas tak ye budak?

    ReplyDelete
  4. takpe, ada lagi 2 part aira kalau nak tengok muka ejim ;P

    ReplyDelete
  5. aa, overall memang okei cite ni :) ahhahaha. mek pun masuk lerr skali laa rupanyaaaa

    ReplyDelete
  6. Kena tunggu no 2 baru tunjuk muka kot hihi

    ReplyDelete
  7. bila la di kelate nak ada GSC...dah 2 dekad abe kie x masuk cinema.

    ReplyDelete
  8. Ramainya dh tgk tombirou ni. Bila lah nk keluar dekat astro first. Nak ke wayang tak tahu bila. Huhu

    ReplyDelete
  9. huu~ jelesnye !!! bila la kita nak dapat g tengok ni !!! masa tengok sekuel Tombiruo ni tak percaya yang tu Zul Ariffin.. bila dapat tau, dok la korek korek masa nak jugak pergi tengok.. pinjam masa awak kejap boleh ?

    ReplyDelete
  10. tunggu masuk Astro Best boleh ? hehe xdan la nak pi tengok xde orang nak teman. btw kawan kata x nampak pun muka Julripin huhuhu..

    ReplyDelete
  11. geli tgk badan cemtu.. tu je nak komen..hihihi..k bye.. heeh

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)