October 22, 2017

Movie Review: Tombiruo Penunggu Rimba

by , in
Assalamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

Sepi sekejap dua hari lepas sebab aira dari Kelantan berangkat ke Bangi, semata-mata mengambil jubah konvokesyen. so alang-alang ke Bangi awal sehari (sebab sengaja nak gi jalan-jalan dulu hehe), pergi jenguk IOI layan cerita Tombiruo kejap, ramai yang kata best kan?

tombiruo

TAJUK : TOMBIRUO:PENUNGGU RIMBA

Tarikh Tayangan : 12 Oktober 2017
Genre : Aksi / Drama 
Pengarah : Nasir Jani, Seth Larney
Terbitan : Astro Shaw Sdn Bhd
Pelakon : Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Datuk M. Nasir, Faye Kusyairi, Datin Marlia Musa, Dynas Mokhtar, Michael Chan, R. Azmi Ismail
Terbitan : Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf, Layar Sunan

Sinopsis:

Berkisarkan dendam Ejim, seorang lelaki gagah yang tidak berwajah manusia di atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin yang kini memburunya di atas kematian isteri tercinta, Salina. Ejim digelar sebagai Tombiruo kerana dianggap sebagai penunggu rimba. Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan oleh penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia. Kehadiran Tombiruo penuh misteri dan sering ditakuti serta dicaci oleh penduduk kampung. Apabila Wong dan kuncu-kuncunya membuat kacau di kampung untuk meneruskan aktiviti empangan, satu insiden telah berlaku dan menimbulkan kemarahan Tombiruo. Sementara itu, Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya. Pergelutan diantara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang mengikuiti perkembangan isu syarikat Tan Sri Berham turut mengikuti jejak Tombiruo. Wan Suraya begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku. Wan Suraya dapat rasakan Tombiruo tidak membahayakan seperti diperkatakan. Namun, apabila Amiruddin dan Tombiruo bertemu, mereka bertarung demi membela nasib orang-orang yang mereka sayangi. Firasat Wan Suraya kuat mengatakan Tombiruo dan Amiruddin adalah mangsa keadaan. Dengan semangat dari hutan telah mengiringi kekuatan Tombiruo. Tetapi hakikatnya, sebuah rahsia diantara mereka berdua yang sudah lama tersimpan terbongkar. Apakah kaitan mereka berdua sebenarnya? Siapakah dalang di sebalik insiden yang berlaku selama ini? 

sumber: SINI
My own review:

Aira rasa jalan penceritaan ni okey sebab ada part yang macam tak dijangka berlaku, dalam panggung tu macam 'laaa tak sangka rupa-rupanya...' haha taknak la sambung ayat, nanti tak best pulak kalau korang belum tengok. hihi. dari segi editing grafik (ye ke bahasa ni?), pun okey cuma ada sesetengah part nampak sangat macam tak real, obvious gitu. selain itu, disebabkan ini cerita penunggu rimba, ada unsur-unsur penyembahan kepada alam sikit. mungkin pengarah filem cuba untuk memperkenalkan apa itu pemujaan alam? i dont know lah yang tu. pastu, aira ingatkan ada lah jugak tunjuk muka Ejim walaupun sekilas tapi takde ye kawan-kawan, takde. Jangan berharap ye guys. haha. Aira bukan peminat Zul Ariffin pun cuma macam kesian dan sedihnya sebab penat dia berlakon hebat tapi takde ๐Ÿ˜, tapi tak heran pun asalkan lakonan hebat! overall, my personal rate would be 8/10. 



October 17, 2017

Barang Make Up yang Wajib Ada dalam Handbag

by , in
Assalamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

Barang Make Up yang Wajib Ada dalam Handbag | Again, today is about girl stuffs in handbag atau lebih spesifik adalah barang make up yang paling basic ada dalam beg tangan wanita. kalau sebelum ni aira banyak review tentang skincare dan lain-lain dekat SINI, tapi kali ni aira cerita barang make up yang wajib aira bawak dalam handbag untuk touch up lepas solat (bila berada di luar kawasan), touch up ni penting tau untuk meningkatkan keyakinan diri kita ๐Ÿ˜—

1) UV Protection

Biore UV Protection
Bagi aira, UV protection cream sangat penting untuk mengelakkan kulit muka kita terkena pancaran matahari secara langsung. Boleh apply sebelum pakai foundation/bedak. Aira akan buat review kot nanti pasal Biore UV ni sebab best. hehe.

