3 Adab Apabila Shopping Online

Assalamualaikum. Hai 😊

Pernah shopping online tak? mesti pernah laaa kan sebab zaman sekarang kemudahan online begitu berleluasa, paling kurang pun sekali. tapi biasanya kalau sekali dah terjebak dengan shopping online maka  akan terus terjebak hingga penghujungnya. haha. so, aira tertarik untuk berkongsi tentang adab bila kita shopping online, bukan melalui website tapi melalui orang/seller. ini pun selepas buat observation dan eksperimen untuk diri sendiri. 

image online shopping
source: google

1) Jangan gunakan words 'PM/PM me/PM sis' dan seangkatan dengannya
.  Kebiasannya atau kebanyakan seller telah memaklumkan kepada kita untuk PM di nombor tertera atau fb/ig dan lain-lain. maka apa alasan kita untuk suruh seller PM kita pulak? Disebabkan kita yang nak tahu barang tu available atau tak, harga macam mana maka kita lah usaha sendiri untuk direct PM seller. Konsep yang perlu dipegang senang je, 'Kita mudahkan urusan orang lain, mereka akan mudahkan urusan kita'

2) Menggunakan bahasa yang baik. Ini penting sebab kita berurusan dengan manusia, bukan komputer. Kalau shopping melalui website no problem sebab add to chart lagi dan lagi then check out terus payment. Berbeza dengan shopping melalui orang/seller, of course perlu mulakan conversation dengan salam atau hai untuk nampak lebih sopan dan mesra. Kalau ada kemusykilan tentang barangan, ajukan soalan dengan tersusun dan jangan gopoh-gapah okeyy. Seller suka bila customer sopan santun. mana lah tahu tiba-tiba seller baik hati nak bagi promosi sebab kita baik sangat? hehe.

3) Ucapkan terima kasih. Terima kasih adalah perlu setelah urusan jual beli dengan seller walaupun kita sebenarnya tak jadi nak beli barang dia. At least, tunjukkan rasa bahawa kita menghargai masa yang diluangkan untuk menjawab semua soalan kita. 

so, ape lagi? jadilah pembeli yang berhemah 😉

12 comments:

  1. sha suka online shopping hehe kalau sha bekenan memang sha pm terus takde nya nak suruh seller pm haha

    ReplyDelete
  2. rabia suka shopping online sebab nak bantu bisnes kwn2. hehe..

    ReplyDelete
  3. Betul tu.. bila kita mesej cara baik, seller pun murah hati nak layan soalan banyak-banyak,...

    ReplyDelete
  4. bestnya kalau semua customer baik2 gini..huhu

    ReplyDelete
  5. Betul sangat adab2 yang dinyatakan kat atas ni. Tapi ramai yang lupa. Huhu

    ReplyDelete
  6. tapi menyampah juga bila suruh kita pm dia semata untuk tahu harga. like takkan aku kena pm dia banyak kali kalau aku nak tahu harga untuk lebih 3 barang? kan senang kalau dah letak harga so kita hanya pm dia bila kita betul2 berminat ja.

    ReplyDelete
  7. akak jarang shopping online.. kalau ada voucher baru shopping aik.. hahahhaha

    ReplyDelete
  8. Mai suka beli online dengan seller peramah. Jenis balas sepatah tu beli juga tapi sekali tu jelah,hahaha.

    ReplyDelete
  9. abe kie selalu jual brg2 terpakai di mudah.my

    ReplyDelete
  10. masalhanya yg jual tu annoying. nk tk nk je layan kita. mungkin sbb bz tp tny satu jawab satu. personal touch tu tkde

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)