Barang Make Up yang Wajib Ada dalam Handbag

Assalamualaikum. Hai 😊

Again, today is about girl stuffs in handbag atau lebih spesifik adalah barang make up yang paling basic ada dalam beg tangan wanita. kalau sebelum ni aira banyak review tentang skincare dan lain-lain dekat SINI, tapi kali ni aira cerita barang make up yang wajib aira bawak dalam handbag untuk touch up lepas solat (bila berada di luar kawasan), touch up ni penting tau untuk meningkatkan keyakinan diri kita 😗

1) UV Protection

Biore UV Protection
Bagi aira, UV protection cream sangat penting untuk mengelakkan kulit muka kita terkena pancaran matahari secara langsung. Boleh apply sebelum pakai foundation/bedak. Aira akan buat review kot nanti pasal Biore UV ni sebab best. hehe.

2) Compact Powder

elianto make up
Aira pengguna setia compact powder Elianto sebab memang best! boleh pakai dua cara, wet untuk kesan coverage yang medium hingga maksimum (basahkan span) dan dry untuk kesan light hingga medium. aira kebiasaannya pakai dry je sebab sejenis yang tidak suka ber'make up' tebal 😄

3) Lipstick

Of course barang yang paling penting ialah lipstick. oles sikit pun jadilah, asalkan warna bibir menyerlah, kan? Oh btw ini bekas lipstick customize yang aira beli dekat Etude House Korea beberapa bulan lepas.

4) Eyebrow Pencil

Eyebrow pencil pun aira suka bawa dalam handbag, bukan nak lukis sangat pun. cukup sekadar gelapkan sikit kening yang sememangnya teramat nipis 😂

5) Wet Tissue

Wet Tissue is so important to remove our basic make up. senang untuk solat sebab bukan semua surau atau masjid ada yang wakafkan make up remover. Aira guna wet tissue dari Watsons je sebab make up light dan di luar kawasan. kalau dekat rumah, aira akan guna make up remover 😊

Selain dari barang-barang dekat atas ni, aira akan tambah mascara kalau tak boleh solat. Aira tak pakai sangat mascara sebab susah nak bersihkan dan tanggalkan, better ambil jalan selamat tak payah pakai terus untuk senang nak solat (adakah ini dikira pemalas? haha). Cuba korang share apa barang-barang basic make up yang wajib korang bawa bila keluar? ada penambahan tak? 😉

7 comments:

  1. Benda paling asas inipun che'pah takda..hehehehe Sejenis yang tak biasa & tak pandai menggunakan barangan kosmetik..tapi. tapu..tapiiiii... Che'pah tetap suka lihat anak-anak buah perempuan & kakak che'pah bersiap & bermekap..
    Macam tiada ending bila depa bersiap..hahahaha..sabo jelah

    ReplyDelete
  2. Make up dan wanita berpisah tiada... 😄

    ReplyDelete
  3. nampak gayanya aku kena start pakai makeup ni. aku ada tisu dan pen ja benda asas dalam beg aku. oh ya, lipsbalm satu lagi

    ReplyDelete
  4. Dalam bag rabia letak lipstick,tisu,compact powder

    ReplyDelete
  5. dalam bag akak ada gincu bedak jer.. hahahah..

    ReplyDelete
  6. kalau sha kalau boleh semua benda nak bawak nak letak dalam handbag haha -_- tambah kalau lipstick, kalau boleh semua jenis nak bawak

    ReplyDelete
  7. mek memang bawak semua benda ni tp mek jenis tak touchup dah lepas solat. huhuhuhu. dlu rajin. skang ank dah dua tk nyempat.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)