Assalamualaikum, Hai readers! 😊
Aira dan
planning travel memang tak boleh dipisahkan. One of my pending list place to go
is Krabi memandangkan Kelantan ke Krabi tak jauh sangat, boleh pergi dengan
kereta/van je. Soon, in shaa Allah [i hope my sister read this cause i plan
this trip with her 😆].
Sebelum pergi apa kata usyar hotel dulu kan.. Seperti yang korang tahu, Krabi
terkenal dengan keindahan alam flora dan fauna. So ulos yang betul-betul
teringin nak ke sana memang satu idea yang menarik. Korang boleh cari the best
hotel to stay. Banyak hotel di Krabi menawarkan harga yang berpatutan untuk
kemudahan para pelanggan bersantai di kawasan persisiran pantai yang cantik di
kawasan Selatan Thailand ini. Kedudukan hotel yang strategik di persisiaran
pantai pasti memberikan kenikmatan yang sebenar terutama bagi mereka yang
sukakan pemandangan laut biru. Krabi juga salah satu tempat yang sangat sesuai
bagi mereka yang suka melancong ke luar negara! Korang juga boleh memilih hotel
yang korang suka mengikut citarasa dan keperluan masing-masing. Pendek kata
memang bestlah bercuti kat sini.
Salah satu hotel yang boleh menjadi
pilihan adalah Tubkaak Krabi Boutique Resort. Ia menawarkan penginapan
yang berkualiti tinggi dan merupakan pilihan popular bagi mereka yang berhasrat
untuk stay dengan tujuan business trip mahupun percutian keluarga. Perjalanan
dari lapangan terbang hanya 45minit dan kedudukan pusat bandar sejauh 30km.
Hotel ini terletak di kawasan tarikan pelancong iaitu Pantai Tubkaak, Klong
Muang Plaza dan Ao Thalen. Hotel ini juga mempunyai 59 bilik yang sangat cantik
dan setiap bilik tersebut dilengkapi TV, wi-fi (this is a must!) and private
swimming pool. Korang juga boleh menikmati suasana yang tenang dengan adanya
private beach, fitness centre, sauna, open swimming pool dan padang golf
(jaraknya hanya 3km dari hotel).
Second
hotel yang aira tengok juga is Centara Grand Beach Resort & Villas Krabi.
Centara Grand Beach Resort & Villas Krabi ialah sebuah resort yang terletak
di Ao Nang iaitu satu kawasan yang strategik. Selain itu, Centara Grand Beach
Resort & Villas Krabi juga merupakan salah satu hotel yang berdekatan
dengan Ao Phai Plong kira-kira 500 meter dan Ao Phra Nang Beach, 1.16 km.
Resort ni tempat yang sesuai bagi pasangan yang inginkan percutian romantis
atau tempat honeymoon. Nikmati malam-malam yang penuh kenangan bersama yang
tersayang dengan menginap di Centara Grand Beach Resort & Villas Krabi 😗!
Selain itu, aira usyar juga Beyond
Krabi Resort. Resot ini sangat hampir dengan pantai, hanya satu minit
berjalan kaki. Beyond Resort Krabi diilhamkan oleh alam semula jadi dan menawarkan
percutian tropika di sepanjang private beach, Klong Muang Beach. Ia juga
dilengkapi dengan kolam renang luaran, fitness centre dan sebuah restoran.
Beyond Krabi Resort berkonsepkan Thai dan moden, sangat sesuai dengan keadaan
bilik-biliknya yang turut sama boleh menikmati keindahan taman, kolam renang dan
laut biru kehijauan.
Seterusnya ialah Sofitel Krabi
Phokeethra Golf & Spa Resort. Sofitel Krabi Phokeethra menyediakan penginapan yang selesa, layanan
yang mesra dan kemudahan rekreasi termasuk sebuah kolam renang luaran
berkeluasan 7000 m² (memang luas giler!). Bilik-bilik di sini berkonsepkan era Victoria, luas dan elegen
di mana turut menyajikan pemandangan pulau-pulau dan Andaman Sea. Perkhidmatan
bilik disediakan 24 jam setiap hari dan para tetamu boleh memanjakan diri di
spa atau berehat di perahu layar peribadi. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah
sebuah padang golf dan gelanggang tenis (sangat sesuai untuk business trip).
