Assalamualaikum. Hai 😊
Sekolah aira dah start cuti bulanan hari ni, maka aira boleh blogwalking dan update entry baru. yeayy! Actually, benda yang biasa kita buat sebelum travel is mencari benda wajib apa yang perlu buat di sesuatu tempat tu, kan? lagi-lagi tempat yang first time kita nak pergi, haruslah buat research dulu. Untuk trip ke Ho Chi Minh City, aira pergi dengan family pada tahun 2015. so kali ni nak highlight apa yang menarik dan patut cuba bila sampai di sana.
1. SHOPPING
iyaa, benda yang wajib ialah shopping sebab Ho Chi Minh City umpama syurga membeli belah tauuu! kalau perempuan kaki shopping memang boleh giler jadinya sebab mostly adalah barang-barang wanita dari kain meter, telekung, jubah, baju kurung ready made, kain lace, tudung dan banyak lagi. Part membeli barang-barang lelaki pun ada cuma tak banyak sangat sebab biasanya barang lelaki ni jersey dan jeans je 😂 kalau jersey lelaki memang ada mall khusus tapi aira tak tahu namanya, yang pasti tak jauh dari Ben Thanh Market.
borong telekung |
Ben Thanh Market |
waktu zaman aira pergi 2015 tu, benda yang famous memang telekung solat, naelofarhijab dan jubah je sebab trend time tu kot. tapi sekarang (kakak aira baru pergi), yang bebetul famous is tudung duckscarves, naelofarhijab, ariani dan dengar-dengar tudung alif syukri. hehe. haritu tengok insta dia, teruk juga penjual dekat situ kena marah sebab ciplak design 😃
tapi, macam tu lah, diorang dekat sana cepat sangat ciplak design dan harga of course lah teramat murah dari yang original. kalau tudung-tudung boleh beli di kedai-kedai tepi jalan tapi kalau kain meter, kain lace, souvenier dan lain-lain boleh beli di Ben Thanh Market. Book hotel yang dekat area Ben Thanh, barulah syok shopping! Dari segi harga, memang murah. kalau kain lace lebih murah berbanding Bandung tetapi pilihan tak banyak. Awas! sekiranya korang membeli kain lace, mohon cek potongan meter sebab haritu dia bagi tak cukup meter, huhu.
by the way, aira ada satu tips kalau nak dapatkan telekung atau baju ready made murah, korang boleh terus pergi ke kilang/stor dia. macam mana nak ke sana? korang kena pandai borak-borak dengan orang dekat situ, nanti dia bagi alamat then kita bagitau je driver tuk tuk.. tup tup sampailah kita ke destinasi! hihi 😗
2. KOPI VIETNAM (VIETNAMESE ICED COFFEE)
siapa penggemar kopi angkat tangan sikittt! yessss wajib minum kopi vietnam sebab sedap sangat ya ampun. haha, serius sedapppp.. aira dulu tak minat kopi tauu tapi bila minum kopi vietnam ni memang jatuh cinta betul! kawwww sangat sangat.
kaww ke idok? |
boleh dikatakan dekat sana aira minum dua kali sehari. haha macam ketagihhh, lagi-lagi si penjual ni jual tepi-tepi jalan je. so memang senang nak beli. and sebenarnya serbuk kopi ni pun ada jual, banyak jugak aira borong rituu tapi bila buat dekat malaysia, rasanya tak sama. hahaha. mungkin ada step yang aira tertinggal 😝 kalau tak gi Ho Chi Minh City pun, korang boleh beli dalam flight air asia (haha ni kes kawan aira yang tiba-tiba suka kopi vietnam walaupun harga atas flight melambung tinggi 😂)
3. PHO BO (VIETNAMESE BEEF NOODLE SOUP)
Pho Bo ni bukan calang-calang sup biasa yang kita makan dekat Malaysia tau. rasa dia istimewa gitu. Bagi penggemar sup macam aira, rasa sup ni memang teramat sedap ya Tuhan! Aira pernah rasa pho bo dekat sini tapi memang fail lah, tak sama rasanya. memang nampak macam kuey teow sup biasa je tapi sebenarnya rasa dia luar biasa.
Pho Bo |
so, aira harap entry kali ni membantu mereka yang sedang mencari tempat atau apa yang best di Ho Chi Minh City! Selamat Travel ye korang!
Baca juga: Apa Yang best di Korea?
Baca juga: Apa Yang best di Korea?
bestnya..nanti ada rezeki bolehlah risik dengan aira tips travel!hehe
ReplyDeleteMenariknya zue, lagi lagi part kopi. Aku banyak kali dah plan ke sini tapi selalu tak kesampaian
ReplyDeleteBercadang nak membuang duit kat sana tahun depan hahaha
ReplyDeletebestnya....berpinar mata tengok telekong tu...pengsan agaknya kalau kat sana...hihi
ReplyDeleteKalau Ho Chi Minh mmg shopping la...like a heaven...SA bawak 3k...semua habis..hahaha
ReplyDeleteHo chi minh memang salah satu destinasi yang Hanis nak pergi, tapi belum ada rezeki duit tak berapa nak ada sobsob
ReplyDeleteMwmang terbaik shopping kat Vietnam bole buat baju 24 jam lagi..,
ReplyDeleteyang penting byk makanan halal!
ReplyDeleteTerlepas trip ke Ho Chi Min tahun lepas sebab masalah kesihatan. Bnyk bangunan kat sana mcm kat Malaysia. Menara TM ada, dataran merdeka ada. Hehe
ReplyDeletewow i tak pernah pi lagi! but i like the pho! :D yum yum!
ReplyDelete#YourFinanceDoctor
Vietnam memang syurga nak shopping. Murah" semuanya
ReplyDeleteBenda paling saya suka is kopi tu..yg kocok kocak tepi jalan atas motor..kemain siap bayar guna duit kita rm3. Hahaha sedapnyaa
ReplyDeleteHo Chi Minh memang tempat shopping khas untuk wanita. Baju yang cantik dan murah. Rindu nak ke sana lagi
ReplyDeleteBestnya kita tidak pernah sampai sana nak juga satu hari nanti pasti datang bercuti kat sini...
ReplyDeleteMemang syiok ke sini...syiok shopping heehe, rasa mcm nak repeat je balik ke sana
ReplyDeleteBestnya shopping, tapi hanya mampu berdoa dapat pegi oversea.. Salam Kenal, Balas kunjungan :)
ReplyDeletePho Bonya nampak macam menarik... Ok nk siap2 keluar cari Bakso
ReplyDeletewow, bestnya cantik2 barang jualan kat sana... kraftangan dia
ReplyDeletebarangan kat vietnam mmg murah dan cantik :)
ReplyDeleteHCMC is one of the bustling city in Asia, shopping for clothes is great, food is good and many more to do in this city.
ReplyDelete