2) Compact Powder

elianto make up
Aira pengguna setia compact powder Elianto sebab memang best! boleh pakai dua cara, wet untuk kesan coverage yang medium hingga maksimum (basahkan span) dan dry untuk kesan light hingga medium. aira kebiasaannya pakai dry je sebab sejenis yang tidak suka ber'make up' tebal ๐Ÿ˜„

3) Lipstick

lipstick etude house
Of course barang yang paling penting ialah lipstick. oles sikit pun jadilah, asalkan warna bibir menyerlah, kan? Oh btw ini bekas lipstick customize yang aira beli dekat Etude House Korea beberapa bulan lepas.

4) Eyebrow Pencil

etude house eye brow
Eyebrow pencil pun aira suka bawa dalam handbag, bukan nak lukis sangat pun. cukup sekadar gelapkan sikit kening yang sememangnya teramat nipis ๐Ÿ˜‚

5) Wet Tissue

wet tissue watsons
Wet Tissue is so important to remove our basic make up. senang untuk solat sebab bukan semua surau atau masjid ada yang wakafkan make up remover. Aira guna wet tissue dari Watsons je sebab make up light dan di luar kawasan. kalau dekat rumah, aira akan guna make up remover ๐Ÿ˜Š

Selain dari barang-barang dekat atas ni, aira akan tambah mascara kalau tak boleh solat. Aira tak pakai sangat mascara sebab susah nak bersihkan dan tanggalkan, better ambil jalan selamat tak payah pakai terus untuk senang nak solat (adakah ini dikira pemalas? haha). Cuba korang share apa barang-barang basic make up yang wajib korang bawa bila keluar? ada penambahan tak? ๐Ÿ˜‰

October 13, 2017

Printcious.com Precious Gift By Your Heart

by , in
Assalamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

Helo korang! apa khabar semuanya? aira harap semua sihat walafiat ye. korang pernah dengar tentang website printcious dan tagline nya Precious Gift By Your Hearttak? Aira haritu kan ada usya website printcious ni sebab nak cari barangan apa yang sesuai untuk dijadikan hadiah sempena birthday someone. itu pun sebab terbaca dari penulisan blogger lain tentang mudah, senang dan best membeli barang-barang di sini. so apa lagi..  aira terus terjah website printcious dan cari apa yang menarik dan sesuai. 

untuk pengetahuan korang, Printcious adalah sebuah laman web yang wajar menjadi pilihan sekiranya korang mencari hadiah yang unik kepada si penerima. kenapa unik? Bagi aira, keunikan dan tarikan Printcious ni adalah kerana kita boleh buat atau mereka design kita sendiri di atas barang yang disediakan seperti mug, t-shirt, rompers, button badge, puzzle, mousepad, phone cases, apron, luggage tags dan lain-lain. Design yang boleh kita reka bukan sahaja teks semata-mata tetapi termasuk juga gambar-gambar personal dari kita sendiri. menarik kan? Lagi menarik kalau kita beri hadiah kepada yang tersayang dan tampal gambar dia sekeping, memang senyum sampai ke telinga agaknya. hehe. Tapi, sebenarnya kalau hadiah yang kita boleh customized kebiasaannya akan lebih dihargai oleh si penerima, betul tak? 

customized hadiah

The best thing ever is hari ni hari terakhir #MYCYBERSALE so korang boleh shopping dan customized barang-barang  pilihan hati untuk super jimat sehingga 70%! Jangan lepaskan peluang keemasan ini tau sebab ia jarang sekali berlaku!

