Resepi Daging Masak Hitam

Assalamualaikum. Hai 😊

Tak terlambat lagi kot untuk aira ucapkan salam aidiladha. selepas aidiladha biasanya benda yang aira selalu buat ialah search resepi yang berkaitan dengan daging. haha. al-maklumlah daging banyak, boleh masak macam-macam. Tapi resepi daging masak hitam ni bukan hasil carian melalui encik google tapi ini diajar dan dikongsikan oleh kakak aira sendiri. katanya ini resepi Chef Wan, wallahua'lam. hehe. Resepi ni simple dan sangat sedappp 😋

Bahan-bahan:

1. Daging (perap dalam 7-10minit dengan garam halus, secukup rasa)
2. **Bawang merah 
3. **Halia 2 inch
4. **Serai 2-3 batang
5. Kicap
6. Sos Tiram
7. Bawang besar
8. Cili merah

** Bahan ni perlu dikisar terlebih dahulu ye

Cara-cara:

1. Masukkan daging yang telah diperap ke dalam kuali. Goreng tanpa minyak sehingga air daging kering.
2. Selepas air daging kering, masukkan bahan kisar. Gaul sebati.
3. Masukkan kicap dan sos tiram secukup rasa.
4. Masukkan bawang besar dan cili

resepi daging masak hitam

Dan siappppp!
Gambar ni takde cili merah sebab waktu ni stok cili habis dalam peti 😁
senang kan? selamat mencuba yeeee 😙

3 comments:

  1. Thank u for the recipe. I followed you. Feel free to visit my blog https://beehaazman19.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)