Dr. G Brightening Peeling Gel Scrub Muka Terbaik!

Asslamualaikum. Hai 😊

semalam aira pergi jalan-jalan kejap dekat mall, singgah pun sebab ada urusan lain sebenarnya. Dan kalau namanya jalan sorang-sorang, tempat yang wajib masuk ialah Watsons, Guardians dan SaSa. ni memang kedai yang aira tak boleh katakan tidak, dapat pusing-pusing jenguk satu dua produk kira berpuas hati gitu haha 😆 masuk Watsons dah terpegang face mask, 3 keping RM12. Hampir terbeli tapi berjaya pujuk hati jangan beli. lol. Bila masuk SaSa, face mask dia 10 keping RM19.90. wuihhh nasib baik tak beli lagi dekat Watsons. haha. Bila masuk SaSa, biasalah kalau promoter ikut sekaki kan, alang-alang time tu aira sorang je pelanggan saja buat-buat tanya dia scrub apa yang best untuk muka. And dia suggestkan DR. G. katanya best untuk buang sel kulit mati. Maka terbeli lah 😂


Product info:
➧ Dr. G Brightening Peeling Gel
➧ Made in Korea.
➧ 120g


Product description:

➧ Peeling Gel
➧ for all type skin
➧ removes dead skin cells
➧ contains vitamin C and E



How to apply:

➧ selepas cuci muka, picit sedikit Dr. G and sapu dekat muka
➧ then, urut-urut sampai rasa dah hilang semua kekotoran dekat wajah, jauhi area mata kemudian bilas

Pendapat aira:

Seriously, scrub ni buat aira tak menyesal beli dan mungkin akan menyesal kalau tak beli. haha. memang best sangat-sangat. bila gosok muka dengan gel ni, memang terasa kulit makin smooth gitu, lagi-lagi sebab tekstur yang peeling off macam ni. macam yakin lah kotoran dekat muka tu terkeluar habis. Tekstur ni teramat best! Ringan dan tak terlalu cair. Aira apply terbalik sikit dari direction yang dia bagi, aira scrub dulu baru cuci muka. haha. asal boleh je kan. Tapi result still tiptop! Ya Tuhan tak tahu nak cakap macam mana, korang perlu dan harus cuba sendiri tauu 😗

Harga dekat SaSa: RM69.00
Re-purchase? Yes!


4 comments:

  1. wah menarik kena try cari la nanti

    ReplyDelete
  2. Macam best je dr. G ni... Leh cuba ni

    ReplyDelete
  3. Ingatkan harga di Watson's murah sikit. Rupa2nya tak. Nasib baik x terbeli kan? 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul tuu.. lain kali kalu boleh suggest beli dekat sasa je. dah made in korea! mask korea memang best best :D

      Delete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)