selain tu, aira memang suka sangat bila masuk website Printcious sebab sangat mudah dan teratur untuk cari keperluan kita. contohnya di pilihan menu atas, terdapat pilihan shop, create dan gift. Part yang sangat best ialah gift sebab printcious telah mengklasifikasikan hadiah yang sesuai mengikut gender dan lain-lain seperti klasifikasi 'for him', 'for her', 'for husband', 'for wife' serta hadiah bagi majlis-majlis tertentu seperti birthday, wedding, engagement, father's day, mother's day, graduations dan sebagainya. perfecto! Tak perlu pening nak fikir kalau pergi wedding bestie nak bagi hadiah apa supaya dia ingat yang ni present dari kita sebab kita boleh design letak nama kita dekat barang tu. its a yeayyy guyss ๐Ÿ˜ƒ

So, macam mana nak customized dan order barangan dari Printcious? Seperti yang dinyatakan di dalam screenshot di bawah ini, kita perlu melalui 4 STEP tetapi sebelum tu haruslah menjadi member printcious. pendaftaran boleh dilakukan di SINI

So, firstly pilih kategori barangan yang kita inginkan seperti senarai di bawah:

customized barang
kategori printcious

customized hadiah
1) Aira pilih T-shirt Cotton
Second, start designing barangan kita sama ada tambah teks atau gambar
customized hadiah
2) Aira pilih color oren dan tulisan simple
Thirdly, kalau dah puas hati dengan design kita, boleh terus ke Add to Cart atau kalau belum puas hati, boleh edit lagi..
customized hadiah
3) Add to Cart
 forthly, proceed to check out kalau barang sudah mencukupi
customized hadiah
4) check out the item

 lastly,
 penuhkan maklumat shipping address, shipping method dan proceed kepada pembayaran
maklumat shipping address dan pembayaran

Siap! so kita hanya perlu tunggu posmen datang depan rumah dalam tempoh 7 hari bekerja ya ๐Ÿ˜Š Mesti rasa tak sabar nak tengok design sendiri kan? ya lah, kita bukan berseni tapi suka hati nak jadi designer. haha tapi its okey! itu hak customer yang diberikan oleh pihak printcious untuk menjadi designer barangan tersendiri. 

so apa lagi, terus ke website Printcious dan membeli barangan untuk diri sendiri atau hadiah kepada yang tersayang. untuk maklumat lanjut, anda boleh layari:


October 10, 2017

Best Lip Moisturizer from Drugstore

by , in
Assalamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

selamat pagi! mulakan setiap pagi kita dengan aura positif supaya kehidupan seharian kita pun menjadi positif. Topik harini berkaitan dengan penjagaan bibir. pernah mengalami bibir kering dan menggelupas tak? kadang-kadang mesti pernah kan.. aira pun sama, pernah masalah ni.. biasanya bibir aira kering sebab tersalah pakai lipstick atau lipcream yang tidak bersesuaian dengan bibir. So, harini aira nak share lip moisturizer yang sangat membantu mengatasi masalah bibir kering dan menggelupas.

maxilip
source: google

Product description:

Outer Layer (Moisturizing) – Contains Ceramide, Which Locks Up Moisture And

Provides Long-Lasting (Up To 8 Hours) Moisture For Lips.

Inner Layer (Anti-Aging) – Enriched With Maxi-Lip™ To Help Reduce Fine Lines And Keep Lips
Supple And Firm. Contains Coq10, Which Delays Skin Aging.
(Caviar) – Enriched With Caviar To Help Brighten Lips Color.
Gentle For Sensitive Lips – Fragrance, Preservative And Colorant Free.

My review:

pernah sekali aira pakai lipstick semi-matte, memang sangat tidak sesuai sebab menggelupas sampai pedih. waktu tu, aira memang takde lip moisturizer, so aira beli maxilip selepas kawan aira suggest (dia memang pengguna tegar maxilip sebab dia mengalami masalah bibir menggelupas sepanjang masa). First time aira jumpa lip moisturizer yang best macam ni. Pakai sehari je terus bibir kembali sihat. memang terhutang budi la dengan maxilip ni. hehe. Pastu, biasanya lip moisturizer yang aira pakai selalu melekit dan tak selesa. Tapi this one memang bagus sangat, tak melekit, sangat selesa dan rasa fresh je bibir. Highly-recommended untuk bibir yang menggelupas atau sebagai base untuk pakai lipcream! 

