Pengalaman di Zoo Mini Kemaman

Assalamualaikum. Hai 😊

Harini aira nak bercerita sikit pengalaman di Mini Zoo Kemaman, Terengganu. sebenarnya aira tak pernah pergi zoo. tak pernah ok, zoo negara mahupun zoo taiping dan lain-lain. macam kelakar juga bila umur 22 tahun excited nak jejak zoo jumpa binatang-binatang. hahaha. so, minggu lepas sempena tamat exam UPSR anak buah aira, kitorang pergi Zoo Mini di Kemaman. Awalnya duk terfikir ada apa la di zoo mini ni? risau je kalau pergi ada binatang seciput je.. terus aira google dan jenguk-jenguk sikit waktu buka dan haiwan apa yang ada 😂

zoo kemaman
main enrance
waktu operasi ialah dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang. aira and family sampai pukul 9 lebih dan takde sebijik kereta pun! haha ingatkan tak buka tauu, nak parking kereta pun rasa insecure. dua minit lepas tu datang satu kereta viva, parking sebelah kereta kitorang. ternyata dia pun teragak-agak zoo ni bukak ke tak. so, kami jalan sama-sama masuk ke zoo, memang time tu ada kami dua family dan orang-orang yang bertugas di situ je. Tapi, macam tak sangka pulak pukul 10 lebih camtu terus ramai tau! memang meriah jugak lah, mungkin kami terlebih awal. hehe.

pas masuk zoo
pas masuk zoo kemaman
bayaran tiket bagi dewasa RM10 dan kanak-kanak RM7.


harimau zoo kemaman
harimau

zoo kemaman
ungka

gajah zoo kemaman
gajah

 zoo kemaman
birds

zoo kemaman
burung merak
Zoo kemaman ni tak lah luas sangat, tak sempat berpeluh la jalan-jalan tu. binatang pun tak banyak jugak, tapi boleh lah.. dah namanya zoo mini kan? yang ada ialah harimau sepasang, gajah ibu dan anak, orang utan sepasang, rusa banyak pasang (haha tapi aira tak snap gambar sebab depan rumah aira ni orang pelihara rusa jugak 😂), ungka putih (yang ni macam kesian sebab takde kawan, sekor dia je huhu), orang utan, ular sawa, ular tedung, ular sawa albino, kura-kura, buaya ada 4 ekor, burung merak (paling banyak) dan macam-macam jenis burung yang lain lagi.

so, aira dekat sini hampir 2 jam. just nice la daripada bosan sangat dekat rumah tu. sekali-sekala jumpa binatang, mesti mereka gembira kan? haha.



11 comments:

  1. tg aira. landing di blog aida. done follow u, aira :)

    zoo ni memang tempat interesting utk anak2, aira.
    tp tu la. kat zoo melaka now haiwan dah tak terjaga.
    tu yg sedih. last time under kerajaan, ok aje.
    once diswastakan, jadi semakin terok tau. kawasan sepah. haiwan tak bermaya.
    aida siap-siap buat komplen kat kaunter time gi dgn anak2.
    mahukan perubahan, kena la komplen dari hati kan :) hi hi hi...

    ReplyDelete
  2. zoo kemaman memg kecik kan..tp nk bawk bebudak ni seronok jg

    ReplyDelete
  3. nanti nak g sini kena ajak abe ni

    ReplyDelete
  4. wah... seronoknya dapat pusing2 dlm zoo... best bila bawa anak2 bg kenal dgn binatang... gemuknya burung merak tu

    ReplyDelete
  5. zoo kemaman macam zoo kuala krai. tak banyak haiwan tapi bolehlaa untuk pergi tengok. tapi aku tak pasti ada lagi ke tak zoo kuala krai. sbb masa last aku pergi tu dah lama, dlm sekolah rendah plus time tu binatang dah tak banyak, ada yang lari.
    (aku tak tahu pun kemaman ada zoo hingga baca post ni)

    ReplyDelete
  6. Lagi seronok bila g tak crowded sgt orgnya.hee..

    ReplyDelete
  7. dalam perancangan jugak ni nk bawak budak-budak..bagus aira share..sangat membantu!

    ReplyDelete
  8. Rabia pergi dah zoo kemaman.tak nak pergi dah.takut.harimau tu tgk rabia dia siap jilat2 lg lidah dia sambil tgk rabia dgn keluarga rabia,mesti dia kata sedappnya daging manusia 😆

    ReplyDelete
  9. salam ziarah & follow #500. Dah lama tak pergi zoo..zoo negara pun tak sampai2 lagik..hehehe

    ReplyDelete
  10. jemput join :)

    https://ombakbergigis.blogspot.my/2017/09/segmen-nak-om-review-blog.html

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen yang baik-baik di blog Aira,
In shaa Allah Aira akan membalas kunjungan kalian :)