And lastly hotel yang aira usyar is Amari
Vogue Krabi. Ia juga terletak berhampiran dengan pantai dan korang boleh
bersantai di private beach, Pantai Tub Kaek. Amari Vogue Krabi menyambut kedatangan tetamu dengan menyediakan minuman alu-aluan semasa check-in. Bilik-biliknya
memang selesa dan cantik kerana dihiasi dengan lantai kayu yang digilap kemas,
karya seni dan ukiran tradisional dari Thai Utara. Setiap bilik menyediakan
pelbagai kemudahan seperti TV, DVD player dan bar mini. Satu lagi, tentunya
benda asas yang sangat penting iaitu Wi-fi percuma! selain itu, kedudukan Amari
Vogue Krabi adalah sangat strategik kerana pemanduan dari Pantai Aonang dan
Pekan Krabi hanya memakan masa 20 minit dan 30 minit manakala perjalanan dari lapangan
terbang hanya 40 minit sahaja. Kewujudan Breeze Spa membantu para tetamu untuk berehat
sepenuhnya dengan adanya bilik wap peribadi, urutan terapi dan rawatan kecantikan. Ini
tentu mengasyikkan bagi para tetamu! Perkara yang lebih menarik lagi di Amari
Vogue Krabi ialah adanya masakan antarabangsa yang disajikan di Restoran Lotus
manakala Restoran Bellini di tepi pantai menawarkan masakan Itali dan fresh
seafood.
Lepas aira usyar ni
terus rasa macam nak suruh my sister plan cepat-cepat sampai jadi! So korang, tunggu
apa lagi? Hurry up, go find best Krabi
hotels online on Traveloka.
Enjoy your holiday! 😍
SA takpernah sampai lg kesana..anak ramai,macam susah nak bergerak jauh jauh.
ReplyDeletenampak menarik tu krabi...
ReplyDeleteSronoknya klau dpt pergi...
ReplyDeleteYolo dih, bena dekat je dgn krabi. Tp tk g lg. Bleh la plan phni 👍
ReplyDeleteWow... Menariknya krabi... Brapa harga bilik kat tubak krabi n centera grand...
ReplyDeleteNampak macam best jea Krabi kan..
ReplyDeleteWoo! Seronoknya
ReplyDeleteWahhh lawanya tempat ni..
ReplyDeleteKrabi...bestnya...bila la SA dpt pi ni...
ReplyDeleteCantiknyaaaaa...rasa cam nak wat honeymoon pun best ni
ReplyDeleteselalu jugak tengok orang gi krabi. harap oneday dpt pergi la hehe semoga planning awak menjadi ye😘
ReplyDeleteBelum sampai lagu Krabi. Cantik juga ya pantainya. Btw, gambar menarik. Suka tgk scenery cantik 😄
ReplyDeletevery very super cantik, always wanted to go there. Definitely will go in the future. thanks for the info!
ReplyDeleteTak pernah sampai sini. Teringin pula nak pergi,nampak seronok
ReplyDeleteBESTNYA KRABI,KITA TAK SAMPAI KRABI LAGI WAK. BILA DOK AHU LA...
ReplyDeleteKRABIIIIIIIIII, BILA LA NAK SAMPAI NI HAAAAAAAA
ReplyDeletekrabi bestnyaaa....pernah pergi zaman belajar dulu..tapi dah lama giler..haha..kena menabung untuk repeat!
ReplyDeletewuuuu.. aku pun baru ada plan nak gi krabi tapi x jadi. atlast gi padang. mungkin next time aku gi krabi. rindu juga nak gi travel ni. cumanya duit aja tidak mengijinkan
ReplyDeletebestnya Aira.... tak pernah lagi kin ke obersea ni. hehe
ReplyDeletelawanya krabi, tak tahu la bila ada rezeki ke sini
ReplyDeleteMenarik juga Krabi nie... Tempoh hari, hanya sempat ke Phuket je.... T-T
ReplyDeletehaah la murah dan berbaloi kot nak pergi.. alamak byk dah wishlist tempat nak pegi.. tp pasport ppon tak wujud lagi ha.. hahahahahaa...
ReplyDeleteramai suka ke Krabi. tapi mhsim hujan ni memang tak ke sana.. plan next cuti x sure nak kemana.. if cuaca dah ok mayb kot ke Krabi
ReplyDeleteBestnya krabi. Cantik sangat
ReplyDeletei miss my first krabi trip with blogger friends!
ReplyDeletegreat to know have more discount for hotel ,
time to plan another trip !
Kalau ke KRABI, mesti cari penkek dia. Makan banyak kali pun takpa. Suka sangat. Pastu pergi berurut. Hahaha
ReplyDelete