Re-purchase? Yes.

Where i can buy this? Drugstore Watsons and Guardians.

you can try this. best sangat-sangat! ๐Ÿ˜—
October 07, 2017

Tempat Sedekah Novel dan Buku

by , in
Assalamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

siapa dekat sini pembaca novel tegar? kalau ye, kita geng! hihi. Aira memang minat membaca novel sejak umur 12 tahun lagi, waktu mula-mula habis UPSR sampai sekarang. cuma sekarang dah slow sikit sebab kepenatan nak membaca sambil bertukar-tukar posisi. 

For now, aira macam sakit mata memandang dua rak yang nak runtuh sebab novel haha, so aira decide untuk melelong  secara kaw-kaw, alhamdulillah dah banyak juga yang terjual. Tapi yang terjual biasanya novel yang cetakan baru dari tahun 2011-2017. kalau novel yang terlalu lama orang dah taknak so ape lagi nak buat? kita sedekahkan saje. Aira ada tanya kawan-kawan dekat mana tempat yang diorang ambil novel ni secara sukarela. Dan ada yang suggest untuk pm Nisa' Book Cafe, Kota Bharu di Fb Page.

nisa' book cafe
conversation

Bila pihak Nisa' Book Cafe cakap terima, terus aira susun bertingkat-tingkat koleksi novel lama untuk disedekahkan dekat situ. senang dan mudah kan? rak dekat rumah pun tak jadi runtuh, selamat. hehe. lagipun, daripada duk kat rak takde siapa yang sentuh, elok juga sedekahkan dekat library untuk kegunaan orang ramai..

novel lama

alhamdulillah, dah selamat disedekahkan kepada Nisa' Book Cafe. Untuk pengetahuan korang, Nisa' Book Cafe terletak berhampiran dengan stadium Kota Bharu Kelantan. Ia berkonsepkan library mini santai, sambil membaca boleh minum dan makan makanan ringan yang dijual di situ. kawasan library ni pun banyak lukisan mural yang cantik. korang boleh tengok gambar-gambar sekitar library ini di di Fb Page: https://web.facebook.com/nisabookcafe/.

Thank you Nisa' Book Cafe!
korang kalau nak sedekahkan buku-buku genre lain dekat sini pun boleh ๐Ÿ˜Š
October 06, 2017

Review Sugarbelle Matte Lipcream

by , in
Assalamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

harini aira akan share pengalaman aira menggunakan sugarbelle matte lip cream. kalau sebelum ni, aira ada buat post macam mana aira boleh dapat sugarbelle ni for free dekat > SINI <. tak sangka ramai juga yang view post tu dan ada yang minta aira buatkan review. mesti ramai yang wonder kan sebab sugarbelle sekarang dah mula meningkat prestasinya. banyak sangat barang make up yang dah dikeluarkan oleh sugarbelle, yang paling latest adalah foundation and compact powder (yeaa, i knew sikit-sikit sebab follow founder dia, belle al yahya hehe). so, here is my honest review for this lip cream, apepun ini hanya pandangan aira semata-mata ye ๐Ÿ˜

 review sugarbelle mattelip cream

review lipcream sugarbelle

Brand : Sugarbelle (local brand)
Type: Matte Lipcream
Code: Sugar Pink

My review:

Packaging lawa dan kemas. Bau sangat wangi dan menyenangkan, geram dengan bau dia wehh, macam perfume, wangi yang bukan melampau. very nice. warna sugar pink ni lawa tapi sangat tidak sesuai dengan kulit muka aira (sebab tu tak letak gambar yang pakai, huhu), kalau jenis muka yang putih memang cantik la pakai. 

Tetapi bagi aira, lipcream ni memang sangat mengeringkan bibir, menggelupas jugak sikit-sikit. I thought haritu mungkin sebab aira tak apply lipbalm dulu sebab tu jadi kering tapi even aira dah pakai lipbalm pun still tak boleh tolerate. maka, yeahh ada pro and cons. Dan sebelum aira buat review ni sebenarnya aira dah tengok orang lain review dekat instagram, rupanya memang orang kata drying. Aira follow instagram intankaharuddin, MUA (korang wajib follow sebab banyak sangat review barangan make up #jujursumpahtaktipu hehe). Dan bulan lepas dia ada buat review tentang sugarbelle lipcream juga tapi lipcream yang baru, bukan yang ni. katanya lipcream yang baru is better dari yang ni. so maybe korang boleh try yang tu?

October 04, 2017

Apa Yang Best di Ho Chi Minh City?

by , in
Assalamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

Sekolah aira dah start cuti bulanan hari ni, maka aira boleh blogwalking dan update entry baru. yeayy! Actually, benda yang biasa kita buat sebelum travel is mencari benda wajib apa yang perlu buat di sesuatu tempat tu, kan? lagi-lagi tempat yang first time kita nak pergi, haruslah buat research dulu. Untuk trip ke Ho Chi Minh City, aira pergi dengan family pada tahun 2015. so kali ni nak highlight apa yang menarik dan patut cuba bila sampai di sana.

1. SHOPPING

iyaa, benda yang wajib ialah shopping sebab Ho Chi Minh City umpama syurga membeli belah tauuu! kalau perempuan kaki shopping memang boleh giler jadinya sebab mostly adalah barang-barang wanita dari kain meter, telekung, jubah, baju kurung ready made, kain lace, tudung dan banyak lagi. Part membeli barang-barang lelaki pun ada cuma tak banyak sangat sebab biasanya barang lelaki ni jersey dan jeans je ๐Ÿ˜‚ kalau jersey lelaki memang ada mall khusus tapi aira tak tahu namanya, yang pasti tak jauh dari Ben Thanh Market.

Telekung Ho Chi Minh City
borong telekung
ben thanh market
Ben Thanh Market
waktu zaman aira pergi 2015 tu, benda yang famous memang telekung solat, naelofarhijab dan jubah je sebab trend time tu kot. tapi sekarang (kakak aira baru pergi), yang bebetul famous is tudung duckscarves, naelofarhijab, ariani dan dengar-dengar tudung alif syukri. hehe. haritu tengok insta dia, teruk juga penjual dekat situ kena marah sebab ciplak design ๐Ÿ˜ƒ

tapi, macam tu lah, diorang dekat sana cepat sangat ciplak design dan harga of course lah teramat murah dari yang original. kalau tudung-tudung boleh beli di kedai-kedai tepi jalan tapi kalau kain meter, kain lace, souvenier dan lain-lain boleh beli di Ben Thanh Market. Book hotel yang dekat area Ben Thanh, barulah syok shopping! Dari segi harga, memang murah. kalau kain lace lebih murah berbanding Bandung tetapi pilihan tak banyak. Awas! sekiranya korang membeli kain lace, mohon cek potongan meter sebab haritu dia bagi tak cukup meter, huhu.

by the way, aira ada satu tips kalau nak dapatkan telekung atau baju ready made murah, korang boleh terus pergi ke kilang/stor dia. macam mana nak ke sana? korang kena pandai borak-borak dengan orang dekat situ, nanti dia bagi alamat then kita bagitau je driver tuk tuk.. tup tup sampailah kita ke destinasi! hihi ๐Ÿ˜—

2. KOPI VIETNAM (VIETNAMESE ICED COFFEE)

siapa penggemar kopi angkat tangan sikittt! yessss wajib minum kopi vietnam sebab sedap sangat ya ampun. haha, serius sedapppp.. aira dulu tak minat kopi tauu tapi bila minum kopi vietnam ni memang jatuh cinta betul! kawwww sangat sangat.

kopi vietnam
kaww ke idok?
boleh dikatakan dekat sana aira minum dua kali sehari. haha macam ketagihhh, lagi-lagi si penjual ni jual tepi-tepi jalan je. so memang senang nak beli. and sebenarnya serbuk kopi ni pun ada jual, banyak jugak aira borong rituu tapi bila buat dekat malaysia, rasanya tak sama. hahaha. mungkin ada step yang aira tertinggal ๐Ÿ˜ kalau tak gi Ho Chi Minh City pun, korang boleh beli dalam flight air asia (haha ni kes kawan aira yang tiba-tiba suka kopi vietnam walaupun harga atas flight melambung tinggi ๐Ÿ˜‚)


3. PHO BO (VIETNAMESE BEEF NOODLE SOUP)

Pho Bo ni bukan calang-calang sup biasa yang kita makan dekat Malaysia tau. rasa dia istimewa gitu. Bagi penggemar sup macam aira, rasa sup ni memang teramat sedap ya Tuhan! Aira pernah rasa pho bo dekat sini tapi memang fail lah, tak sama rasanya. memang nampak macam kuey teow sup biasa je tapi sebenarnya rasa dia luar biasa. 

pho bo
Pho Bo
Pho Bo disediakan bersama ulam-ulaman. mungkin ini yang menjadi asbab kesedapannya? hihi. Pho Bo ada di jual di kedai-kedai makan halal area Ben Thanh. Tapi aira makan Pho Bo sedap ni dekat masjid ape tah namanya, depan tu ada gerai Pho Bo dan Kopi ๐Ÿ˜

so, aira harap entry kali ni membantu mereka yang sedang mencari tempat atau apa yang best di Ho Chi Minh City! Selamat Travel ye korang!

Baca juga: Apa Yang best di Korea?

October 01, 2017

Resepi Puding Karamel

by , in
Assalamualaikum. Hai ๐Ÿ˜Š

Dah lama rasanya aira tak up entry tentang resepi, last aira up entry resepi dekat SINI.. bukan tak masak tapi memasak benda yang simple je, telur goreng takkan nak post jugak kan? haha. Petang tadi aira dengar-dengar mak duk bercakap dengan kakak, suruh minta resepi puding karamel (a.k.a gula hangus) dari jiran sebab mak teringin nak makan. sekali kakak sound suruh adik dia google dan buat sendiri. ok siap sis! Aira memang dah pernah buat puding karamel ni tapi tak berapa menjadi sangat so malas nak buat lagi, tapi kali ni, memang tiptop ah (cewahhh hihi), maka aira akan abadikan resepi ini di sini untuk kegunaan akan datang. Aira ambil dan ubah sikit resepi dari blogger Cik Tom. Thanks ya ๐Ÿ˜‰

bahan-bahan puding karamel

Bahan-bahan:

1) 7 biji telur gred B
2) 3/4 tin susu pekat
3) 1 cawan air masak 
4) 1 sudu kecil esen vanila
5) 3 sudu besar gula


Cara-cara:

**[dalam bekas biasa]** 

1) pukul telur hingga berbuih
2) masukkan susu pekat dan kacau lagi

3) masukkan satu cawan air masak
4) masukkan esen vanila dan gaul sehingga sebati

[dalam loyang bulat 6 inch]

1) letakkan 3 sudu gula dan panaskan atas api yang perlahan
2) tutup api setelah gula bertukar keperangan dan ratakan ke seluruh loyang
3) tunggu gula tersebut sedikit keras

4) masukkan bahan-bahan yang telah digaul sebati ke dalam loyang dengan menggunakan penapis seperti gambar di bawah.
4) kukus sehingga masak (anggaran masa 45-60 minit)

fungsi penapis adalah untuk mengelakkan ketulan-ketulan atau sisa telur masuk ke dalam loyang

puding karamel
puding karamel ready to eat!

senang kan? korang wajib cuba tauu resepi ni. sangat mudah dan memang lazat. tak terlalu manis, tak terlalu keras atau lembik. memang puas hati giler bila mak and kakak puji sedappp. hehehe ๐Ÿ˜